CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1261|Reply: 0

Cara Mudah Buang Bau Kasut Setiap Hari

[Copy link]
Post time 16-11-2015 08:25 PM | Show all posts |Read mode


Musim hujan seperti saat ini, kasut kesayangan jadi mudah basah dan menimbulkan bau yang busuk. Sudahlah kasut yang ada pun tak begitu nak banyak. Tapi jangan risau,  anda boleh mengatasi masalah bau kasut yang lebih mudah dan cepat. Jom kita rujuk info ini...



1. Gunakan bedak tabur
Ya, bedak tabur bayi boleh buat kaki anda berbau harum. Jadi apa salahnya, gunakan bedak tabur ketika kasut lembap untuk elak sepatu berbau dan kering lebih cepat.


2. Letak belakang peti ais
Ada yang pernah cuba cara ini zaman kecil tak? Inilah salah satu cara yang mudah untuk keringkan kasut sebab belakang peti panas. Lepas ini boleh cuba buat juga untuk kasut anak-anak yang lambat nak kering musim hujan.




3. Teh hitam sangat membantu
Bakteria yang melekat di kasut selalunya disebabkan anda pakai terus dengan kaki yang basah atau kasut terkena air. Usah risau, anda boleh menggunakan petua teh hitam yang mengandungi tannin, sangat efektif untuk membunuh bakteria di dalam kasut.



4. Gunakan baking soda
Taburkan sedikit baking soda di dalam kasut. Baking soda akan menyerap bau busuk dan membuatkan kasut kembali segar. Taburkan dan biarkan satu malam, keesokan harinya keluarkan baki baking soda. Dijamin, bau kurang enak dari skasut terus lenyap.


Itulah beberapa cara unik tapi efektif boleh selesaikan masalah kasut berbau musim hujan. Jangan lupa untuk mencuba mana-mana yang senang bagi anda, ya!


mingguanwanita
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.414786 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list