CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3286|Reply: 14

[Tempatan] Kuih pau berinti babi berjaya dirampas

[Copy link]
Post time 30-10-2015 09:09 AM | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU 30 Okt. - Jabatan Kesihatan negeri merampas 235 jenis makanan termasuk 15 bungkus pulut dan pau yang dipercayai berintikan daging babi di pintu masuk Kompleks Kastam Kuarantin dan Imigresen (ICQ), Rantau Panjang, Pasir Mas kelmarin.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Maher berkata, operasi bersepadu bersama Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) cawangan Rantau Panjang itu membuat rampasan tersebut berikutan makanan yang dibawa masuk ke negara ini tidak mempunyai sebarang label.

"Pulut dan pau yang mencurigakan itu ditemukan dalam tiga bungkusan plastik seberat dua kilogram. Disebabkan makanan itu tidak mempunyai sebarang label bahan-bahan digunakan bagi memastikan makanan tersebut halal atau tidak.

"Rampasan itu dibuat mengikut Seksyen 11(C) Peraturan-peraturan Makanan 1985 yang menetapkan semua pengimport perlu mengisytiharkan makanan itu mengandungi daging babi atau tidak.

"Mengikut peraturan tersebut, semua jenis makanan import yang dipasarkan di negara ini perlu ada label, selain perlu dinyatakan kandungan makanan bagi mengelak kekeliruan terutama dalam kalangan pengguna Islam," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Ahmad Razin berkata, pihaknya tiada halangan kemasukan produk berkenaan untuk jualan di pasaran terbuka, namun peniaga perlu mematuhi syarat Kementerian Kesihatan di bawah Peraturan-peraturan Makanan 1985 tersebut.

"Tiada sebarang denda dikenakan terhadap peniaga itu kerana kita lakukan rampasan atas kesalahan makanan import yang tiada label, selain perlu dilabelkan dalam bahasa Melayu atau Inggeris," katanya.

Semalam, gambar pulut dan pau berintikan babi menjadi viral di laman sosial yang mana telah menimbulkan keraguan umat Islam di negeri ini tentang status makanan tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2015 11:09 AM | Show all posts
kalo ada gambar makanan tu senang nk trace manatau ada yg dah terlepas kat tesco ke
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 04:32 PM | Show all posts
dah viral kat laman sosial?
xde nampak pun
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 04:40 PM | Show all posts
mdhelmi replied at 30-10-2015 11:09 AM
kalo ada gambar makanan tu senang nk trace manatau ada yg dah terlepas kat tesco ke

Aku tak rasa pau itu dijual di Tesco. Mungkin ia di jual di pasar atau kedai makan
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 04:49 PM | Show all posts
Kita kena belai babi
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
supply kedai makan cina kot...
korang ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2015 06:43 PM | Show all posts
kalau boleh no pork in Malaysia....tamat...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 06:45 PM | Show all posts
melayu urban makan kedai cina kt kelantan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2015 09:03 PM | Show all posts
Kat plus r&r pun bnyk gerai jual pau
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 09:37 PM | Show all posts
di negara2 arab, babi dilarang import masuk....arak boleh pulak diimport, cuma kalu nak beli kena ada permit walaupun non-muslim.

mcm melayu muslim kat malaysia ni lah. minum arak boleh......tacing babi ka...makan babi ka tamau pulak. Tu belum lagi melayu murtad islam....takut pulak dia nak makan babi.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 09:50 PM | Show all posts
apaka bodoh ummah2...sah2 beliyau nk supply ke kedai2 kaper...yang ummah bangang duk huru-hara termakan babi kenapa?

selayaknyalah elohim timpa bala ketakutan yang berpunca drpd kebodohan diri sendiri.cash
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2015 10:12 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
So dah rampas tu buat apa? Buang gituh jah?  
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2015 01:25 PM | Show all posts
Patut lah pau cina kat tanjung malim tu sedap
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2015 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
ummah vegetarian lagi takut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.076361 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list