CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3097|Reply: 8

Lima Tokoh Yahudi Tinggal Agama Demi Islam

[Copy link]
Post time 13-10-2015 03:55 PM | Show all posts |Read mode


RAMAI yang tidak tahu bahawa terdapat tokoh Yahudi yang keluar daripada ajaran Yahudi untuk menganuti kepercayaan lain.

Memetik hasil penulisan Doktor Thariq as-Suwaidan dalam bukunya Ensiklopedia Yahudi mencatatkan bahawa dalam sejarah terdapat sebanyak lima tokoh Yahudi yang murtad antaranya Samuel al-Maghribi, Pablo Christiani, Said al-Hasan, Ibnu Malika dan Musa Abul Afiah.

Tokoh pertama ialah Samuel al-Maghribi, nama penuhnya ialah Samuel bin Yahya bin Abbas yang dikenali dengan jolokan al-Maghribi. Beliau hidup di abad 6 Hijrah, dan termasuk salah seorang pembesar Yahudi yang masyhur, namun setelah menyedari kesesatan dan kerosakan ajaran Yahudi , beliau memeluk agama Islam.

Setelah keislamannya, Samuel memberitahu bahawa dirinya pernah bertemu Nabi Muhammad SAW dalam mimpinya. Ia memilih untuk mengumumkan kisah mimpinya itu empat tahun setelah beliau memeluk agama Islam.

Samuel telah menulis sebuah buku tentang sejarah hidupnya dan kisah keislamannya yang berjudul (Keislaman Samuel dan Kisah tentang mimpinya bertemu Rasulullah). Para ahli sejarah tidak pernah mengetahui tentang tanggal kelahirannya, bahkan tarikh kematiannya.

Sementara tokoh yang kedua ialah Pablo Christiani, beliau adalah seorang penganut Yahudi yang berasa ngeri dan takut dengan kesesatan yang dibawa oleh ajaran tersebut.

Maka beliau pun memeluk agama Nasrani (Kristian)  dan berperanan sebagai pembongkar kepada hakikat Yahudi yang sebenar serta permusuhan ajaran itu terhadap agama Nasrani dan agama lain.

Pablo terkenal dek kerana beliau pernah berdebat dengan seorang Rabi Yahudi, iaitu Musa Najman di Barcelona pada tahun 661 Hijrah (1263 Masihi).

Dalam pendapatan itu penganut Yahudi terpaksa akur dan mengakui beberapa akidah agama mereka yang dirahsiakan antaranya, keyakinan mereka bahawa Jesus berada di dalam neraka, ibu Nabi Isa, Maryam melahirkan Isa hasil penzinaan dengan seorang Romawi, gereja-gereja Nasrani dianggap Yahudi sebagai kotor dan jijik dan setiap Yahudi wajib melaknat pemimpin Nasrani dan setiap orang yang membenci Yahudi sebanyak tiga kali.

Manakala Said al-Hasan adalah seorang penganut Yahudi yang memeluk agama Islam pada tahun 696 Hijrah, selepas mendapat hidayah daripada ALLAH, Said mengarang sebuah buku berjudul Masalikun Nazhar Fi Nubuwwat Sayydil Basyar, beliau wafat pada tahun 720 Hijrah.

Tokoh keempat ialah Ibnu Malika, di mana nama lengkapnya adalah Hibatullah Ali bin al- Husain bin Malika seorang penganut Yahudi yang beralih kepada ajaran Islam setelah pemikirannya yang mendalam dan pengamatannya yang cukup panjang.

Beliau menulis sebuah buku berjudul Al-Mu'tabar Fil Hikmah (Hikmah-hikmah pilihan). Imam Ibnul Qayyim mengelarnya dengan Filsuf Islam ketika masanya. Ibnu Malika adalah guru kepada Samuel al-Maghribi yang telah memeluk Islam sebelumnya.

Sementara tokoh kelima ialah seorang Rabi Yahudi,  Musa Abul Afiah yang tinggal di Damsyik (Syiria) dan menyatakan keislamannya pada tahun 1256 Hijrah. Di hadapan sebuah mahkamah beliau lantas membongkar kesesatan Talmud.

Petikan-petikan panjang tentang kesesatan Yahudi telah diterjemahkan dalam bahasa Arab, agar orang Arab mengetahui betapa besarnya kebencian dan kedengkian orang-orang Yahudi terhadap bangsa Arab serta menyedari sejauh mana kesesatan mereka.

Dek kerana terpaksa seorang Rabi agung Yahudi ketika zaman itu Ya'qub al-Antali terpaksa mengakui kesesatan Yahudi yang dipaparkan oleh Musa Abul Afiah itu. - sinarharian




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2015 04:41 PM | Show all posts
alhamdulilah terbukti kebenaran ajaran islam..tokoh dari kaum yang sombong serta angkuh yahudi pun tinggalkan ..demi islam..allahuakbar..  tapi sedih ada juga yang berangan yahud wanabi yang tak sedar sedar diri..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 04:41 PM | Show all posts
semoga mereka kembali kepada kebenaran ....amin
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 05:41 PM | Show all posts
hari ni lebih ramai yg memeluk agama islam.. alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 06:14 PM | Show all posts
pisangcis replied at 13-10-2015 04:41 PM
alhamdulilah terbukti kebenaran ajaran islam..tokoh dari kaum yang sombong serta angkuh yahudi pun t ...

yahudi wannabe byk dlm forum ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2015 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi mereka tak dapat menafikan nabi Zulkifli A.S diberikan kitab Ezekiel iaitu kitab ramalan pembinaan temple ketiga di atas Temple Mount.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2015 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa yang sesatnya dengan Talmud????

Bukan ke hukuman sebat utk pesalah ZinaZina di dlm Al-Quran adalah dari Talmud Sanhedrin?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 08:29 PM | Show all posts
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

صدق الله العظيم
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2015 08:02 PM | Show all posts
macam palsu saja tokoh yahudi yang masuk islam ramai saja macam muhammad asad aka leopold weiss atau maryam jameelah aka margret marcus tapi tak ada pula mereka dalam list ini bila research nama2 tu source nya hanyalah dalam makalah picisan sinar harian.

adapun nama macam abulafia tu sangat ternama ulama ulama yahudi dari maghribi dari suku keluarga abulafia
http://www.jewishencyclopedia.co ... ben-samuel#anchor12

tapi tak ada seorang pun termasuk yang namanya moses abulafia wujud mewakili nama musa abulafia seperti yang didakwa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.062552 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list