CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27081|Reply: 135

Ular Berbunyi Itik

[Copy link]
Post time 15-11-2015 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by sabbath_shalom at 15-11-2015 12:33 AM

Good evening semua...

Sabbath nak cerita satu kisah petang tadi. Petang tadi Sabbath pergi ke kebun bersama anjing Sabbath bernama Qitmie. Sabbath bungkus ubat penghalau babi ditemani Qitmie. Kemudian Sabbath gantung di hujung kebun. Lepas gantung Sabbath tiba2 terdengar benda pelik jarak 2-3 meter dari Qitmie, yang peliknya Qitmie tak menyalak.

Bunyinya agak kuat tapi seperti seakan-akan bunyi anak kucing dan itik...bunyi nya Whek Whek Whek Whek.

Agak kuat sehingga Sabbath tertarik nak tahu dan pergi ke arah itu. Alangkah teperanjat Sabbath rupanya seekor  ular sepanjang satu depa melintas kepala tinggi rendah tinggi rendah sambil bergerak sangat laju kehadapan dengan bunyi whek whek whek...Sabbath tak dapat cam rupa kepalanya..tapi lebih besar dari ukur lilit badan..warna hijau muda.

Sabbath ada google jumpa pasal Ular Cintamani dan Ular Naga Bora.

Ada tak sapa2 boleh eksplen dan clarify apa yg sabbath jumpa tadi...ada kaitan dengan haiwan dongeng bernama Cintamani kah? Adakah haiwan itu benar wujud?

Untuk pengetahuan korang kawasan kebun tu memang biasa jumpa pelbagai jenis burung mcm ayam hutan, puyuh dll

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2015 03:52 AM | Show all posts
kebun kt ne??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2015 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
fadzyjemi replied at 15-11-2015 03:52 AM
kebun kt ne??

Sabak Bernam...tak boleh bagitau sangat kat sini...nama kampung x boleh bgtau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2015 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sabbath_shalom at 15-11-2015 09:40 AM

Ni Sabbath ada google lagenda yg dicatatkan oleh orang barat...katenye dia pernah terjumpa seorang lelaki berketurunan Melayu Selangor menceritakan dia pernah menjumpai Pit Viper (Ular Kapak Daun) yang diberi makan oleh burung2......

Tak diceritakan pula bunyi ular tu.

Tapi bila dengar Pit Viper, Sabbath jadi takut...sebelum ni ada jumpa tedung selar just around 0.5 m dari Sabbath...tapi takut nye tak sama macam Ular itik sebabnya pernah dengar orang kata Ular yg berkokok mengejar manusia.

Sabbath skang ni rasa nak tanam pokok serai banyak2...to get rid of snakes dari situ.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2015 11:12 AM | Show all posts
wow..menarik. tak pernah dengar pulak pasal ular cintamani...
pernah kena sekali masa dok umah nenek belah asben.
udah ler belakang umah dia hutan belukar.. nenek dia pernah bgaitau..
ade sekawan oinky2 merewang kat situ.
masa bulan puasa aritu, sebelum nak bangun sahur,
terdengar kokokan. ingatkan ayam, pasai nenek dia ada bela ayam.
kurung dalam reban. 15minit pastu bunyi macam benda jatuh gedegangg!
and then disusuli dengan ayam berkiokk..
asben pun suluhlah dengan torchlight, nampak laa ular sawa batik tengah mam ayam.
tengah belit dah ayam tu. first time dengar ular berkokok.. heuheuheu

p/s : sori tt, tercerita pasal pengalaman sendiri pulak.. motip? hihihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2015 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Hatida replied at 15-11-2015 11:12 AM
wow..menarik. tak pernah dengar pulak pasal ular cintamani...
pernah kena sekali masa dok umah nen ...

Saya pon tak pernah dengan Ular bunyi itik...cuma pernah dengar ular berkokok..orang kata ular berkokok ni bahaya...kejar orang.

Saya entah macam mana syak ular bunyi itik  ini wujud dlm lagenda Melayu..try google rupanya memng wujud sis.

Tapi fizikal dia tak sama macam yg dlm blog tu citer..katenye ular tu kecil...tapi apa yg saya jumpa sama dengan catatan british dr cerita seorang Melayu Selangor yg kata ular tu adalah Ular Kapak Daun...saya syak memang ular kapak daun sebab warnanya hijau muda dan ukur lilit kepalanya besar...yg pelik bunyinya seperti itik..dia gerakkan badan guna kepala...kepala dia akan turun naik..tiap kali kepalanya turun bunyi Whekkk!!!..kemudian naik dan turun lagi smbil keluarkan bunyi Whekkkk!!!! Seperti kelakuan seekor angsa.


