CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: johnlabi

THE REAL STORY OF GELIGA.. IS THIS JUST THE BEGINNING? NI APA CERITA NI WEI

[Copy link]
 Author| Post time 16-10-2015 04:48 PM | Show all posts
AWAK KAT MANA?

Sejurus pulang dari kampung aku terus ke tempat dimana aku simpan benda itu. Terasa semacam rindu pula nak melihat benda itu.

Kosong….tempat itu kosong. Tiada lagi benda itu di tempat yang kusimpan. Terasa badanku seolah-olah jatuh dari curam yang tinggi. Bupp….berkecai…Ah sudah, kemana perginya benda itu. Disinilah aku simpan benda itu, aku yakin. Tidak ku alihkan kemana-mana.  

Aku cari di bawah katil, di atas meja, di dalam bakul sampah, di semua tempat yang berkemungkinan ada. Aku hampa. Aku gagal berjumpa sidia. Ia telah tiada ditempatnya, ia juga tiada di semua pelosok dalam rumahku.

Kemana perginya ia? Pertanyaan itu tanpa henti bertali arus menyesakkan fikiranku. Persoalan itu tidak terjawab. Aku yang buangkah? Atau ada pihak lain yang ambil?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2015 05:17 PM | Show all posts
johnlabi replied at 16-10-2015 04:29 PM
Aik...tak misteri ke?
Aiseh...lagi 2-3 plot abis la part ni...
Next part tak tau tahun bila plak ...

part memula je. time jumpa doktor tu je
pastu baru terasa misterinya.
hehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 05:18 PM | Show all posts
tak kesah la next story bila
yang penting bookmarkdulu  thread ni
bila2 pree boleh jenguk
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2015 03:34 PM | Show all posts
Wey apa nii..hilang pulak..baru nk saspen  

habih cmtu ja ka..napa cita ang pendek2..buat 2 mukasurat teros ok..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2015 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Aik? Takda lagi ka? :zz:zz:zz
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2015 03:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Lpas tu tt?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2015 09:52 PM | Show all posts
lepas tu??????????!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
adakah tt pun hilang pastu.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2015 11:07 AM | Show all posts
tt pun ilang jugak...ha3..
br nk feel..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2015 07:04 PM | Show all posts
Sori semua...aku ada je..
masih tak sempat nak abiskan cerita.
ade sikit je lagi sambungan dia...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2015 07:44 AM | Show all posts
TT  tak keruan pulak dah...sambungan peliss
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2015 05:34 PM | Show all posts

ntahnya, aku pun tertanya2
berwarna kuning dan agak kecil
aku bisa meneka sebagai gigi sakit yang dicabut oleh TT

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2015 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Tonsilloliths″, also known as tonsil stones or tonsillar calculi (singular: calculus), are clusters of calcified material that form in the crevices of the tonsils[1] (tonsillar crypts). While they occur most commonly in the palatine tonsils, they may also occur in the lingual tonsils.[1] Tonsilloliths have been recorded weighing from 0.3g to 42g .[1] They are composed mostly of calcium, but may contain other minerals such as phosphorus and magnesium, as well as ammonia and carbonate.[1]
Protruding tonsilloliths may feel like foreign objects lodged in the tonsil crypt. They may be a nuisance and difficult to remove, but are usually not harmful. They are one of the causes of halitosis (bad breath).[2][3]
While true tonsillar stones are rare, small areas of calcification or concretions are relatively common.[1]
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
sambung lg tt..menunggu ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 09:31 AM | Show all posts
Hi nice story, pls sambung iols tak sabar nak baca sambungan
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 03:06 PM | Show all posts
ler punya la lama tunggu..still tak de sambungan lagi ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2015 03:06 PM | Show all posts
dah tamat ke cita ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2015 03:24 PM | Show all posts
mcm baca novel

mohon sambungan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2015 11:04 AM | Show all posts
Edited by johnlabi at 17-11-2015 11:12 AM

SUNNATULLAH

Awal Oktober 2015 sekali lagi aku pulang ke Melaka. Sebelum itu telah aku maklumkan kepada salah seorang ayah saudara untuk pulang. Ayah saudara seolah-olah faham akan tujuan aku itu antara lain ingin berjumpa dengan Pak Long.

