CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3114|Reply: 14

[Tempatan] Istilah Pengganas IS Guna Perkataan Daesh

[Copy link]
Post time 16-11-2015 11:04 AM | Show all posts |Read mode
Istilah Pengganas IS Beri Imej Buruk Kepada Islam,Media Disaran Guna Perkataan Daesh – Zahid HamidiPublished on 10/11/2015 in Berita Nasional  by pisau
Saranan oleh YAB Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar menukar perkataan IS atau Islam States yang merujuk kepada pengganas kepada daesh.
Baca penerangan mengenai daesh yang di petik dari freewordcentre
So what does Daesh really mean?
Still with me? Nothing mysterious there – or nothing that anyone who speaks Arabic wouldn’t be able to explain. It’s not a previously existing word in its own right. It does indeed now mean ‘tyrannical, despotic, murdering fundamentalists who claim to be Islamic and claim to be a state’ but only as a result of how it sounds (more on that in a minute) and as a result of the associations that quickly attach to a neologism, in the same way that they have attached to the word ISIS. So it’s not based on any previous – or mysterious, or quasi-mystical Eastern – meaning.
Malaysia bersedia berkongsi kepakarannya dengan United Kingdom (UK) bagi menangani isu militan dan kumpulan radikal agama termasuk memulihkan mereka yang terlibat dalam kegiatan militan di Syria dan Iraq.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.
Ahmad Zahid Hamidi berkata, Program Deradikalisasi yang dilaksanakan sejak 1948 bagi mengatasi ancaman komunis itu telah melalui beberapa proses penambahbaikan dan berjaya menunjukkan kejayaan sehingga ke tahap 95 peratus.
Malah, tegasnya, dengan pelbagai pengalaman baharu menangani pengganas termasuk kumpulan al-Maunah dan sebagainya, sebanyak 18 bidang telah diperincikan dalam program deradikalisasi itu bagi menjamin kejayaannya.
“Program ini bukan sahaja melibatkan polis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Penjara tetapi juga melibatkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, ulama-ulama di institusi pengajian tinggi dan pondok yang berkemahiran memperbetulkan akidah yang silap.
“UK mempunyai latar belakang yang berbeza dan mereka berminat dengan model kita kerana sebagai sebuah negara Islam, kita mempunyai lebih banyak pengalaman dan pengetahuan untuk berdepan dengan kumpulan militan dan radikal ini,” katanya kepada wartawan di sini hari ini.
Beliau berada di sini dalam rangka lawatan kerja empat hari yang menumpukan kepada isu-isu keselamatan, keganasan dan imigresen.
Ahmad Zahid menambah, UK berminat untuk mempelajari acuan Malaysia itu dan akan menghantar pegawai-pegawainya ke pusat pemulihan militan di Malaysia.
Malah, beliau turut mengundang Setiausaha Dalam Negeri UK, Theresa May untuk menghadiri Persidangan Antarabangsa Mengenai Radikalisasi dan Keganasan Melampau di Malaysia pada 26 dan 26 Januari tahun depan.
Selain UK, beliau berkata, Amerika Syarikat, Australia, semua negara ASEAN, Arab Saudi dan Yemen juga telah menyatakan komitmen untuk mempelajari model memulihkan militan itu.
Selain itu. beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, dalam pertemuan dengan agensi keselamatan UK pagi ini, kedua-dua pihak bersetuju menggunakan istilah Daesh bagi menggantikan pengganas Negara Islam (IS).
Ini kerana, katanya, istilah pengganas IS yang digunakan sebelum ini memberikan tanggapan yang salah terhadap agama Islam yang tidak pernah mengajar umatnya untuk menjadi pengganas.
“Saya juga minta media menggunakan perkataaan Daesh ini bagi menggantikan pengganas IS,” tegasnya. – UTUSAN



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2015 11:10 AM | Show all posts
sila haramkan juga penggunaan istilah parti islam, sekolah islam, university islam, perbankan islam.... kerana dikhuatiri memeberi imej buruk kepada islam...

