CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11442|Reply: 78

Azma didenda 2K sbbpukul Ika nabella.update:mengaku ada Bipolardisorder post#60

[Copy link]
Post time 19-11-2015 08:47 AM | Show all posts |Read mode
Edited by d_dalia at 20-11-2015 02:18 AM

AZMA AIZAL didenda RM2 Ribu setelah mengaku salah kasari Ika Nabella
PENGARAH Azma Aizal Yusof, 33, telah didenda RM2 ribu oleh Mahkamah Majistret Ampang dalam satu perbicaraan kes pukul melibatkan pelakon Ika Nabella.
Kes perbicaraan tersebut berlangsung pada Jumaat, 13 November. Keputusan mahkamah itu berhubung laporan polis yang dibuat oleh Ika Nabella pada tengah malam 2 November yang mendakwa telah dikasari pengarah di lokasi penggambaran drama Dawai Asmara.
Drama terbitan Suhan Movies itu adalah untuk slot Azalea TV3.
“Semuanya sudah selesai dan saya sudah mengaku kesalahan mengasari Ika Nabella.
“Setelah kena denda oleh mahkamah, saya hubungi Ika untuk meminta maaf di atas apa yang telah berlaku. Ika pula menjawab baik di samping menganggap perkara yang terjadi adalah pengajaran buat kami.
“Saya tiada dendam pada Ika dan tidak menolak andai diberi peluang untuk bekerjasama lagi di masa akan datang.
“Saya juga tidak menyalahkan masyarakat yang mungkin memandang negatif perbuatan saya mengasari Ika,” jelas Azma Aizal dalam satu sidang media khas yang diadakan di pejabat Suhan Movies di Setiawangsa, Kuala Lumpur pada Rabu.
Turut hadir di sidang media tersebut ialah Datuk Rosyam Nor selaku penerbit Dawai Asmara bagi menjelaskan situasi sebenar kontroversi yang hangat diperkatakan netizen di laman sosial.
Ikuti berita lanjut mengenai kes ini di dalam Mangga Online.



ROSYAM nafi serik ambil Azma Aizal arah drama
LANJUTAN daripada pengakuan bersalah pengarah Azma Aizal Yusof yang mengasari pelakon Ika Nabella sehingga didenda sebanyak RM2 ribu, penerbit drama Dawai Asmara iaitu Datuk Rosyam Nor hari ini menafikan produksinya serik untuk bekerjasama dengan pengarah tersebut.
Penerbit dari Suhan Movies & Trading Sdn Bhd itu menganggap perkara yang sudah selesai di Mahkamah Majistret Ampang pada Jumaat, 13 November lalu mempunyai hikmah di sebaliknya.
Di dalam sidang media khas yang diadakan di pejabatnya di Setiawangsa, Kuala Lumpur, Rosyam memaklumkan Azma Aizal telah menarik diri setelah mengarah tujuh episod drama dan posisinya diganti Aidilfitri Mohd Yunus (pengarah drama Rindu Awak 200%).
Ika Nabella juga terlebih dahulu menarik diri daripada meneruskan komitmen dalam drama Dawai Asmara yang berbaki penggambaran untuk 13 episod. Tempatnya diganti oleh Puteri Najwa.
Dawai Asmara sebanyak 20 episod adalah untuk slot Azalea TV yang dijangka ditayangkan pada Januari tahun depan.
“Sebagai penerbit, saya tidak menyebelahi sesiapa. Perkara dah terjadi dan saya cuba selesaikan sebaik mungkin.
“Setelah didenda oleh mahkamah, Azma datang berjumpa saya dan memaklumkan untuk menarik diri sebagai pengarah. Beliau ada penjelasan sendiri, begitu juga Ika Nabella.
“Saya nasihatkan Azma untuk tidak mengulangi perbuatan mengasari tersebut sungguhpun beliau punya alasan perkara yang dilakukannya itu adalah untuk mendapatkan hasil lakonan terbaik.
“Mungkin caranya dengan niat untuk membimbing bagi mendapatkan kualiti lakonan yang berkesan itu tidak boleh diterima oleh segelintir pelakon. Namun saya memahami alasan yang diberikan.
“Bagi saya, Azma adalah pengarah generasi baru yang sedang meningkat naik. Beliau ada kreativiti tersendiri dan saya senang dengan hasil kerjanya.

