CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1095|Reply: 0

6 Tip Ini Buat Rambut Lebih Sihat Walau Bertudung

[Copy link]
Post time 19-11-2015 08:17 PM | Show all posts |Read mode


Rambut yang sihat dan bersinar menjadi idaman wanita. Mereka sanggup membelanjakan wang ke salon untuk melakukan perawatan rambut. Sebenarnya, ramai yang terlepas pandang. Selain ke salon, wanita juga perlu mengamalkan gaya hidup sihat dan makanan tertentu untuk merealisasikan impian ini. Jom ikuti tip berikut.


1. Lebihkan Makan Ikan & Kekacang
Kandungan protein dalam ikan dan kekacang dikatakan dapat membuat kulit kepala sihat. Ia juga membantu menghilangkan rasa gatal pada kulit kepala. Protein membekalkan nutrien yang diperlukan tubuh. Rambut akan beransur sihat dan menawan.


2. Jangan Basuh Dengan Air Panas
Elakkan mencuci rambut dengan air panas, ia menyebabkan rambut hilang kelembapan. Minyak semula jadi pada rambut yang bertindak sebagai perapi akan hilang apabila terkena air panas. Akibatnya rambut menjadi kering dan mudah bercabang. Sebaik-baiknya gunakan air sejuk, ia memberi kesegaran pada rambut dan kulit kepala.


3. Urut Kulit Kepala
Ketika mandi, biasakan mengurut kulit kepala. Urutan yang lembut dan dilakukan secara konsisten akan membantu melancarkan perjalanan darah. Kulit kepala sihat dan rambut juga semakin menawan.


4. Elakkan Pengering Rambut
Sebaik-baiknya elakkan penggunaan pengering rambut kerana dalam jangka masa panjang ia menyebabkan rambut menjadi kering dan rosak. Selepas mandi, keringkan rambut dengan tuala. Lap secara lembut kerana rambut sangat lemah ketika basah. Biarkan rambut kering secara semula jadi.


5. Gunakan Sikat Yang Sesuai
Pilih sikat yang sesuai, tidak mengapa jika anda membelanjakan sejumlah wang untuk membeli sikat mahal. Penggunaan sikat yang betul membantu melindungi rambut daripada rosak. Sikat yang tajam di permukaan akan mencederakan kulit kepala. Gunakan sikat dengan bahagian hujung berbentuk bulat. Jika kurang pastikan dapatkan pandangan pakar rambut.


6. Usah Ikat Rambut Terlalu Ketat
Ramai yang mempunyai tabiat buruk ini. Mereka mengikat rambut terlalu ketat dengan alasan mahu kelihatan kemas. Mereka tidak sedar perbuatan ini menyebabkan rambut mudah putus dan boleh merosakkan akar rambut. Elakkan juga mengikat rambut dalam masa yang lama kerana ia boleh meningkatkan kadar keguguran. Lepaskan rambut agar ia dapat bernafas dan bebas.


mingguanwanita
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.059359 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list