CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MAMS

Sheeda Terkilan Dengan Komen M.Nasir?

  [Copy link]
Post time 11-11-2015 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sepitsiput at 11-11-2015 12:18 AM
caprut replied at 10-11-2015 11:16 PM
kak sepit, siapa mmber amy dlm industri ni? mcm erra kite tahu umi, zahida. kalo vanidah slalu dgn ...


Amy mastura bff dgn azhar sulaiman, ahmad idham, nina juren, susan menon, riezman khuzaimi, amyza denan, aliah lee, aziz m osman, afdlin, eja, apek, yassin, senario, jasmin hamid..mostly pelakon2 gak. Sherry alhadad, Fafau pun dia baik. Klu penyanyi sheols kamceng dgn anuar zain & hazami ..lately ni baik dgn misha omar sbb sebumbung bwh sony bmg dan blakon teater sama2..ifa raziah pun join sony skrg..... dgn erra sheols kwn ler jugak dulu2 sama2 sebumbung bwh sony music.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2015 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
jefri90 replied at 10-11-2015 11:14 PM
ini versi luncai emas (full)



Omg... mcm kuda nk beranak chuols...konsert blangsung semasa ribut greg ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput replied at 10-11-2015 06:16 PM
umur dia misteri chuols..x pernah declare

tp seingat meols masa debut album sheols di tahun 199 ...

Iols nk bawak team tepuk pengakap semasa kemunculan ultimate diva
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
jefri90 replied at 10-11-2015 11:14 PM
ini versi luncai emas (full)



Dh dia ni knape nak nangis bagai?? Urgh annoying nak mamps . pastu diap ckp aku dh berjaya? Apadefinisi berjaya bg dia ni??? Plzz lahhh
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 12:43 AM | Show all posts
wana89 replied at 10-11-2015 11:49 PM
Langsung xmintak mahap??
So, dia rasa dia pihak benar dan kak sheedah xpaham erti hiburan sebe ...

yup kompem terang lagi bersuluh kak sheeda terasa hati ngan host 2 orang tuh ngan juri yg komen dia.. dia memang highlight sungguh2 dalam meletop tu .. tapi ngan host 2 orang tu dia kata dia bole terima lagi sebab diorang pelawak.. tu yang terkeluar nabil sarkas tu dari mulut kak sheeda .. ngan juri dia takleh terima komen camtu.. tapi kesimpulan yang ai dapat dari kata2 dia, dia mmg kecik hati ngan diorang2 tuh.. seharusnya mereka minta maaf kat kak sheeda.. nabil buat bodo aje langsung tak rasa bersalah.. tak patut la.. dah pegi haji kan..patut tahu hukum menyakiti hati orang..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Kn dah nasihat, lelaki ni mmg slow ke ape? Dah tua2 mcm m.nasir pon slow. Pmpuan pantang diusik 2 benda ni. 1. UMUR, 2. BERAT. Ingat ye! Mmg boleh gurau, tp jgn la gurau 2 benda ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2015 12:57 AM | Show all posts


Sheeda kecewa! Diperlekeh juri dan peminat
AQMAR MUSTAZA
10 NOVEMBER 2015

Sheeda kecewa! Diperlekeh juri dan peminat

KONSERT minggu keempat Gegar Vaganza musim kedua yang berlangsung Ahad lalu, menyaksikan perjuangan penyanyi irama dangdut terkenal, Sheeda, terhenti.

Menerusi tema ‘Berdua Lebih Baik’, Sheeda berduet bersama Aweera menyanyikan lagu Tiada Lagi.

Akur dengan penyingkirannya pada malam tersebut, Sheeda atau nama sebenarnya, Rashidah Hamid, menyifatkan mana-mana peserta yang tersingkir sebagai kurang bernasib baik.

"Sejak mula menyertai Gegar Vaganza lagi, saya tak pernah terfikir saya atau sesiapa sahaja akan terkeluar pada minggu tersebut.

"Sebaliknya saya sering ingatkan diri sendiri dan rakan-rakan supaya buat yang terbaik dan tidak membuat kesalahan pada malam konsert," katanya kepada Zass.

Ditebak mengenai komen negatif yang diterimanya sejak minggu lalu selepas menyanyikan lagu NanaSheme berjudul Hantu Atau Buaya, Sheeda berkata, dia tidak memikirkan perkara tersebut, namun mengakui kecewa.

"Sejujurnya saya tak baca pun komen-komen di laman sosial termasuk di Instagram mengenai konsert. Tapi bila ada yang mesej personal saya dan minta saya tarik diri serta mencadangkan salah seorang peserta yang telah tersingkir untuk kembali berjuang, saya akui agak kecewa.

"Lebih mengecewakan apabila ada juri memperlekehkan persembahan saya dan tidak memberi komen yang sepatutnya seperti tahap vokal saya, tetapi sebaliknya menyentuh hal yang tidak ada kena mengena.

