CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16840|Reply: 106

[Dunia] Slps 3 Tahun, Wanita Ini Tampil Dedahkan Cerita Sbnr Disebalik Gmbr Viral

[Copy link]
Post time 12-10-2015 01:54 PM | Show all posts |Read mode
Selepas 3 Tahun, Wanita Ini Tampil Mendedahkan Cerita Sebenar Disebalik Gambar Viral
Ditulis oleh: Staff Oh! Media | Pada: 13:12



Selepas tiga tahun menjadi bahan hinaan di media sosial akibat daripada sekeping gambar pasangan yang cantik dan kacak bersama tiga orang anak yang mempunyai rupa yang hodoh tersebar di seluruh dunia, model Taiwan Heidi Yeh tampil mendedahkan cerita sebenar.

Wanita cantik didalam gambar itu merupakan seorang model terkenal di Taiwan mendakwa segalanya bermula apabila dia menerima kontrak pengiklanan daripada sebuah agensi iklan J. Walter Thompson (JWT) untuk menjadi model bagi sebuah klinik kosmetik.

Namun, tidak lama selepas itu gambar itu turut digunakan oleh sebuah klinik kosmetik dalam iklan kempen online sehingga ia menjadi viral serta-merta ke seluruh dunia.

Apa yang lebih memeritkan lagi, ia ditambah pula dengan kisah palsu kononnya seorang lelaki menfailkan saman terhadap isterinya kerana mempunyai anak-anak yang terlalu hodoh sehingga menarik perhatian media antarabangsa untuk menyiarkan kisah palsu itu.






Akibatnya, kehidupan Heidi bagaikan mimpi ngeri kerana dia kurang mendapat tawaran pekerjaan di Taiwan dan di luar negara. Malah, dia turut dituduh menipu untuk berkahwin dan melakukan pembedahan plastik.

Tidak tahan dengan perkara tersebut, Heidi mengambil langkah untuk memfailkan saman terhadap JWT sebanyak 5 Juta NTD sebagai pampasan kerana menyebabkan perkara itu terjadi.

Namun, pihak Simple Beauty iaitu klinik kosmetik yang terbabit mempertahankan diri dengan menyatakan bahawa mereka menggunakan prosedur yang betul bagi mendapatkan hak gambar tersebut dan masalah yang timbul hanyalah melibatkan Heidi dan JWT.



Bagaimanapun, JWT yang merujuk pada satu klausa dalam kontrak yang ditandatangani oleh Heidi iaitu menyatakan bahawa JWT berhak sepenuhnya ke atas gambar tersebut dengan pemahaman bahawa gambar itu boleh diubahsuai.

Dalam kenyataan itu juga, JWT melalui badan peguam lantikan mereka akan membatalkan saman itu atas sebab tuduhan yang dilemparkan oleh Yeh itu tidak benar dan boleh menjejaskan imej syarikat JWT.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2015 01:59 PM | Show all posts
erk.....tapi mmg serius hodoh pic budak2 tu. photoshop ke apa ek?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
JWT dgn JDT apa beza?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 02:03 PM | Show all posts
sapa laki tu? kendo jugak
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama juga dia bersabar ya
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 02:04 PM | Show all posts

bezanya JWT x disayangi si kontol @peYno, tp JDT selalu menghantui siang dan malam si konjtol @peYni.....lol

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2015 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
dah betul dia gi plastic surgery kannn...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu mmg hubby dan her children ? atau pelakon utk shooting iklan je?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2015 02:09 PM | Show all posts
sib bek aku x join menviralkan gambo ni..

kltak akhirat nanti abesla aku kene carik minah ni nak mintak maap
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 02:10 PM | Show all posts
ooo.. ingatkan iklan pasal cosmetic surgery kat korea.... dari taiwan rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 02:12 PM | Show all posts
cantik la model ni...kalau dia mmg x pernah buat apa2 kt muka dia utk jd cantik mcm tu...x payah la nak saman bagai....takkan la org sekeliling yg dh lama hidup dgn dia x tau rupa sebenar dia camana
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 02:12 PM | Show all posts
kesian ko heidi..
tp apasal effect kat ko je..model lelaki tu pe citer
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Masih ada menda yg aku tak jelas
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Themilo at 12-10-2015 06:24 AM
saladin780 replied at 12-10-2015 06:12 AM
kesian ko heidi..
tp apasal effect kat ko je..model lelaki tu pe citer


Kisahnya konon2 si ciknek menyaman cikki kerana dituduh melakukan pembedahan plastik, sebab anak yang lahir semua persis the ugly duckling. So, model ciknek takde la rasa efek apa-apa. Cikki ni je lah yang terpalit kontroversi, seolah-olah heshe ada buat pembedahan kosmetik.
Next time, selidik la dulu job offer yang dapat sis. Jangan main sebat jek, kesudahannya jadi macam cikki nih..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 02:21 PM | Show all posts
Themilo replied at 12-10-2015 02:19 PM
Kisahnya konon2 si ciknek menyaman cikki kerana dituduh melakukan pembedahan plastik, sebab anak y ...

gitu kisahnya....bertabahlah lah heidi
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
all4rez replied at 12-10-2015 01:59 PM
JWT dgn JDT apa beza?

Sama tp tak serupa...lawak jer ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2015 02:33 PM | Show all posts
apa citer sebenarnya.  Budak2 tu mmg anak2 dia ke? Dia cuma saman syarikat tu sbb menyiarkan gambar tersebutbukan sbb dia nak menafikan yang tu anak2 dia?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 02:34 PM | Show all posts
errr....sorry...x brp paham apa yg nk disampaikan dlm artikel ni....

1. Heidi ni buat PS ke x?
2. Itu family dia ke bukan?
3. Yg suami saman tu suami dia ke sape?
4. Tu anak2 dia ke bukan?
5. Nape ada 2 sya. kosmetik guna pic ni?

Err....okey dah cukup persoalan
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 02:38 PM | Show all posts
rmi forumer kata anak dia dlm gmbr tu hodoh2.

agak2 la wei nak katakan org.

kalo ko jd bdk2 dlm gmbr tu apa perasaan?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 02:40 PM | Show all posts
so budak2 ni memang anak si pompuan ni ke bukan?

tak paham pulak aku.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.086371 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list