View: 3455|Reply: 25
|
[Tempatan]
Ketua audit dedah hutang Putrajaya naik RM43 bilion 2014
[Copy link]
|
|
Ketua audit dedah hutang Putrajaya naik RM43 bilion 2014
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ketua-audit-dedah-hutang-putrajaya-naik-rm42.9-bilion-2014
OLEH MD IZWAN
Published: 23 November 2015 3:25 PM
Hutang kerajaan meningkat 8% sebanyak RM42.970 bilion pada 2014 berbanding 2013, berada pada paras 54.47% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menurut Laporan Ketua Audit Negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 November, 2015.
Hutang kerajaan meningkat 8% sebanyak RM42.970 bilion pada 2014 berbanding 2013, berada pada paras 54.47% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kata ketua audit negara.
Hutang awam terdiri daripada hutang dalam negeri berjumlah RM566.052 bilion (97.1%) dan hutang luar negeri sebanyak RM16.776 bilion (2.9%).
"Secara keseluruhannya hutang awam menunjukkan peningkatan daripada RM539.858 bilion pada akhir 2013 kepada RM582.828 bilion pada penghujung 2014," kata Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 3 yang dikeluarkan hari ini.
Selain itu, perbelanjaan kerana hutang negara (kos bagi mendapatkan pinjaman dan faedah pinjaman) juga menunjukkan peningkatan bagi tempoh 5 tahun berturut-turut.
Pada 2013, perbelanjaan kerana hutang negara berjumlah RM20.776 bilion dan meningkat RM1.812 bilion (8.7%) kepada RM22.588 bilion pada 2014.
Selain pinjaman dari dalam dan luar negeri, kerajaan juga memberi jaminan kepada pinjaman dibuat badan berkanun/syarikat seperti dibenarkan Akta Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) 1965.
Pinjaman yang dijamin kerajaan persekutuan juga menunjukkan trend peningkatan setiap tahun.
Pada akhir 2014, amaun belum selesai pinjaman dalam dan luar negeri yang dijamin kerajaan persekutuan bagi 3 badan berkanun dan 24 syarikat secara keseluruhannya berjumlah RM172.019 bilion iaitu meningkat RM14.519 bilion (9.2%) berbanding 2013 yang berjumlah RM157.50 bilion.
Peningkatan pinjaman yang dijamin kerajaan sebahagian besarnya disumbangkan daripada peningkatan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional; Bank Pembangunan Malaysia Berhad; Danainfra Nasional Berhad dan Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB). – 23 November, 2015.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Hutang awam tu macam mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah..baru 43 bilion.. |
|
|
|
|
|
|
|
still kurang dari hutang indon, papua new guinea, uganda, micronesia dan sebagainya
|
|
|
|
|
|
|
|
Ai, dah cut cost pengurusan macam2 pun hutang makin meningkat tak kurang2? |
|
|
|
|
|
|
|
mzzenma replied at 23-11-2015 04:42 PM
still kurang dari hutang indon, papua new guinea, uganda, micronesia dan sebagainya
Belum bankrupt lagi...ok ler tu... nak risau aper.teruskan main golf..banyak lagi padang golf xtry ni... |
|
|
|
|
|
|
|
nak ikut jejak langkah Greece kot... nasibla sapa pegang pemerintahan next round nak kena hadap hutang seguni ni |
|
|
|
|
|
|
|
lepas nih tak jumpa mesin potostet lagi la kat putarjaya.
suma dok pakai mesen gelek mcm kat sekolah jaman dulu
|
|
|
|
|
|
|
|
Eh najib cakap mana ade naik. Semua turun tau. |
|
|
|
|
|
|
|
Syukur... Mohon abam dijek pg penjelasan diatas kekeliruan yang ada ini... |
|
|
|
|
|
|
|
Sikit je hutang tu |
|
|
|
|
|
|
|
masih rendah berbanding jepun singapore dan united states
ke arah negara berpendapatan tinggiu
|
|
|
|
|
|
|
|
Lepas pru14 nanti Najib naikkan GST from 6 to 15%.
So, jangan terkejut berok pulak ye.
UNDILAH BARISAN NASIONAL.................... |
|
|
|
|
|
|
|
jabatan kurajaan dah kempen cut cost bagai tahun lepas pun naik jugak
tahun ni mcm mana laa agaknya
|
|
|
|
|
|
|
|
Wow..hutang lebih 500 bilion..
1 bilion = 1000 juta..
500 bilion = 500 000 juta..
|
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 23-11-2015 06:02 PM
masih rendah berbanding jepun singapore dan united states
ke arah negara berpendapatan tinggiu ...
Malaysia boleh....!!! tak berhutang mana nak maju..mana nak modern.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alah...korang semua pun berhutangkan..ker beli rumah kereta cash...itu pun nak pelik. Gaji rm5k sebulan tapi total hutang sampai 1juta pun ada kan |
|
|
|
|
|
|
|
pendedahan demi pendedahan...tindakan taraak...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|