CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1993|Reply: 0

INI TIPS FESYEN LELAKI YANG MAMPU PIKAT SI DIA MENURUT SELEBRITI HOLLYWOOD

[Copy link]
Post time 13-11-2015 12:36 PM | Show all posts |Read mode


Kepada lelaki di luar, tidak mudah untuk impress teman wanita anda. Kadang-kala apa yang anda pakai, nampak elok di mata tetapi sebaliknya pada si dia.
Disebabkan itu, Wanista ingin kongsikan beberapa tips berfesyen lelaki yang sememangnya memikat hati si dia tersayang menurut beberapa selebriti terkenal dunia.
#Eva Longoria – Pelakon
Foto – www.ohmymag.com
Apa yang kelihatan baik pada seorang lelaki? Suit. Ia mestilah tailored dan fitted untuk lelaki. Malah, jam tangan juga menjadikan lelaki lebih beketrampilan.
Yang tidak elok untuk lelaki? Jangan sesekali memakai terlalu banyak cologne. Tidak suka lelaki memakai baju sejuk kait, menampakkan sisi feminin pada lelaki. Lelaki tidak boleh memakai high waisted jeans/pants, juga menonjolkan imej feminin yang bertentangan dengan lelaki.
#Kim Cattrall – Pelakon
Foto – hdwallpapersfit.com
Yang baik untuk lelaki? Scarf. Menambahkan warna untuk gaya konservatif ataupun santai. Haruman. Sesuatu yang halus yang anda ingat.
Tidak sesuai? Lelaki memakai sarung kaki putih paras lutut apabila mereka tidak bermain kriket.
#Emilia Fox – Pelakon
Foto – www.london24.com
Yang elok untuk lelaki? Saya sukakan lelaki memakai suit. Suit yang ditempah khas untuk mereka mengikut bentuk badan. Sangat timeless dan elegan!
Tidak sesuai? Sandal! Kalau boleh, pakai kasut bertutup.
#Ellie Goulding – Penyanyi
Foto – hdcoolwallpapers.com
Positif? Hitam. Rona hitam sesuai dengan apa jua fesyen yang dipakai, walaupun hanya sehelai t-shirt kosong rona hitam.
Negatif? Jangan sesekali memakai tracksuit, melainkan anda sedang bersukan.
#Sarah Ann Macklin – Model
Foto – www.tatler.com
Positif? Sudah tentu senyuman! Lebih-lebih lagi dengan barisan gigi yang tersusun. Senyuman manis sungguh memikat!
Negatif? Seluar kulit dan ugg boots, sama sekali tidak.
#Lena Headey – Pelakon
Foto – www.bing.com
Sesuai? Humor dan keyakinan. Itu sangat penting! Sepasang tuxedo ketika majlis rasmi cukup elegan.
Tidak sesuai? Lelaki memakai seluar terlalu ketat walaupun hanyalah jeans.
#Joan Collins – Pelakon, Penulis
Foto – www.huffingtonpost.co.uk
Yang sesuai? Seorang lelaki memakai suit bersama shirt yang bersesuai dengan tali leher dan kasut berkilat. Kalau jeans pula dipadankan bersama open-necked shirt, jaket kulit dan loafers.
Tidak untuk lelaki? Lelaki dengan barang kemas yang terlalu banyak sangat menyakitkan mata. Menunjukkanunderwear juga a big no no!
#Carla Bruni – Penyanyi, Model
Foto – www.huffingtonpost.com
Yang baik untuk lelaki? Suit rona gelap, cukup sempurna! Seluar jeans. Kemeja putih. Topi juga cukup bergaya.
Tidak sesuai untuk lelaki? Bow ties, melainkan ada majlis rasmi dengan tema sedemikian itu. Kemeja dengan lengan pendek, sangat merimaskan.
#Catherine Hayward – Pengarah Fesyen Esquire
Foto – www.catherinehaywardstyle.com
Sesuai? Knit chunky sweater rona navy ataupun neutral cream dengan t-shirt putih dan selaur jeans gelap. Saya juga sukakan lelaki memakai baseball t-shirt, emphasises a strong shoulder.
Tidak sesuai sama sekali? Baju sejuk potongan V-neck. Juga kasut murah dengan pointed toe.
#Dame Vivienne Westwood – Designer
Foto – www.telegraph.co.uk
Baik untuk lelaki? Saya sukakan lelaki berambut panjang.
Tidak baik untuk lelaki? Tatu, ada sesetengah memilih imej yang tidak membawa makna langsung.
Apapun yang anda pakai asalkan anda selesa dan sedap mata memandang untuk tersayang, itu sudah memadai.Stay positive!
wanista

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.318796 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list