CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3100|Reply: 2

5 Cara Mudah Melebatkan Bulu Kening. Mari Cuba!

[Copy link]
Post time 26-10-2015 01:25 PM | Show all posts |Read mode

Kening seperti Cara Delevingne, Emma Watson, Lily Collins antara kening yang menjadi pilihan ramai wanita hari ini. Selain menggunakan alatan eyebrows pencil, ada beberapa secara semulajadi anda boleh cuba bagi mendapatkan kening yang tebal seperti mereka.
Ini Wanista kongsi :
#Minyak Kelapa
Untuk mendapatkan kening penuh berani dan tebal, anda boleh menggunakan minyak kelapa. Ini membantu mempercepatkan proses pertumbuhan dan menggalakan pertumbuhan bulu kening yang tebal. Caranya dengan menyapu terus ke kening dan biarkan semalaman.
#Vaseline
Vaseline atau jeli petroleum berkesan untuk membuat kening anda tebal. Sapukan bahagian kecil di kening anda 3 hingga 4 kali sehari dan anda boleh lihat hasil yang positif dalam tempoh 3 bulan.
#Urut
Mengurut kening adalah cara yang baik untuk meningkatkan pertumbuhan kening. Mengurut di kawasan sekitar kening anda dengan minyak zaitun selama 5 minit setiap hari.
#Vitamin B & D
Ini penting kerana ia memberi kesan kepada organ dalaman dan penampilan fizikal anda. Makan makanan yang kaya dengan vitamin B & D untuk meningkatkan pertumbuhan rambut. Ia akan membantu menguatkan bulu mata dan kening, malah dapat menentang kesan bahaya produk berasaskan kimia seperti maskara dan celak.
#Minum Air
Air adalah baik untuk kesihatan anda secara keseluruhan. Ia membantu membuanh semua bahan toksik daripada tubub anda melalui air kencing. Mula minum sekurang-kurangnya 8-10 gelas air setiap hari. Ini akan meningkatkan sistem badan dan meningkatkan pertumbuhan bulu kening.
ELAKKAN: Losyen dan over-plucking. Apabila anda menyapu krim atau losyen di wajah, kalau boleh elakkan dari terkena di kening. Hal ini kerana bahan kimia pada losyen/krim boleh merosakkan folikel bulu kening dan menghentikan pertumbuhan.
Sumber : http://allwomenstalk.com


wanista




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2015 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah cuba guna vaseline.apa pun x jd
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
tsui87 replied at 27-10-2015 03:28 PM
Dah cuba guna vaseline.apa pun x jd

Aq baru ja nk cuba vaseline..tngok da ad review patag semangat..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.914508 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list