CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1177|Reply: 0

Kaedah DAP Ubah Pola Pengundi Melayu-Islam

[Copy link]
Post time 19-11-2015 06:10 PM | Show all posts |Read mode
Projek Kondominium The Lourve – Kajang Kaedah DAP Ubah Pola Pengundi Melayu-IslamNovember 12th, 2015 | by admin
POLITICS
0


Projek kondominium mewah The Lourve – Kajang yang terletak di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Bangi adalah salah satu contoh Kaedah DAP mengubah pola pengundi Melayu Islam di Selangor, ulas pengomen laman ini, ‘silat hati’

“Itulah kejayaan besar PKR bila memerintah Selangor. Orang-orang PAS berebut jawatan untuk menguasai masjid dan surau lalu perpecahan di kalangan orang Melayu terjadi.

“Orang bukan Melayu mengatur strategi membina kondo dan rumah-rumah yang tidak mampu dimiliki oleh pembeli Melayu. Ia tidak saja dibina di tempat strategik Kajang, Bangi, Keramat, Taman Melati, Setapak, Seri Gombak, Shah Alam dan banyak lagi.“Ia bakal memberi kesan kepada taburan penduduk yang memberi kesan kepada kuasa undi dan akhirnya Selangor bakal terlepas ke tangan DAP secara jangka panjang. Inilah kebijaksanaan PKR berpolitik.Kuasa politik di tangannya, kuasa pembangunan di tangan DAP dan kuncu-kuncunya dan kuasa PAS hanya dengan doa di masjid mengharap seuatu dari Allah sedangkan perancangan hari depan di tangan orang lain,” ulasnya dalam artikel bertajuk “Tidak Untungkan Penduduk Tempatan, Azmin Diminta Kaji Semula Projek Kondominium Mewah The Lourve Kajang.

Menurut laman propsocial.my, projek kondominium mewah The Lourve -Kajang itu diusahakan sebuah syarikat pemaju Paris Dynasty Land Sdn. Bhd. Projek itu dijangka siap pada Mei 2018.

Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad pernah mendedahkan bahawa salah satu strategi DAP di Selangor untuk memecahkan pola pengundian Melayu-Islam adalah memindahkan pengundi baharu ke Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjadi sasaran parti itu.

“Kita sudah tahu strategi mereka. Kami telah menerima laporan mengenai peralihan pengundi ke kawasan DUN milik PAS.

“Tetapi kita masih yakin kita mampu mempertahankan kerusi kami,” dedah Iskandar yang juga merupakan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Kerajaan Negeri Selangor.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.146939 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list