CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3357|Reply: 5

Unik! Restoran Dalam Sungai Di China

[Copy link]
Post time 21-11-2015 12:50 AM | Show all posts |Read mode
Anda mahu merasa pengalaman makan di dalam sungai. Kita mungkin biasa melakukan perkara itu apabila berkelah dengan keluarga di air terjun ataupun kawasan jeram.



Sebuah restoran di Chongqing di Selatan China memang unik kerana namanya pun Kafe Sungai. Pengusaha restoran ini memiliki idea yang kreatif dalam menarik pelanggan dengan meletakkan meja makan di dalam air.

Ia membolehkan para pelanggannya makan sambil menikmati bunyi aliran sungai dan juga merendamkan kaki di dalam air sungai yang nyaman.

Biasanya di sana, suhu ketika musim panas boleh mencecah 40 darjah celsius menyebabkan ramai warga China mencari cara baru dalam memastikan mereka sentiasa sejuk.

Kafe Sungai Chongqing menjemput warga tempatan dan pelancong untuk menanggalkan kasut mereka untuk makan di meja di dalam sungai di bawah pohon yang rendang.

Sudahlah air sungai itu kelihatan tidak bersih, dengan botol minuman hanyut dari entah di mana. Tetapi ia tetap mampu menarik pelanggan dek kerana tahap kepanasan melampau akibat musim panas.

Rupa restoran Chongqing ini menyerupai sebuah restoran air terjun di Filipina iaitu Vila Escudero.



-Odditycentral


Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2015 09:10 AM | Show all posts
dah siap makan, pesta berak kencing terus kat situ.. pakej! wellll, china..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2015 09:30 AM | Show all posts
Idea kreatif...
tp kalau mentaliti orang China ni....
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2015 12:55 PM | Show all posts
Sudahlah air sungai itu kelihatan tidak bersih, dengan botol minuman hanyut dari entah di mana. Tetapi ia tetap mampu menarik pelanggan dek kerana tahap kepanasan melampau akibat musim panas.

botol lalu... hmm... kalau tahi yang lalu camne..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2015 09:58 PM | Show all posts
Ya ni sama je konseptnya macam yang kat Philippines tu.  Tapi kalau masa musim panas boleh le, kalau dah tiba musim sejuk berani ke nak rendam kaki cam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 03:45 PM | Show all posts
pencemaran alam tul cina nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.079473 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list