"Saya sangat kecewa mengenai perkara itu. Saya bukan penyanyi yang baru setahun dua menyanyi tetapi sudah 20 tahun.

"Malah untuk pertama kalinya saya mencuba menyanyikan genre lagu yang berlainan daripada dangdut," katanya.

Sheeda berkata, perkara seperti itu sedikit sebanyak memberi tekanan kepada dirinya.

Katanya, artis lama sepertinya sepatutnya diberi penghormatan dan bukannya diperlekehkan sesuka hati.

"Saya percaya mereka ada ahli keluarga perempuan. Cuba bayangkan apa perasaan mereka apabila melihat ibu atau anak atau kakak atau adik mereka diperlekehkan seperti itu di hadapan khalayak.

"Saya boleh terima jika mereka memberi teguran mengenai vokal seperti yang dilakukan Datuk Ramli MS. Tapi bila komen lain, saya rasa dipersendakan dan dimalukan," katanya.

Sheeda berkata, biarpun mendapat pengalaman pahit seperti itu, dia tidak akan sesekali mengalah dengan perjuangannya dalam memartabatkan irama dangdut di Malaysia.

Malah dia bertuah kerana mendapat sokongan padu daripada keluarga dan rakan-rakan.

"Saya bertuah kerana keluarga dan rakan-rakan memberi sokongan padu kepada saya. Walaupun saya tersingkir, tidak bermakna perjalanan karier saya terhenti.

"Apa yang penting perjuangan saya untuk kembali mengangkat irama dangdut berhasil apabila genre tersebut kembali dimainkan di kaca TV.

"Bagi mereka yang mengutuk, menghina dan mencerca saya, saya doa ALLAH bukakan pintu hati mereka," kata wanita berusia 51 tahun ini.

Penyingkiran Sheeda menjadikan sembilan peserta yang tinggal untuk terus berjuang di konsert kelima bertemakan ‘Hits Vaganza’ pada minggu hadapan.

Gegar Vaganza 2 dibawakan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad bermula 9 malam dan disiarkan di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Buat kemunculan semula

Dalam pada itu, Sheeda berkata, dia bakal membuat kemunculan semula selepas kontraknya bersama Gegar Vaganza tamat.

Menurutnya, sebelum menyertai Gegar Vaganza, dia sudah menyiapkan sebuah album dangdut dan sudah merancang untuk dipasarkan.

"Sepatutnya saya lancar album itu, tapi bila dapat tawaran Gegar Vaganza, saya tangguhkan perancangan tersebut.

"Jadi tunggulah selepas ini, Insya-ALLAH saya akan lancarkan album baharu tersebut," katanya.

Sheeda berkata, selain album, dia sebenarnya masih aktif dalam bidang nyanyian dan masih menerima undangan nyanyian.

"Saya masih aktif menyanyi, cuma tidak keluar di kaca TV sahaja.

"Jadi bila menyertai Gegar Vaganza, saya beri tawaran kepada kawan-kawan yang menyanyikan genre sama," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 12:58 AM | Show all posts
Mmg la sheeda tu dah berumur sikit, suara pon tak berapa... tapi takkan sbb dia tua dia layak dimalukan mcm tu? Sifu sifu jgk, tapi melawak tak kena cara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2015 01:02 AM | Show all posts
Komen pedas adakalanya bw hikmah jika terima dgn hati terbuka. Mgkn srh sedar diri tu dah berumur dan suara pun aduhhhhhh sakit telinga mndgr nye. Kalau tua tp suara power, xde nye org nak kutuk.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 03:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Si nasir ni mmg mulut jahat kan? Dari dulu org dh sebut pasal perangai dia  yg satu tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 05:37 AM | Show all posts
belacan_gurl replied at 11-11-2015 03:38 AM
Si nasir ni mmg mulut jahat kan? Dari dulu org dh sebut pasal perangai dia  yg satu tu

Si M Nasir ni prasan baguzzzzzzzzz........
Takpa la...sebab dia mengutuk Sheeda...secara tak langsung, orang ramai tau perangai dia macam mana...esok2 kalau orang kutuk bini dia atau kutuk dia sekali pun...jangan lak tersentap.....ke penyakit bahalol si ACMijal dan si BABIL tu dah berjangkit ke dia?
Tengok cara TokRam bahi kritikan....never ever mention about physical atau pun pasal peribadi.....tapi si pengacara 2 ekor tu bahan kan dia aja....sampai TokRam pun terpaksa main kasar dgn diaorang...siap cakap 2 ekor.
Sorry la...kita nak tengok GV sebab artis2 yg masuk bertanding....mereka artis yg hebat tu la pasal boleh jadi artis.....yag baru nak jadi artis dengan lawak sepenuhnya bodoh....sila la sedarkan diri sikit...orang meluat......
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 05:46 AM | Show all posts
sepitsiput replied at 10-11-2015 09:57 PM
Chuols xnk hencap lofa ke?

Meols nk high 5 kt aisyah aziz sbb counter balik kebimboan lofa dgn ...

