CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1336|Reply: 12

[Tempatan] Najib - Jdkan Malaysia berpegang kpd wasatiyyah, Maqasid Syariah & ASWJ

[Copy link]
Post time 13-10-2015 08:20 PM | Show all posts |Read mode
Jadikan Malaysia berpegang kepada wasatiyyah, Maqasid Syariah & Ahli Sunnah Wal Jamaah
Bernama | Diterbitkan pada Oktober 13, 2015 18:17 MYT

NAJIB: Walaupun negara berdepan cabaran ekonomi dan politik, cita-cita untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang makmur akan tetap diteruskan.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak seluruh rakyat negara ini bersama-sama dalam melaksanakan transformasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang berpegang kepada pendekatan wasatiyyah, bersendikan Maqasid Syariah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Beliau berkata walaupun negara berdepan cabaran ekonomi dan politik, cita-cita untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang makmur akan tetap diteruskan.

"Hari ini kita berhadapan dengan corak ekstremisme yang pelbagai bentuk wajahnya. Di satu pihak, ekstremis radikal seperti kumpulan IS membuat onar mencalar kesucian wajah Islam yang sebenar.

"Pada satu hujung yang lain, muncul pula kelompok pelampau yang menjadikan liberalisme sebagai akar-budi mereka. Pelampau liberalisme ini telah melonggarkan segalanya hatta agama.

"Ini juga satu ekstrem yang membawa ancaman kepada keselamatan dan kesejahteraan negara," kata Najib dalam perutusan Maal Hijrah 1437/2015 beliau di laman blog NajibRazak.com.

Justeru beliau berharap semangat hijrah menjadi sumber kesungguhan dan iltizam kepada rakyat Malaysia untuk menjadi umat terbaik, sekaligus mampu meluaskan agama Islam ke seluruh dunia.

Najib turut menekankan bahawa sejarah menjadi sumber penting kepada negara dalam membentuk wawasan untuk menjadi sebuah negara Islam moden dan berpendapatan tinggi.

"Wawasan nasional kita adalah untuk menjadi sebuah Negara Islam moden yang maju dan berpendapatan tinggi. Manakala wawasan global kita pula ialah untuk menjadikan dunia yang mengandungi panca negara, bangsa, bahasa dan agama ini sebagai medan kehidupan yang sejahtera dan makmur," katanya.

Jelas Najib, perkara yang sama turut ditekankan beliau semasa berucap dalam perbahasan umum Sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-70 di New York baru-baru ini.
"Saya menegaskan sesebuah Negara Islam itu berperanan untuk mempromosikan perlumbaan dari segi kemuliaan, pengetahuan, kebaikan, simpati dan merendah diri, tetapi yang penting, tanpa paksaan," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2015 08:22 PM | Show all posts
Sapa buat teks ucapan najib ni...? Macam tak kena dengan orangnya laa.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia main baca jek..paham ke tak belakang kira
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 08:58 PM | Show all posts
airfilterkotor replied at 13-10-2015 08:22 PM
Sapa buat teks ucapan najib ni...? Macam tak kena dengan orangnya laa.



Prof Khairul Annas was the "other guy" in Saiful's pictures in front of the Prime Minister's Office. He has been Najib's principle speech writer.

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 09:00 PM | Show all posts
maqasid- MAH kasi
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain kali jangan letak gambar dia..meluat tengok muka:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2015 09:02 PM | Show all posts
najib tau tak makna perkataan2 yg dia sebut tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
ASWJ tu kalau baca speed reading mcm WSJ jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2015 09:26 PM | Show all posts
jet setting dengan katebang gomen kira wasatiyah tak?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 09:39 PM | Show all posts
sama samalah dengan anda pun sekali Najib , jangan buat benda yg melambai fitnah. Hayatilah apa yg you bawakan tu. ikutah model yg sedia ada dalam lembaran sirah etc.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2015 09:41 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 13-10-2015 09:39 PM
sama samalah dengan anda pun sekali Najib , jangan buat benda yg melambai fitnah. Hayatilah apa yg y ...

empty speech, no substance..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 09:54 PM | Show all posts
obelisk replied at 13-10-2015 09:41 PM
empty speech, no substance..

ade je saranan yg baik tu dalam beberapa perkara tertentu cumanya bila si yg bercakap tu bukan dalam kalangan kita suka pun maka well...
dan tu lah dia kena  hijrah untuk reduce fitnah atau buat perkara yg menggamit fitnah.

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 10:27 PM | Show all posts
airfilterkotor replied at 13-10-2015 08:22 PM
Sapa buat teks ucapan najib ni...? Macam tak kena dengan orangnya laa.

ade aura kesucian terpancar terik dari belakang kepalanya....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.120259 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list