“Saya sendiri pernah berlakon di bawah arahannya untuk drama Perjalanan. Saya akui suka cara pengarahannya.
“Selepas kejadian ini, saya tidak akan serik atau berhenti mengambilnya mengarah drama-drama keluaran Suhan Movies.
“Saya tiada masalah untuk terus bekerjasama dengannya di masa-masa akan datang. Cuma selepas ini, Azma harus lebih berhati-hati dengan tindakannya sebagai pengarah agar perkara sama tidak berulang,” jelas Rosyam kepada Mangga Online.
Kejadian yang awalnya dikatakan kes pukul itu berlaku di lokasi penggambaran Dawai Asmara di Ulu Kelang, Selangor pada 2 November kira-kira pukul 12.00 tengahari.
Ika Nabella mendakwa dikasari pengarah dan memaklumkan kepada pihak penerbit yang seterusnya menasihatkannya andai mahu membuat laporan polis.
Setelah itu, Azma menyerah diri ke balai polis bagi memberi penjelasan berhubung laporan yang dikemukakan Ika Nabella pada 3 November.
Azma telah menyelesaikan tujuh episod Dawai Asmara pada 16 November lalu sebelum menyerahkan tugas pengarahan kepada pengarah baru. Antara pelakon utama drama tersebut ialah Mahmud Ali Basha, Sherry Merlis dan Zoey Rahman.
Di samping itu, Rosyam juga tidak menafikan kontroversi yang ditimbulkan dalam drama tersebut sedikit sebanyak memberi publisiti meluas.
“Pada saya, kualiti kerja, publisiti dan populariti itu harus seiring. Dengan liputan meluas yang diberikan terhadap kontroversi drama ini pasti membuatkan orang ramai tertunggu-tunggu untuk melihat hasil karya ini.
“Sudah tentu ianya turut mempengaruhi rating drama ini nanti apabila disiarkan. Sebagai penerbit dan juga pelakon senior saya doakan kerjaya Azma dan Ika terus maju di masa akan datang,” ujar Rosyam.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2015 09:12 AM | Show all posts
gambar last ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni bukan ada kes dadah ke dulu?
Hampun klu silap.mcm pernah dgr dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah nampak kertu dah pakcik danish.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
yeos replied at 19-11-2015 09:12 AM
gambar last ...

Kannn....very the mak hayam besar gituh
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Ahkak2 sgt pic last tu

Kowserrrr tau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2015 09:17 AM | Show all posts
apa pon citer yg azma aka butang ni blakon or mengarah mmg best...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 09:17 AM | Show all posts
So sebab kejadian? Apa langkah2 yg akan diambil utk mengelakkan benda ni berlaku?
I was kinda hoping this kind of things will be taken seriously. Pukul org sesuka hati bukan hal kecil, nanti org ingat dah pukul, bayar 2 ribu, minta maaf, setel.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2015 09:36 AM | Show all posts

mcm ponen plak tgk nya
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 09:41 AM | Show all posts
amboiiiiii telapak tangan antara dada dan bahu

mmg Nampak sgt GAYAH
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 09:42 AM | Show all posts
kakak @sepitsiput mana? saja iols seru sebab nak ucap tahinah.. eh? Tahniah sebab melebarkan sepit akak ke instagram pulekkk... kemain trivia2 yang disajikan.. tidak syak lagi kaka @sepitsiput akan menjadi insta pemes!
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 10:02 AM | Show all posts
gambar last tu spoil la
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Bakat besar pun kalau tak boleh kawal perasaan tak guna gak. Pasni produser & pelakon sure takut nak bekerjasama dengan dia. Elok dia gi duduk semula kat Langkawi tenangkan fikiran dia tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Terbaca kat harian metro..si azma ni cakap yg dia dok lempang si ika tu sbb guna teknik jepun katanya
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 10:20 AM | Show all posts
terserlah  kegayahan heshe di gamba terakhir
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 10:24 AM | Show all posts
Star_el replied at 19-11-2015 09:17 AM
So sebab kejadian? Apa langkah2 yg akan diambil utk mengelakkan benda ni berlaku?
I was kinda hopin ...

orang yang dipukul pun dah memaafkan. so walaupun benda tu dikira jenayah tetapi kalau tidak ada niat jahat, mmg denda dia tak besar

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2015 10:27 AM | Show all posts
main pukul2 plak...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 10:28 AM | Show all posts

part tgn dia kan....
terserlah kegayahan beliau

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 10:30 AM | Show all posts
dulu ika nabela ni bimbo giler perangai mulut pun leh tahan. dah kena sepak baru tak bimbo, jd pemaaf macam malaikat lak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Sygnya...azma nie berbakat besar..rugi rugi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.081157 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list