View: 2332|Reply: 9
|
[Jenayah]
Bertali Pusat Dalam Tandas
[Copy link]
|
|
Edited by GhostWalking at 13-11-2015 07:31 AM
Bayi bertali pusat ditemui dalam tandas
Wartawan Sinar Harian
13 November 2015
KUANTAN - Seorang bayi perempuan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan dalam tandas wanita di tingkat satu Terminal Sentral Kuantan (TSK) di sini kira-kira jam 12.30 tengahari tadi.
Bayi terbabit ditemui penjaga tandas dalam keadaan sihat namun tiada kesan darah ditemui dalam tandas itu.
Sinar Harian difahamkan, laporan polis telah dibuat dan pada masa yang sama pasukan perubatan dari Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) ke lokasi penemuan untuk melakukan pemeriksaan awal terhadap bayi terbabit.
Bayi itu turut dihantar ke HTAA untuk rawatan lanjut.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/bayi-bertali-pusat-ditemui-dalam-tandas-1.451245
|
|
|
|
|
|
|
|
baca tajuk kak hantu dah tau dh mesti kes buang bayi..xtau nak ckap apa lagi dh.. |
|
|
|
|
|
|
|
baru je 2-3 hari lepas berita bb kena buang, ni ada lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Ni semua hasil valentine's day. |
|
|
|
|
|
|
|
dah mula la fenomena ni...
buang..buang...buang |
|
|
|
|
|
|
|
comelnya baby tu
kenapa buang..bagi lah dekat orang yang nak huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
semoga mak bapak baby ni mandul selama-lamanya..
lagi elok mampus digelek lori.. |
|
|
|
|
|
|
|
Polis buru wanita buang bayi
DIANA SURYA ABD WAHAB
17 November 2015
Laporan Sinar Harian 14 November lalu.
KUANTAN - Polis memburu suspek utama yang merupakan seorang wanita muda dalam lingkungan awal 20-an bagi menyelesaikan kes pembuangan seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat di tandas Terminal Sentral Kuantan, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, berdasarkan petunjuk melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di terminal, polis mendapati terdapat kelibat seorang wanita yang keluar dan masuk pada ketika itu.
“Daripada rakaman CCTV itu, suspek yang hanya dapat dilihat dari arah belakang merupakan seorang yang bertubuh kecil dan berusia lewat belasan tahun atau awal 20-an, dia dilihat berseorangan tanpa ditemani orang lain.
“Kemungkinan suspek merupakan orang Melayu dari segi pemakaiannya yang mengenakan selendang selain berseluar sukan dan memakai baju T.
“Setakat ini, pihak polis masih belum menemui saksi yang menyaksikan kejadian tersebut dan siasatan awal mendapati proses kelahiran tidak berlaku di tandas tersebut dan polis percaya suspek memang datang ke terminal untuk meletakkan bayi tersebut,” katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuantan, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, di sini, semalam.
Sementara itu, Aziz menjelaskan bahawa bayi berkenaan masih berada di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan kini berada dalam keadaan sihat.
“Bayi yang masih dalam jagaan pihak hospital kini berada dalam keadaan baik dan sedang menunggu proses penyerahan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam tempoh terdekat ini. Ia dijangka diselesaikan hari ini (semalam).
“Dengan itu, pihak polis memohon agar orang awam yang mempunyai sebarang maklumat diminta segera berhubung dengan kami bagi membantu menyelesaikan kes tersebut secepat mungkin,” katanya.
Sementara itu, dalam majlis tersebut, Deputi Superintendan Zaizul Rizal Zakaria telah dilantik sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuantan yang baharu dan Inspektor Mohd. Razif Md. Wahi kini memangku jawatan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Kuantan.
|
|
|
|
|
|
|
|
KUANG AJAQ LA, TAK MAU KALO BAGI KAT AKUUUUU!!! JGN DI BUANG DALAM TOILET, BANGANGGGGG |
|
|
|
|
|
|
| |
|