CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1423|Reply: 1

Singkirkan Masalah Liang Roma

[Copy link]
Post time 21-10-2015 07:01 PM | Show all posts |Read mode
                    Penjagaan kulit muka yang kurang dititik beratkan dan dibiarkan tidak dicuci adalah penyebab utama kepada masalah kulit berminyak dan pembukaan liang roma di sekitar kulit wajah. Penjagaan yang rapi seperti menggunakan pencuci muka, penyegar dan pelembab secara teratur membantu anda dalam mendapatkan kulit wajah yang mulus dan segar. Selain itu, penggunaan bahan-bahan semulajadi seperti bijirin, oat dan buah badam juga dapat membantu mengurangkan masalah pembukaan liang roma dan kulit bermasalah.
        Mengalami masalah liang roma di wajah yang sangat kasar dan membuatkan anda berasa kurang yakin tatkala ingin bersanding. Usah biarkan masalah ini membelenggu pemikiran anda. Singkirkan masalah liang roma di wajah dengan tip pembersihan muka berikut:
        Mencuci muka
        Tahukah anda bahawa liang roma wajah akan terbuka selepas dicuci? Segeralah menyapu penyegar di sekitar wajah dengan menggunakan tisu lembut.
       
        Tip Cantik:
        Pemilihan penyegar daripada bahan yang segar dan sejuk seperti penyegar mentimun akan bertindak lebih cepat untuk mengecilkan liang roma wajah. Untuk kesan yang lebih baik, pada malam hari sebelum tidur, amalkan hirisan timun segar yang sejuk diletakkan sekitar wajah selama beberapa minit. Anda pasti merasa kulit kembali halus, lembut dan segar keesokan harinya.
       
        Memakai Skrub
        Skrub wajah bertujuan untuk menyingkirkan sel kulit mati yang tidak dikehendaki dari wajah dan mengembalikan keceriaan wajah tanpa kulit kusam. Amalkan penggunaan skrub selama 2 atau 3 kali seminggu untuk kesan yang lebih efektif.
       
        Tip Cantik:
        Pemilihan skrub yang mengandungi bahan seperti ‘micro scrubber’ amat penting untuk menanggalkan sel-sel kulit mati. Masa terbaik untuk skrub wajah adalah pada waktu pagi untuk kesan yang terbaik!
       
        Memakai topeng wajah / masker
        Topeng wajah merupakan amalan yang baik untuk mengecilkan liang roma dan mendapatkan kulit wajah yang halus. Terdapat pelbagai jenis topeng wajah yang baik untuk kulit dari jenis esktrak tomato, dadih strawberi, susu, avokado, epal, madu, putih telur, tepung beras dan sebagainya.
       
        Tip Cantik:
        Amalkan penggunaan sapuan topeng muka dari campuran putih telur bersama sesudu madu ke sekeliling wajah. Biarkan selama 10 minit dan cuci dengan air suam. Anda akan merasai kesegaran dan penegangan kulit wajah yang menjadikan anda tampak muda dan berseri.
        EKSTRA:
        -  Jangan melakukan aktiviti di tepi pantai menjelang hari bahagia anda seperti berenang atau menyelam kerana ia boleh menyebabkan kulit anda hitam dan kusam!
        -  Elakkan membuat rawatan muka di spa sehari sebelum majlis kerana ia boleh menyebabkan muka anda kemerahan dan tiada seri. Sebaiknya lakukan seminggu sebelum majlis perkahwinan anda.
        -  Pastikan tidur anda mencukupi dalam mendapatkan kulit wajah yang segar.
        -  Jangan makan makanan berminyak, kacang atau makanan laut sekiranya kulit anda alergik dengan makanan tersebut.
        -  Rajinkanlah menyapu losyen pada leher anda untuk mendapatkan kulit yang halus supaya hasilnya seimbang dengan kulit muka anda.
        -  Jangan sesekali picit jerawat anda dengan menggunakan kuku kerana ia boleh menyebabkan parut pada wajah anda.
        -  Elakkan memakai solekan terlalu tebal kerana boleh menyebabkan liang roma anda tersumbat sekaligus menimbulkan jerawat-jerawat kecil pada wajah.
        -  Amalkan minum air suam 8 gelas sehari untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik.


        sumber gambar : internet
       
                                       
pesonapengantin
                                    Panduan Mengecilkan Liang Roma
                           

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2015 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih...thread best...sedih sy pori pori memang besar...mcm 2 dah pakai produk smpi skrg xkecik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.740161 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list