CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1706|Reply: 1

Nak Kurus Tapi Malas? Tip Ini Untuk Anda

[Copy link]
Post time 3-11-2015 09:48 PM | Show all posts |Read mode
Bukan semua orang rajin bersenam. Lebih-lebih lagi, mereka yang selesa dengan rutin kerjaya di dalam pejabat. Ada saja makanan untuk dikunyah disediakan. Tambah pula kalau suri yang terbiasa di dapur. Jadi apa cara terbaik mendapatkan gaya hidup sihat untuk mereka yang terleka dalam soal menjaga tubuh cergas dan minda yang sihat ini? Jom, kita selongkar...


1. Senaman atas katil
Sebaik saja celik jangan terus bangun, sebaliknya lakukan senaman di tempat tidur dahulu. Lakukan bangkit tubi atau senaman kaki dan tangan agar membantu memecahkan lemak di tubuh. Lakukan sekerap mungkin agar kalori dapat dikurangkan dalam tempoh sebulan.


2. Elakkan lif
Satu kelebihan kalau anda tinggal di rumah pangsa, ada juga tangga untuk dipanjat. Elakkan lif, sebaliknya gunakan anak tangga baik ketika waktu pagi atau petang hari. Serius, naik tangga boleh melatih otot kaki dan pinggul, malah membakar sehingga 302 kalori.


3. Ringankan tubuh berdiri
Kalau anda jenis yang sibuk dengan urusan anak-anak di dapur, anda sebenarnya sedang melakukan senaman yang bagus. Terutama ketika berdiri dan berjalan untuk mengambil barang. Berkejar ke sana ke mari menguruskan hal rumah juga satu perkara yang baik untuk anda mengurangkan berat badan. Bonus, kan?


4. Gelak pun boleh
Tekanan boleh membuatkan anda hilang pertimbangan untuk fokus melakukan satu-satu pekerjaan. Sebaiknya gunakan cara paling mudah untuk mengembalikan kesihatan minda. Caranya cubalah ketawa atau mencari aktiviti yang boleh membuatkan anda ketawa.


Ini dapat mengurangkan rasa sakit, meredakan ketegangan malah meningkatkan fungsi kekebalan tubuh.


5. Peluklah pasangan
Anda yang berpuas hati dengan pasangan, akan mewujudkan perasaan tenang dalam diri. Berdasarkan kajian yang dilakukan di negara Barat, pelukan yang menenangkan boleh membebaskan hormon kortisol sekali gus mengurangkan tujuh peratus tekanan yang dialami.



mingguanwanita

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2015 04:12 PM | Show all posts
boleh ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.059195 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list