CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1247|Reply: 0

5 Manfaat Bila Anda Tidur Siang

[Copy link]
Post time 20-11-2015 11:39 PM | Show all posts |Read mode


Manfaat Tidur Siang.Tidur merupakan aktiviti rutin yang dilakukan oleh setiap manusia untuk berehat dan mengembalikan tenaga setelah seharian penat melakukan pekerjaan.
Seperti yang kita tahu,malam merupakan waktu yang paling tepat untuk tidur demi menjaga kesihatan tubuh badan.Walaubagaimanapun,tidak ramai yang tahu bahawa tidur siang juga memiliki manfaat bagi kesihatan anda.
Jom ketahui kebaikan tidur siang untuk kesihatan anda.

5 Manfaat Tidur Siang Untuk Kesihatan Anda

Tidur siang ternyata mampu meningkatkan daya ingatan anda terutamanya untuk golongan warga emas. Ini kerana semakin meningkat umur,mereka lebih cenderung untuk melupakan memori di masa lampau. Menurut kajian,manfaat tidur siang sekurang-kurangnya 45 minit mampu meningkatkan daya ingatan otak anda.

Bagi mereka yang selalu keletihan akibat kerja atau memerlukan idea baru,anda disarankan untuk tidur siang. Ini kerana manfaat tidur siang ialah ia dapat meningkatkan kreativiti dan produktiviti kerja anda sekaligus memberikan anda idea-idea baru.

Manfaat tidur siang yang lain ialah ia mampu mengubati penyakit insomnia atau nama lainnya ialah gejala susah tidur di malam hari. Insomnia boleh menyebabkan anda tidak dapat menumpukan pada kerja,produktiviti kerja menurun,keletihan dan meningkatkan risiko kecelakaan sekiranya anda memandu. Satu kajian telah dijalankan dan ia mendapati tidur siang boleh membuatkan penderita insomnia menjadi lebih segar. Ini kerana jumlah waktu istirehatnya yang lebih panjang

Sekiranya pada malam hari anda kurang nyenyak atau tidak cukup tidur,pastinya pada siang hari anda berasa sangat tertekan untuk melakukan kerja. Oleh itu,manfaat tidur siang untuk kesihatan anda ialah ia mampu menghilangkan tekanan anda.

Tidur siang ternyata mampu mencegah penyakit jantung. Sekurang-kurangnya tidur selama 20-40 minit setiap hari pada waktu siang akan mengurangi risiko mendapat penyakit jantung

Tips Mendapatkan Tidur Siang Yang Baik
  • Waktu tidur yang disarankan ialah selama 20-40 minit.
  • Pastikan anda tidur siang hanya selepas pukul 12 tengahari.
  • Pastikan suhu bilik anda tidur sesuai iaitu tidak terlalu sejuk atau panas.
  • Jangan tidur ketika waktu malam sudah hampir menjelma kerana ia boleh mengganggu pola tidur anda pada malam hari.

http://www.wom.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.060389 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list