CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1986|Reply: 1

Penjagaan Buat Si Ratu

[Copy link]
Post time 13-11-2015 12:25 PM | Show all posts |Read mode
Bersolek mungkin cara paling segera untuk mencantikan dan mampu menutup cela pada wajah, tapi bukankah lebih baik jika cela itu dapat dielakkan?

Apa yang perlu anda lakukan mudah sahaja...

Penjagaan Wajah
Penjagaan wajah merupakan elemen paling penting jika anda mahu kelihatan cantik.

Gunakan krim cucian yang sesuai dengan jenis kulit anda. Jika anda mempunyai masalah jerawat, gunakan krim cucian daripada ekstrak limau nipis. Tetapi sekiranya anda berkulit kering, gunakan krim cucian yang berasaskan lidah buaya dan madu.

Tahukah anda, krim pembersih yang tidak sesuai dengan kulit akan menyebabkan pertumbuhan jeragat dan bintik-bintik hitam pada wajah? Ini disebabkan oleh pembentukan sel kulit mati kerana terdedah kepada udara.

Petua paling mudah, sapukan krim pembersih pada wajah dan wap kan muka anda pada bekas yang berisi air panas. Selepas anda selesai mengewap, bersihkan wajah dengan kapas perlahan-lahan. Akhiri dengan sapuan penyegar pada wajah bagi memastikan sel kulit mati tidak menutupi pori-pori.

Pakai masker
Selepas melakukan aktiviti pengelupasan, gunakan masker. Ia bertujuan untuk menegangkan kulit dan memberi zat pada kulit bahagian luar. Paling penting, pilih masker yang sesuai dengan struktur kulit anda. Masker terbaik daripada bahan semula jadi adalah putih telur.

Lembapkan Kulit
Terdapat beberapa jenis pelembap mengikut jenis kulit. Jika anda mempunyai kulit kering misalnya, lebih sesuai memakai pelembap berasaskan minyak zaitun atau minyak bunga matahari. Jika kulit yang berminyak pula, sapukan pelembap daripada ekstrak aprikot atau jojoba.

Indahkan pesona mata
Kulit di sekitar mata amat lembut dan sensitif. Anda disarankan untuk memakai krim mata untuk mengelakkan tanda penuaan pada bahagian ini. Pilih krim yang mudah diserap kulit dan mengandungi vitamin E supaya lingkaran bawah mata dapat dikurangkan. Pemakaian cermin mata hitam ketika anda berjalan dalam keadaan panas dapat membantu anda mengurangkan aktiviti mengerutkan dahi kerana menahan terik matahari. Dahi yang sentiasa dikerutkan dan mata yang sering dikecilkan akan memudahkan kedutan terbentuk.

Jangan sesekali:
-Memakai krim anti penuaan yang mempunyai kandungan vitamin A yang tinggi kerana ia akan mengakibatkan kulit kering dan iritasi.
-Memakai sebarang produk penjagaan kulit sesuka hati sekiranya anda mempunyai masalah kulit berjerawat, berjeragat, dan berminyak.
-Mencampurkan produk penjagaan kulit wajah daripada jenama yang berbeza terutamanya jika anda mempunyai kulit yang sensitif.





pesonapengantin


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2015 12:56 PM | Show all posts
nice sharing
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.073373 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list