Saya ada tebaca blog dari negara Indonesia...ular Chintamani asalnya adalah sebiji telur burung Cendrawasih yg terjatuh dari sarang...kalau jatuh dalam air jadi batu permata..kalau jatuh atas pokok jadi ular yg diberi makan oleh burung2 sepanjang hidupnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2015 01:16 PM | Show all posts
Edited by monyet_2015 at 15-11-2015 03:16 PM
sabbath_shalom replied at 15-11-2015 09:33 AM
Ni Sabbath ada google lagenda yg dicatatkan oleh orang barat...katenye dia pernah terjumpa seorang l ...


Betul tu ular cintamani ini di sukai oleh burung burung..dia tak perlu mencari makan sendiri burung burung yang ada di kawasan itu jika mereka lihat ular cintamani mereka akan menyuapkan makanan kepada ular itu..
olar ini jampi ada mentera  ilmu pengasih ..hai sri cintamani, aku menghadap ke timur, aku makmur, aku menghadap ke barat, aku isyarat. Berkat aku memakai doa ular cintamani.


Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2015 01:52 PM | Show all posts
sabbath_shalom replied at 15-11-2015 01:00 PM
Saya pon tak pernah dengan Ular bunyi itik...cuma pernah dengar ular berkokok..orang kata ular ber ...

ishhh berdiri bulu roma sy... adekah ular cintamani ni merupakan makhluk mistik?
pelik pulak bila ular berbunyi itik.. taknak laa saya jumpa ular yang macam ni.. nauzubillah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2015 01:54 PM | Show all posts
monyet_2015 replied at 15-11-2015 01:16 PM
Betul tu ular cintamani ini di sukai oleh burung burung..dia tak perlu mencari makan sendiri burun ...

boleh ke dibuat pengasih jampi mentera tu? mana dapat mantera tu? digunakan untuk orang yang kita sayang ek? sori banyak tanya pulak.. heuheuheu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2015 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
monyet_2015 replied at 15-11-2015 01:16 PM
Betul tu ular cintamani ini di sukai oleh burung burung..dia tak perlu mencari makan sendiri burun ...

Tq...baca masa jumpa ular tu ke atau bila2?

Apa maksud kalau jumpa ye...boleh bawak tuah ke?

Saya macam ketakutan pula...jumpa tedung selar xda takut camni..kalau tedung selar nampak kita dia lari
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2015 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Hatida replied at 15-11-2015 01:52 PM
ishhh berdiri bulu roma sy... adekah ular cintamani ni merupakan makhluk mistik?
pelik pulak bil ...

Lupa pulak nak citer malam tadi saya jumpa pemburu ular...tapi dia dah resign dari memburu ular la sejak kes kena patuk...dia biasa tangkap ular jenis sawa dan ular hitam...dan dia biasa masuk ke celah2 pokok nipah utk ambil nira.

Saya tanya 'Pakcik pernah jumpa tak ular bunyi macam anak kucing tapi kuat atau macam itik, dia tak menjalar tapi kepala nya turun naik masa merayap laju..warna hijau muda'

Katenye dia tak pernah jumpa lagi ular sebegitu...menarik juga katenye.

Betulkah yg saya jumpa tu Chintamani?..sy betul2 takut..tapi cuba siapkan kerja cepat2 sebab takut babi masuk pula malam itu...hari ni saya gi kejap je ke situ..tu pon sambil bawa anjing lepastu cakap sorang2 dgn diri sendiri nak sedap kan hati
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2015 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa ular tu dekat tengah kebun saya nampak bnyak burung berkicau-kicau kat situ...tapi bunyi whekwhekkk whekkk whekkk tu yang paling kuat..lepastu snyap...

Adakah sarangnya disitu...OMG

Kebun tu memang misteri masa mula2 buat land clearing tangan kapal tu patah...dia kata tak pernah terjadi sepanjang dia kerja bersihkan tanah.
Lagisatu tanah tu dah 30 tahun tak diusik...maksudnya belukar selama 30 tahun sebab waris2 dia dah duduk kuantan dan klang...so minta siapa2 usahakan sebab takut dosa tak usahakan kot.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2015 03:14 PM | Show all posts
Edited by monyet_2015 at 15-11-2015 03:23 PM
sabbath_shalom replied at 15-11-2015 03:08 PM
Masa ular tu dekat tengah kebun saya nampak bnyak burung berkicau-kicau kat situ...tapi bunyi whekwh ...