Sekonyong-konyong punggungku menyentuh kerusi kayu di beranda rumah terus aku disoal.

“Geliga tu macam mana boleh hilang?”, semacam keras soalan dilontar Pak Long.

“Geliga ke tu?” Jawabku dengan persoalan. Alamak dia tau kah benda tu dah takda, fikirku dalam hati.

“Tak pasti la Pak Long macam mana benda tu boleh hilang. Samada ada sesiapa yang sengaja buat hilang atau memang dia hilang sendiri”, perlahan-lahan aku menutur kata-kata.

“Kat mana kau letak benda tu?”, soal Pak Long lagi.

“Saya selitkan kat bawah rehal. Atas rehal tu ada Al-Quran”, balasku.

“Tapi bukan kau buat hilang atau kau buang benda tu?”, Tanya beliau lagi.

“Tak Pak Long. Confirm memang kat situ la saya letakkan benda tu”, terangku. “Nak dijadikan cerita la agaknya tu”, kataku lagi.

“Takpe la kalau macam tu. Jangan kau buang je”, Jawab Pak Long.

“Tak boleh dapat semula ke benda tu Pak Long?”, aku membalas dengan soalan pula.

Pak Long hanya diam dan menggeleng-gelengkan kepala beliau.

“Takpela kalau dah hilang tu. Ade la ceritanya tu”, tambah Pak Long.

“Benda ni macam nak bagi tanda la. Apabila sampai satu-satu tahap akan dapat tanda. Akan datang ada lagi la tahap-tahap yang lain. Lebih kurang macam kau pergi kursus la. Apabila dah abis kursus Bahagian 1, kau akan dapat sijil mengatakan kau dah lulus untuk Kursus Bahagian 1, dan seterusnya”, begitu penerangan Pak Long.

“Akan tetapi benda ni bergantung jugak atas orang. Lain orang, lain la ceritanya. Setiap orang tak sama.”, ujar beliau lagi.

Aku diam dan mendengar penuh minat kata-kata Pak Long. Dan fikiranku ligat memikirkan apalah maksud disebalik kata-kata Pak Long ni. Lepas ni apa pulak la ceritanya. Kalau ada ceritanya pun, bila pulak cerita ni nak jadi….

Teringat aku kata-kata Pak Long suatu masa dulu. Ilmu Allah ini melangkau masa. Perkara yang akan jadi 30 tahun akan datang sebenarnya ada sesetengah orang yang dah tau sekarang. Tetapi perkara itu adalah rahsia yang sangat besar dan tidak boleh dipecahkan kepada sesiapa pun. Melanggar sunnahtullah.

Aku pun tidak pasti kesinambungan cerita ini di suatu hari nanti. Apakah akan ada kesinambungannya atau tidak..Sama-sama kita nantikan. Harap-harapnya adalah..Haha..

Boleh aku simpulkan bahawa bermulanya tajuk Baiklah Doktor sehinggalah ke tajuk Sunnatullah adalah cerita-cerita aku untuk Bahagian 1. Bahagian seterusnya akan dikongsi sekiranya ada. Dan jika ada pun kesinambungannya, aku tak pasti berapa lama tempoh masa yang akan diambil untuk setiap bahagian cerita aku itu.

Terima kasih.
Peace No War

-Tamat Bahagian 1-  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2015 11:07 AM | Show all posts
lorelai replied at 24-10-2015 08:15 AM
Tonsilloliths″, also known as tonsil stones or tonsillar calculi (singular: calculus), are clusters ...

Material dia kayu. Bau herba. Aku dah kikis sebab aku ingatkan gigi aku yang jatuh.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.099855 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list