CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3032|Reply: 3

Katakan Tidak Pada Pakaian Yang Luntur Warna! Bagaimana?

[Copy link]
Post time 27-10-2015 05:00 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Apabila mempunyai baju atau seluar berwarna-warni yang baru sahaja dibeli, anda perlulah berhati-hati jika ingin membasuhnya.

Kadang-kadang pakaian baru tersebut mempunyai warna yang mudah luntur. Tidak bernasib baik jika anda mencampurkan sekali dengan baju lain dalam mesin basuh. Alamatnya, bercorak-coraklah semua pakaian tersebut.




Bagaimana cara nak elakkan pakaian daripada luntur warna?  

1) Perhatikan dengan teliti label pakaian

Sebelum mencuci pakaian tersebut, bacalah dahulu label yang ada pada pakaian itu. Jika tanda pangkah pada mesin, bermakna pakaian tersebut tidak boleh dibasuh menggunakan mesin basuh.




2) Asingkan pakaian mengikut warna

Langkah ini merupakan langkah selamat untuk menjaga setiap pakaian anda. Sekurang-kurangnya anda lebih berhati-hati untuk membasuh. Baju yang mudah luntur warna, basuh saja menggunakan tangan.


3) Cuci dengan air sejuk

Jauhi membasuh pakaian menggunakan air suam atau air panas. Ia akan mengakibatkan warna pakaian cepat pudar dan mereput. Gunakanlah air paip biasa sahaja.



4) Elakkan daripada menggunakan pemutih pakaian sepeti 'clorox'

Baju putih yang direndam dengan 'clorox' boleh mengakibatkan bertukar warna kuning dan hilang warna asal putih serta ia kelihatan sangat buruk.

5) Gunakan cuka

Rendam pakaian baru anda dengan cuka bersama garam dan air. Ia bagi mengekalkan warna pakaian anda dan akan melunturkan lebihan warna pada pakaian tersebut. Pakaian anda akan kekal warna selepas dikeringkan.

CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2015 12:59 PM | Show all posts
suka basuh tangan je.. baju pun xrosak
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 02:45 AM From the mobile phone | Show all posts
klu yg baru asingkan..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 02:04 PM | Show all posts
ohh,rendam dgn cuka n garam upenye.okehh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.058600 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list