CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6190|Reply: 32

Firman Maxim Yakin Akan Berjaya Walaupun Nama Makin Tenggelam (Dah Keluar Album)

[Copy link]
Post time 4-11-2015 09:12 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Juara program Akademi Fantasia (AF) 2014, Firman Bansir menaruh keyakinan masih ada ruang untuknya membina karier dalam bidang seni biarpun namanya semakin tenggelam.

Firman atau nama sebenarnya Mhd Firman Bansir, 26, berkata, dia masih belum berputus asa dan percaya usaha berterusan akan membuka ruang kepadanya suatu hari nanti.

"Sudah enam tahun saya berusaha untuk capai ke tahap sekarang dan saya masih kena usaha untuk perbaiki diri.

"Saya percaya pada rezeki dan Insya-Allah dengan usaha pasti akan ada bahagian saya nanti," katanya kepada mStar Online.

Firman ditemui pada majlis pelancaran album pertamanya berjudul Kau Yang Satu di Hard Rock Cafe di sini, Selasa.

Album berkenaan menampilkan enam buah lagi iaitu Paling, Kau Yang Satu, Bohong, Engkau Yang Tahu, Kekasih Hati dan Di Pintumu.

Firman Bansir semakin tenggelam selepas menjuarai Akademi Fantasia 2014.

Dalam pada itu, Firman berkata, dia juga tidak berasa tergugat dengan kemunculan juara baharu AF 2015 iaitu Sufi Rashid dan menganggap ia kitaran biasa bagi program realiti.

Malah kata Firman, dia meletakkan sepenuh kepercayaan kepada strategi Astro Talents dalam mempromosikan album dan kariernya.

"Saya sentiasa berfikiran positif dengan apa yang berlaku dan tiada sebab mengapa saya perlu berasa tergugat atau terpinggir dengan kehadiran Sufi.

"Malah saya yakin setiap orang ada ruang dalam industri dan pihak pengurusan melakukan yang terbaik untuk semua artis bawah naungan mereka," jelasnya.

Bercakap mengenai kemunculan album pertama, Firman teruja kerana ia turut menampilkan lagu ciptaannya berjudul Kau Yang Satu yang didedikasikan kepada ibunya, Painah Tambanan (57 tahun).

Malah Firman berharap album itu nanti dapat menjadi titik tolak kepadanya untuk mengukuhkan lagi nama dalam industri muzik tempatan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2015 09:20 AM | Show all posts
semoga berjaya ye firman
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 09:31 AM | Show all posts
Gud luck
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 09:43 AM | Show all posts
mana imej adam lambert rogayah itteeww sis? nampak imej kekampungan ja nih..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 09:44 AM | Show all posts
good luck..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 09:48 AM | Show all posts
x boleh hadam lagu paling

selamat berjaya la ye firman


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2015 09:50 AM | Show all posts
Stok juara yg bermula dgn huruf F.. lantas sendu mendu

Faizal... Faizul...Firman
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Firman ni masuk Juara Parodi ..kene satu group dgn Shery & Zulin. Kesian diorg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2015 10:29 AM | Show all posts
Comeyy plak gambo Firman kat atas tu
Nampak bersih mulus
Pakar touch up terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 10:30 AM | Show all posts
asal lagu baru heshe ni keluar kat era.fm tangan iols pantas je menekan butang radio lain.. hauk sungguh..

faizul tu ada jugak produknya.. walaupun sendu.. dan takdelah asyik nak menjerit je
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 11:07 AM | Show all posts
gudlak

macam nak jadi faizal je dia nihkan
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 11:18 AM | Show all posts
Gara2 muka takleh jual, terus karier tenggelam.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
sore ko hauk sgt dik...meluat ahkak..sila ambik kelas lakonan..untung2 blh jd hero akasia.ko mmg x blh nyanyi dekkk sore ko bikin org stressss
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 04:19 PM | Show all posts
Good lack la firman oii...harap2 tak hauk
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Janganlah jerit.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 12:06 AM | Show all posts
rosmahisham replied at 4-11-2015 03:58 PM
sore ko hauk sgt dik...meluat ahkak..sila ambik kelas lakonan..untung2 blh jd hero akasia.ko mmg x b ...

confirm meksim bakalan menjadi angau persis BBNU gara2 drama akasia tersebut ber-herokan firman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2015 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Haha agak kelako ayat nya. Semoga berjaya yah,nak jadi penyanyi mungkin senang,tapi nak maintain nama tu susah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 06:23 AM From the mobile phone | Show all posts
cemolot replied at 4-11-2015 10:30 AM
asal lagu baru heshe ni keluar kat era.fm tangan iols pantas je menekan butang radio lain.. hauk sun ...

Setuju, faizul tu xla sendu sgt.. ada je produk n dia leh compose lgu sendiri.. suka lgu perempuan n tiga batu dia tu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 09:24 AM | Show all posts
cuba bawak2 potong rambut tu! nampak semenggah sikit!
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 09:33 AM | Show all posts
mak teh cadangkan heshe buat rawatan mikrodermabrasion....
sambil2 tu pergi lah ke gimnasium rakyat mana2 kan...biar tampak fit dan bergayah gitu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.397482 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list