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 11:14 AM | Show all posts
Minyak urut warisan Islam?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
pengganas isis
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
DAESH tu bukan bahasa arob ke. Seperti hadis nabi.  Daesh tu daulat Islamiyah Sham dan Iraq kot.  Akak tengok youtube smlm tentang hadis nabi

" akan dtg nanti pembawa panji hitam dari timur, pemimpin nya sama dgn nama abu bakar, maka hendak la kamu duduk diam jangan mencampuri mereka kerana kelak mereka akan berbunuhan sesama sendiri".
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 11:51 AM | Show all posts
mcm mcm...biarlah nak guna IS atau ISIS ...yg penting masalah selesai..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2015 11:56 AM | Show all posts
Yang penting Malaya dan Borneo selamat. Lantak kau lar nak letak label babi ker haper pun kat pengganas tue
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 12:29 PM | Show all posts

pening di hujung zaman, mana salah,, mana fitnah... memang mengelirukan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2015 12:37 PM | Show all posts
beperang melawan orang2 kafir yg memerangi kamu sebagai satu Jihad dibolehkan, tetapi mengapakah perlu membunuh orang2 awam yang tidak berdosa.
Itulah jadinya bila berperang atas dasar hawa nasfu dan bukan  semata-mata kerana Allah dan Islam . Bila sudah menggunakan nama Islam atas kepentingan hawa nafsu, maka akan jadilah sesuatu yg melampaui batasan
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 12:38 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 16-11-2015 11:10 AM
sila haramkan juga penggunaan istilah parti islam, sekolah islam, university islam, perbankan islam. ...

itu belum lagi product2 islamiyah like air anugerah ke apa yg feeling suci murni dari sorga gitu
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 12:51 PM | Show all posts
Nabi Muhammad dan para sahabat bila berperang pun tidak sampai memmbunuh orang2 yg tidak bersenjata, kaum wanita, kanak2 dan orang2 tua.
Semasa pembukaan Kota Mekah pun, tidak ada langsung pertumpahan darah wlaupun Nabi boleh saja menyerang orang2 Quraish yg ketakutan hanya tinggal diam didalam rumah masing2.
Malahan Nabi memberi pilihan samaada untuk memeluk Islam atau tidak, tetapi harus patuh kepada pemerintahan Nabi berlandaskan syariat Islam.
jadi keganasan bukan \lah suatu kekdah untuk mempertahankan dan menyebarkan Islam. Untuk berperang pun askar Islam harus patuh kpd disiplin ean tatacara Islam. Spt kalau sebelum pergi berperang, seorang askar Islam haruslah wajib baca alQuran, berqiyamullai, solat tahajjud pd malam harinya.
Panglima2 perang Islam yg hebat dlm sejarah Islam spt Khalid alWalid, Salehuddin Al Ayyubidan Sultan Faqeh tidak akan memilih perajurit yg. hanya tidur nyenyak dimalam hari krn mereka itu tidak kuat hubungannya dgn Allah lalu dimanakah akan turun pertolongan dari langit semasa berlakunya peperangan ?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 01:05 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 16-11-2015 11:10 AM
sila haramkan juga penggunaan istilah parti islam, sekolah islam, university islam, perbankan islam. ...

Itulah pulaknya. janganlah nak jd ekstrimis pulak anti nama Islam sana sini.
Benda2 yang baik haruslah diteruskan
sesuatu yang buruk melampai batasan haruslah dibendung dan diharamkan. Yang Parti Islam tu dah berapa ramai dah pulak yg di bomnya.
Sekurang2nya Sekolah2 Islam, Univ Islam, perbankan Islam ada jgklah kemahuan menyerapkan unsur2 ke Islaman yg wlaupun x secara total.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Oz skrg yg guna perkataan Daesh tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 01:13 PM | Show all posts
dulu bukan ke najib puji2 IS tu..
nah skrg rasakan
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 01:19 PM | Show all posts
boyagombak replied at 16-11-2015 01:05 PM
Itulah pulaknya. janganlah nak jd ekstrimis pulak anti nama Islam sana sini.
Benda2 yang baik har ...

masalahnya Islam untuk awak tak semestinya cukup isle untuk orang lain.

Apa yang Islam nya sangat pada universiti islam antarabangsa? Universiti teknoloji tu kapir ka?

dengan adanya label2 ini nanti akan adalah yang over the top hujung2 memalukan Islam jua. Tengok perbankan Islam sudey. Udahnya kapir lahanat yahudi pun nak join, as bankers.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.081806 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list