CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Jenayah] Bunuh Kerani: Jiran Ditahan! #97 & #120

[Copy link]
Post time 20-11-2015 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Jiran yang terdekat punya angkara
::

Patutla dia leh rancang baik2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2015 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
DayangKirana replied at 20-11-2015 09:50 AM
cik puan nurul tu bajet bagus..
seronok bila orang dok share komen good2 dia tuh..


Memang bajet good good sgt. Menyampah sebab ambil kesempatan nak femes. Mendapat la dia
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2015 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Ntah2 enjin keta sajer jiran tu bg hidup nk org lain perasan mgsa ada dlm rumh.. hrap2 ada la bukti dna yg trtggal.. semoga pnjenayah sebenar dpt ditgkap..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2015 12:53 AM | Show all posts
apa perkembangan terbaru kes ini?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2015 12:55 AM | Show all posts
Kaka Hantu ada update kat post #97. Jiran dia kena tahan.

@GhostWalking

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2015 01:00 AM | Show all posts
alahai.. jiran terdekat...  memang dok aim dah kot...  dah la keje gov... habisla ko...  kesian anak bini... aduhai..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2015 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
ada rekod jenayah, urine positif dadah tapi boleh keje gomen ye kepelikan disitu
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2015 01:01 AM | Show all posts
momomikomiki replied at 20-11-2015 11:46 PM
adakah jiran yg polis tahan ni org yg mula2 bagi keterangan? Yg pi ambik anak sekolah pastu balik ti ...

pandai berlakon betol kalu betol la jiran yg buat report polis tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2015 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh org yg sebar2 ni. Xtau ke perbuatan ko tu aibkn org? Klu ko mati esok ko suka x gmbar ko tersebar.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2015 01:04 AM | Show all posts
MeghanK replied at 21-11-2015 01:00 AM
ada rekod jenayah, urine positif dadah tapi boleh keje gomen ye  kepelikan disitu

dia terlibat dengan dadah, rekod jenayah selepas diterima masuk keja gomen kot..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2015 01:06 AM | Show all posts
SayaSayangMama replied at 21-11-2015 01:04 AM
Bodoh org yg sebar2 ni. Xtau ke perbuatan ko tu aibkn org? Klu ko mati esok ko suka x gmbar ko terse ...

ada penyebaran gambar arwah ke sis?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2015 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
LoveWins replied at 21-11-2015 01:04 AM
dia terlibat dengan dadah, rekod jenayah selepas diterima masuk keja gomen kot..

so dia buat jenayah masa jadi pekerja gomen..2 rekod pulak tu tapi still bekerja senang lenang..memang fishy betul
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2015 01:08 AM | Show all posts
MeghanK replied at 21-11-2015 01:06 AM
so dia buat jenayah masa jadi pekerja gomen..2 rekod pulak tu tapi still bekerja senang lenang..me ...

maybe kot... selalunya kalu org dah keja gomen.. x da siapa pun yang pantau apa yg dibuat di luar waktu opis..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2015 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
LoveWins replied at 21-11-2015 01:08 AM
maybe kot... selalunya kalu org dah keja gomen.. x da siapa pun yang pantau apa yg dibuat di luar  ...

kakak, kalau dah ada rekod jenayah tu makna nya dah jadi kes polis..kena tahan, kena lokap bagai..takkan majikan tak amek tindakan
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2015 01:14 AM | Show all posts
MeghanK replied at 21-11-2015 01:11 AM
kakak, kalau dah ada rekod jenayah tu makna nya dah jadi kes polis..kena tahan, kena lokap bagai.. ...

sesetengah boleh lepas je...  kaw tim dengan bos.. then bos bagi  nasihat sikit... bagi peluang.. then x kena apa2 tindakan pun..  ini berdasarkan pengalaman keje gomen

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2015 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
LoveWins replied at 21-11-2015 01:14 AM
sesetengah boleh lepas je...  kaw tim dengan bos.. then bos bagi  nasihat sikit... bagi peluang..  ...

camtu je ke apa lah jenayah yang dia buat ek..menakutkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2015 01:24 AM | Show all posts
kalau berdasarkan member aku kat muo, dia ckp jiran yg kena tahan ni org lain, bukan yg report polis tu.. tp xtau la kot dia tsalah, aritu pun dia ckp indon yg kena angkut, sekali nepal daa..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2015 05:58 AM From the mobile phone | Show all posts
lazim replied at 20-11-2015 03:28 PM
aku xkesah sgt dgn batak like ke, yg cerita kt fb ke sbb drg mmg org awam. masalahnya repot polis se ...

yes satuju..yg sebarkan repot ptt kna tngkap dulu.. msti org brkaitan polis jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2015 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua nak jadi wartawan sambilan tp tak sedar dah menyusahkan lagi keadaan, aib & cerita ditokok tambah menyedapkan cerita. Masuk la lokap korang
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2015 08:19 AM | Show all posts
UPDATE kes ni @GhostWalking

MUAR: Polis Johor telah menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan kejam seorang kerani sekolah agama di Taman Setia Kasih, Sungai Terap, Bukit Pasir di sini, Isnin lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, SAC Kamarul Zaman Mamat berkata suspek berumur 30 tahun yang merupakan jiran terdekat mangsa di taman perumahan itu, ditahan pada pukul 6 petang tadi.

"Suspek yang juga seorang pegawai kerajaan telah berkahwin dan mempunyai dua anak," katanya dalam satu kenyataan kepada media malam ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan kerani sekolah agama, Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, ditemui terbaring dengan kesan jerutan di lehernya di depan pintu bilik utama rumahnya Isnin lalu.

Mayat mangsa ditemui jiran selepas enjin kereta Honda Civicnya tidak ditutup selama empat jam bermula pukul 2 petang, selain pintu pemandu kereta dan pintu rumah terbuka menyebabkan jiran terasa pelik dan mencarinya.

Polis kemudian bertindak menahan enam lelaki warga Nepal berumur 25 hingga 43 tahun yang bekerja di kawasan berhampiran selang beberapa jam selepas menemui mayat mangsa bagi membantu siasatan.

Kamarul Zaman berkata suspek ditahan berikutan gagal memberikan keterangan yang memuaskan kepada polis semasa siasatan dijalankan.

"Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan juga turut mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan jenayah kekerasan dan memiliki dadah," katanya.
Beliau turut berterima kasih kepada masyarakat yang telah menyalurkan maklumat kepada polis dalam membanteras jenayah kejam itu.

Semalam polis Muar juga telah mengambil keterangan hampir 10 pengguna laman sosial Facebook bagi mengesan dalang sebenar penyebaran berita dan gambar bersabit kes pembunuhan itu yang telah menjadi viral.

sumber

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.084169 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list