CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2603|Reply: 0

Bro! Tak Cukup Tidur? Hentikan Ambil 'Sedatif'

[Copy link]
Post time 18-11-2015 05:52 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Biasa kan dengar orang yang tak boleh tidur lena akan ambil pil tidur ini. Bahaya atau tak pengambilan pil tidur? Pernah dengar juga makan pil tidur yang berlebihan boleh mengakibatkan kematian.



Sedatif (ubat tidur) merupakan kategori ubat yang bertindak pada sistem saraf pusat dan menolong mengatasi masalah kesukaran untuk tidur.

Terdapat beberapa jenis ubat yang boleh memberikan kesan sedatif. Contoh : ubat antikemurungan, barbiturates dan benzodiazepines.

Benzodiazepines merupakan ubat yang selalu digunakan untuk merawat keresahan dan masalah kesukaran untuk tidur.

Ubat tidur hanya boleh diambil untuk jangka masa yang pendek sahaja. Kesan ubat tersebut akan berkurangan kerana badan anda telah menyesuaikan diri dengan ubat ini.



Kesan pengambilan ubat tidur

Mengambil ubat tidur ini anda akan mengantuk dan rasa pening, hilang tumpuan untuk melakukan kerja dan percakapan yang tidak jelas.

Kebanyakan ubat tidur boleh menyebabkan pergantungan pada ubat apabila diambil dalam dos yang tinggi dan pada jangkamasa yang panjang. Apabila keadaan ini berlaku, ia menyukarkan pemberhentian rawatan ubat tidur tersebut.

Pengambilan pil tidur yang kronik boleh menjejaskan refleks ketika sedar, upaya penilaian, upaya ingatan dan kecerdasan keseluruhannya.


Cara yang boleh digunakan untuk mengatasi kesukaran untuk tidur adalah pastikan tidur pada waktu yang telah ditetapkan. Jangan minum kafein seperti kopi dan teh pada waktu malam. Membaca merupakan aktiviti yang membolehkan anda berasa mengantuk dengan cepat. - CARI Infonet



Sumber Info : http://www.myhealth.gov.my
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.050159 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list