CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2267|Reply: 1

10 Sebab Lelaki Berusia Lebih Mengancam Di Mata Wanita

[Copy link]
Post time 19-11-2015 08:23 PM | Show all posts |Read mode


Memang dah jadi lumrah setiap manusia ingin hidup berpasangan. Betul tak? Iyalah, bila ada teman masing-masing, ada juga tempat untuk mengadu domba.

Taste orang pun lain-lain. Ada yang suka pasangan kurus, berisi, lebih muda dan lebih tua. Tapi, korang perasan tak, sekarang ni dah jadi satu trend pula wanita muda berkahwin dengan lelaki yang lebih berusia?

Jarak umur bukan sedikit tau! Ni dah level umur hampir sama dengan bapa mereka. Nak tahu kenapa? Jom baca lagi.

Romantis Level Aaron Aziz Dalam ‘Suamiku Encik Perfect 10’

Inilah sebab utama wanita memilih lelaki lebih berusia. Orang kata mereka ini mempunyai sikap yang lebih romantis berbanding jejaka-jejaka muda.


Boleh Belikan Iphone6

Well, kalau dah nama pun lelaki ni dah berumur, dah tentu ada pekerjaan yang tetap kan?

Bukan setakat Iphone6 je, kau mintalah segala macam gadget sekalipun, pasti mampu untuk ditunaikan.

Lebih Hebat ‘Kemudi Bahtera’ Dalam Perhubungan

Kebiasaannya, lelaki berusia ni lebih pandai mengendalikan sesuatu hubungan. Maklumlah, dah banyak pengalaman kan?

Tak kisahlah pengalaman bercinta atau berkahwin, kedua-duanya mereka pasti win! Aumm.

Wanita Tak Tahan Lihat Misai & Janggut Tebal

Haa, kalau nak tahu, misai dan janggut adalah tarikan utama pada wajah lelaki tau! Kaun hawa ni memang suka lihat lelaki begini. Lebih ‘jantan’ katanya.

Tak percaya? Lihat saja kebahagiaan penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K. Tak ke manis Datuk K dengan misainya? Hihihi.

Tak Rasa Sedih Sangat Bila Berjauhan Dengan Ayah

Kalau dah usia pun lebih kurang dengan si bapa, dah tentulah kehadiran suami yang lebih berusia dapat mengubat rindu pada ayah masing-masing kan.

Ada Orang Tolong Bayar Hutang PTPTN

Ini termasuk dalam faktor kewangan. Bila dah jadi suami, bolehlah minta si dia bayarkan hutang PTPTN yang tertunggak.

Maklumlah, nak harapkan gaji sendiri, ciput je. Cukup-cukup buat modal makan dan shopping.

Duit Insuran Confirm Korang Punya!

Dengar macam jahat nau nak duit insuran suami kan? Tapi, bila difikirkan dengan akal logik, betul juga.

Lelaki berusia ni berisiko menghidap penyakit, kalau apa-apa terjadi pada mereka, pasti si isterilah yang jadi penama pertama yang menerima wang insurans peninggalan suami.

Perangai Tak Macam Kanak-Kanak Ribena

Ini sikap yang paling mengancam di mata wanita. Lelaki yang tahu berdikari dan tak bersikap kebudak-budakan.

Iyalah, nak jadi suami kenalah tegas. Kalau sikit-sikit nak merajuk, haa, akak pun tak boleh tahan dik non. Rimas!

Sebab Lelaki Muda Pilih Wanita Berusia

Inilah hakikat yang terpaksa diterima semua. Dengn siapa wanita muda nak berkahwin jika kebanyakkan lelaki muda memilih wanita yang lebih berusia untuk dijadikan isteri?

Benda ni bukan rare lagi.

Dah Jodoh Lelaki Tua, Nak Buat Macam Mana

Akhir sekali berbalik pada konsep ajal maut jodoh dan pertemuan ditangan Allah. Kalau dah tertulis jodoh korang dengan jejaka yang lebih berusia, terima jela.

Dia lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya. Tak gitu?


ohbulan


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2016 02:09 PM | Show all posts
Lelaki tua ni rasanya lebih tenang dan tak gelojoh dari lelaki muda.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.522849 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list