Sapa2 yg lalu plus exit kajang tolong hati2. ada tumpahan minyak & pasir dekat selekoh !! 8 bijik motor dah jatuh
Allahuakbar... Pagi ni pergi kerja naik moto kapcai.keluar 30minit awal dari waktu biasa. Sampai exit plus Kajang, nampak kawan Kapten Amirudin tersungkur tepi divider, jatuh sebab tumpahan minyak dekat selekoh exit. Seberang jalan pula 2 bijik motor (FZ-1 rider & LC-2 orang suami,isteri) jatuh akibat pasir tar atas jalan. Selang 5minit, 2 bijik motor (XJ6-1 rider & LC-2 orang suami isteri) jatuh.. Sedang tolong papah mangsa semua, 1 lagi motor (ninja 250) jatuh.. Allah..Paling mengecewakan, 1-mangsa kemalangan, suami tengah selamatkan isteri dia, ada manusia bertopengkan syaitan ambil kesempatan. Beg mangsa berisi wang ringgit RM1K & dokumen penting kena curik.
2-Hamba ALLAH yang tengah bantu mangsa kemalangan, porch beg kena curik dengan manusia bertopengkan syaitan ke-2. Kesal dengan sikap sambil lewa kontraktor jalan yang tak bersihkan lebihan pasir tar dekat kawasan kejadian. Ramai jadi mangsa atas kebodohan anda. Syukur Alhamdulillah motor still rosak. Kalau tak mungkin tergolong dikalangan mereka
|