Betul tu jika ular cintamani ini ada dekat situ burung burung disekitarnya berkicau kegembiraan..mereka sangat sayang kepada ular ini..ada sejarah ular ini menyanyi dengan merdu.Kononnya mengikut lagenda Ular CintaMani ni suaranya amat merdu sehinggakan haiwan lain yg mendengarnya terpukau dan terkaku. ular cintamani disayangi burung burung...ular ni pendek sahaja..dia hanya rehat dan nganga mulut tunggu burung hulur makanan dalam mulutnya....ular ni tak cari makan tetapi haiwan lain yang berikan makanan kepadanya
jampi cintamani ini buatkan orang lain sayang kepada kita

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2015 03:49 PM | Show all posts
err.. jap. ular cintamani ni bahaya ke? berbisa ke tak? dia makan orang ek?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2015 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
monyet_2015 replied at 15-11-2015 03:14 PM
Betul tu jika ular cintamani ini ada dekat situ burung burung disekitarnya berkicau kegembiraan. ...

Pendek ke??. yang jumpa tu satu depa jugak..saya rasa sama macam catatan orng British tu...jenis Ular Kapak Daun...sebab warna hijau muda seperti tedung selar...macam dlm gambar ni tapi lagi cerah seperti keemasan gitu.

Saya rasa sarang dia ada di situ....takutttt.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2015 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Hatida replied at 15-11-2015 03:49 PM
err.. jap. ular cintamani ni bahaya ke? berbisa ke tak? dia makan orang ek?

Tu yg saya takut sis...dlm blog indon tu cakap bahaya sebab sama berbisa macam ular lain...lepastu ada yg cerita dlm carigold forum diorg pernah kena kejar dengan ular itik....

Ular ni laju sis...kepala dia turun naik meluncur laju...tengok natgeo tak pernah jumpa ular bergerak sebegitu

Paling x boleh blah bunyi dia tu...macam cute...ingatkan burung, itik atau anak kucing..sebab kat situ banyak spesis unggas...sekali ularrrr...nasib baik saya tak selak2 rumput dekat dgn Qitmie tu..ada 1minit jugak la dia whekkk whekkk dlm rumput tu sebelum saya datang...lepas dia melintas terus saya dapatkan Qitmie..saya ngan Qitmie masa tu kat tepi pagar...dengar la bunyi Whekk Whekk tu ke tengah kebun bersama kicauan burung..saya nampak ada burung warna biru terbng2...bunyi Whek Whek tu kuat lagi kuat dari bunyi itik.

Lepastu senyap tiba2...masa tu saya makin takut cuba buat tak tahu..tak berani tegur apatah lagi cari...buat kerja pon berdiri sebelum tu duduk bersila atas tanah

Nanti ada masa saya tepek gambar tempat saya jumpa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2015 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa takut jumpa ular tedung tak takut pun
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2015 04:27 PM | Show all posts
i see... gmbo yang awk tepek tu jenis ular daun kan? hurmm.. misteri jugak citer awk ni. nasib baik awk tak selak  semak2 tu. entah2 dia saja nak umpan awak atau qitmie awk tu dengan bunyi kwek kwek kan? ishh takut plak saya...

kat umah saya bese ada ular sawa batik. selalu makan ayam peliharaan mak saya. tapi sayang, tak sempat tangkap. setakat ni dah tiga kali tak dapat tangkap. rasanya ular yang berlainan. ada kecik, ade yang besor. ular senduk pon mak saya pernah jumpa. belakang umah saya ada sawah padi yang dah tumbuh lalang, semak samun dah.. silap aribulan cik oinky pon dah menetap kat situ. ayah saya pernah tengok satu bentuk laluan berlingkar kat sawah tu masa dia bersihkan semak samun. seram katanya bila tengok lama2.. mungkin laluan ular sawa tu kot? entah laa..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2015 04:30 PM | Show all posts
kelas nama anjing  qitmie
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2015 04:35 PM | Show all posts
monyet_2015 replied at 15-11-2015 04:30 PM
kelas nama anjing  qitmie

kelass giteww...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.402946 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list