Dah masuk musim tengkujuh di Malaysia, betul tak? Hujan turun tak kira masa dah sekarang. Beberapa tempat dah pun banjir. Lembah Klang pun dikatakan mengalami banjir.
Tapi, bukan nak cerita mengenai banjir. Cuma nak kongsikan dengan anda biskut apa yang sedap dimakan masa hujan? Kira, kalau makan biskut tu boleh 'layan' sampai habislah.
Masa kecil-kecil dulu mak kita selalu buat air teh atau kopi panas-panas. Biskut inilah yang dicicah bersama air tersebut. Sedapnya tak terhingga kan? - CARI Infonet
1) Biskut Bantal
Penulis tak pasti nama biskut ini sebetulnya apa. Tapi, banyak nama biskut ini. Ia juga dikenali sebagai Biskut Kepal Lutut, Biskut Kepala Lutut, Biskut Lutut dan sebagainya.
2) Biskut Dalam Tin
Pelbagai biskut ada dalam tin. Sampai tak terkira dan tak terhafal nama satu-satu biskut ini.
3) Biskut Tawar / Hup Seng
Biskut Hup Seng dari dululah memang terkenal sehingga sekarang. Mudah didapati kot kan?
Ada lagi tak biskut yang anda suka makan masa hujan? Jom, kongsi. - CARI Infonet