Memang Astro jadikan orang bengong ke jasi host?
Sana sini terbit citer host sarkas, host bodoh tak reti situation.....host mulut hauk....
Dah tak ada yg exclusive ke? PokNil? Bolehla...
Tapi memang kebanyakan host Astro adalah terdiri dari org yg bodoh...sebab abis aja Super Spontan, masuk lak JuaraParodi....tu aja ke rancangan yg Astro boleh buat....??????
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 06:36 AM | Show all posts

Anak sheol dah bersuara

Komen Kurang Ajar, AC Mizal & M Nasir Perlu Mohon Maaf - Bienda
[size=0.688em]Diterbitkan: Rabu, 11 November 2015 6:00 AM


[size=0.75em]Bienda anggap komen juri keterlaluan.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PETALING JAYA: Penyanyi Bienda menuntut pihak juri program realiti Gegar Vaganza 2 memohon maaf secara terbuka atas tindakan mereka yang mengaibkan ibunya, Sheeda dalam konsert minggu keempat, malam Ahad lalu.

Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli, 30, berkata, komen yang diberikan oleh juri selepas persembahan itu disifatkan menjatuhkan maruah ibu dan keluarga mereka.

"Saya sangat terkejut dan kecewa mendengar komen yang diberikan, kalau ikutkan hati saya ingin sahaja menjerit kepada juri itu, tetapi fikirkan semula ia perkara yang tidak rasional.

"Tapi ia sangat keterlaluan dan mengaibkan ibu saya. Kenapa perlu persoalkan tentang umur dan rupa paras sedangkan ia adalah pertandingan nyanyian," ujarnya kepadamStar Online, di sini, Selasa.

Bienda berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pandangannya terhadap komen yang diberikan oleh juri jemputan iaitu Datuk M Nasir dan Datuk AC Mizal yang disifatkan telah memperlekehkan persembahan ibunya iaitu Sheeda.



[size=0.98em]
[size=0.98em]Sheeda menyampaikan lagu Tiada Lagi bersama Aweera.
Sheeda membawakan lagu Tiada Lagibersama penyanyi Aweera dalam konsert ketiga program Gegar Vaganza 2 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad lalu.

Dalam pada itu, Bienda berkata, sebagai anak, sudah pasti dia terasa dan sedih apabila usaha ibunya untuk memasuki pertandingan tersebut tidak dihargai.

"Saya boleh katakan komen itu sebagai kurang ajar kerana mereka tiada rasa hormat kepada ibu saya yang bersusah payah memasuki pertandingan itu.

"Ia bukan sesuatu yang senang untuk dia bawa lagu-lagu yang bukan genre dangdut. Saya yakin lepas ini ramai artis yang takut untuk sertai pertandingan kerana komen yang diberikan bersifat menghentam peserta," ujarnya.

Sementara itu, Bienda turut meminta orang ramai agar tidak terus menghina ibunya di laman sosial terutama di Instagram.

Katanya, perkara tersebut akan membuatkan ibunya bertambah sedih dan rasa hilang keyakinan diri.

"Saya tidak faham orang yang sering menhentam ibu saya di laman sosial, mereka fikir mereka sudah terlalu baik untuk berkata demikian.

"Saya tahu ibu saya bukan sedih tapi bukan kerana dia disingkirkan tetapi disebabkan komen dan ejekan yang keterlaluan pengguna laman sosial," ujarnya.

Gegar Vaganza 2 bersiaran secara langsung di MBSA, setiap Ahad bermula 9 malam dan disiarkan di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).


Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 07:35 AM | Show all posts
setuju tak ahad ni kita jemput Syafinaz jari juri jemputan
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 07:49 AM | Show all posts
Edited by wookiehoney at 11-11-2015 07:52 AM

dah betul ape yg tok nashior ckp.
dulu arwah sharipah aini, sm salim pon masih lg nyanyi, but org tak perlekeh pon. so how ?
lgpon bukan baru lg dlm industri..mcm2 dh diharungi.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 08:03 AM | Show all posts
aik arituh, ms nabil duk bahan marlia musa psl kuda kepang tu, korang ckp tok sir tuh tak leh wat lawak la serius sgt la...
ni bila tok sir ckp gitu, pandai lak sume nak sentap kan....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2015 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Beria pulak anak beranak ni
U know what klu x puas hati dgn komen juri balas terus cm ifa raziah jawab dato ramli season lps
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 08:05 AM | Show all posts
gang budu mengamuk
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
mat_arof replied at 11-11-2015 07:35 AM
setuju tak ahad ni kita jemput Syafinaz jari juri jemputan

Ada jugak org yg mendengar suara isi hatiku
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
mat_arof replied at 11-11-2015 07:35 AM
setuju tak ahad ni kita jemput Syafinaz jari juri jemputan

Wana aman2 jah kalo jemput syafinaz.. Lagi pun, sheol pernah jadi juri kan masa Malaysian idol, OIAM kan
Cuba jemput sheol..
Just my 20cent
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.075764 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list