CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5599|Reply: 0

Ketahui Karakter Seseorang Melalui Psikologi Warna Bajunya

[Copy link]
Post time 23-11-2015 07:47 PM | Show all posts |Read mode


Warna pada pakaian boleh memberikan impak kepada si pemakai. Seseorang boleh menggunakan warna untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada orang lain, contohnya, sofistikated, berani, serius, kasual, profesional dan sebagainya.
Warna boleh menyokong anda dari segi emosi pada keadaan-keadaan yang tertentu. Contohnya, seseorang yang kurang berkeyakinan tetapi ingin dapatkan perhatian ketika berada didalam kumpulan yang besar boleh memakai warna yang terang (bersesuaian dengan si pemakai) untuk mendapatkan objektif yang dikehendaki.

MERAH
  • Kesan utama :- FIZIKAL
  • Keberanian, agresif , riang,panas, bahaya, marah , kuasa, menakluk, menarik perhatian.
  • Jika digunakan keterlaluan,  boleh meletihkan , menjengkelkan dan  agresif, oleh itu gunakan dengan bijak.
  • Selalunya digunakan untuk menyampaikan mesej keberanian,semangat dan kuasa.

MERAH JAMBU
  • Kesan utama :- FIZIKAL
  • Kewanitaan, romantik, lembut, sensitif, mesra, mudah didekati, perlu dilindungi.
  • Selalunya digunakan untuk menyampaikan mesej kelembutan, mudah didekati dan cinta.
  • Terlalu banyak atau terlalu terang merah jambu menunjukkan tidak matang , kerapuhan , tidak dapat membuat keputusan dan terlalu bergantung.

JINGGA/OREN
  • Kesan utama: – FIZIKAL
  • Meriah, kurang serius, mesra, ceria, menyegarkan, merangsang suasana yang santai dan ceria.
  • Selalunya digunakan untuk menyampaikan mesej kreativiti dan keunikan, keselesaan fizikal , seperti makanan dan hiburan Terlalu banyak oren menunjukkan sambil lewa dan tidak serius dalam melakukan sesuatu perkara yang penting.

KUNING
  • Kesan utama: – EMOSI
  • Warna Diraja, rasa bertenaga, optimis, ceria, keyakinan, panas , sejahtera, takut,kerapuhan emosi.
  • Selalunya digunakan untuk menyampaikan mesej kreativiti rasa seronok, up-to-date dan aktiviti.
  • Penggunaan pada kuantiti yang bersesuaian pada keadaan yang sesuai boleh menaikkan semangat dan harga diri.
  • Terlalu banyak kuning boleh menunjukkan harga diri yang rendah, ketakutan dan kebimbangan.

HIJAU
  • Kesan utama: – KESEIMBANGAN EMOSI
  • Harmoni, ketenangan, universe, kedamaian, rehat, pemulihan dan penyembuhan, jaminan, bosan, iri hati, kurang aktif.
  • Selalunya digunakan untuk menyampaikan mesej rasa keseimbangan emosi, tenang dan bersantai .
  • Terlalu banyak hijau boleh menunjukkan hambar dan tidak menarik.

BIRU
  • Kesan utama: – Intelek
  • Perisikan, keamanan, kedamaian, tenang, luas, formal, bisnis, berfikir/refleksi
  • Selalunya digunakan untuk menyampaikan mesej berkaitan dengan komunikasi intelektual, pengetahuan dan logik .
  • Terlalu banyak biru  boleh menunjukkan kurang mesra, sikap acuh tak acuh dan tidak aktif.

UNGU
  • Kesan utama: – ROHANI
  • Kebenaran, rohani, mewah, mendominasi,  misteri, bijaksana, bermaruah, pengorbanan, kualiti.
  • Selalunya digunakan untuk menyampaikan mesej pemikiran yang mendalam, meditasi , mewah dan kualiti terbaik.
  • Terlalu banyak warna ungu membawa terlalu banyak introspeksi. Tona ungu yang salah boleh memberi mesej murah dan menjijikkan, lebih cepat berbanding warna lain.

PUTIH
  • Kesan utama: – FIZIKAL
  • Kebersihan diri, suci, neutral, sofistikated, cekap, halangan, menyerah.
  • Selalunya digunakan untuk menyampaikan mesej kesucian dan kebersihan.
  • Terlalu banyak warna putih menyampaikan mesej seperti menjerit ‘ JANGAN SENTUH SAYA!  kurang mesra  dan menghalang.

HITAM
  • Kesan utama: – EMOSI
  • Sofistikated, glamor, emosi terkawal, cekap , misteri,  bijaksana, kesedihan.
  • Selalunya digunakan untuk menyampaikan mesej sofistikated, kreativiti ( apabila digunakan dengan warna lain ), kesungguhan dan alam misteri.
  • Terlalu banyak warna hitam boleh menunjukkan kebosanan,kesungguhan tanpa kompromi dan hambar.

KELABU
  • Kesan utama: – NEUTRAL
  • Konservatif, bisnes, perisikan, kesederhanan, sedih, kurang keyakinan, kemurungan.
  • Selalunya digunakan untuk menyampaikan mesej saya mengikut arahan, kesederhaan, berkecuali (tidak mengambil mana-mana pihak).
  • Terlalu banyak warna kelabu menunjukkan kurang keyakinan dan rasa takut.

COKLAT
  • Kesan utama: – NEUTRAL
  • Semulajadi, meyakinkan, sokongan, berat, serius , kurang sofistikated , tidak memberi inspirasi, kurang keyakinan·
  • Selalunya digunakan untuk menyampaikan mesej berkeyakinan dalam berkomunikasi,  warna tanah dan dunia semula jadi.
  • Terlalu banyak warna coklat  tidak menarik dan tidak bermaya.
Ketahui Cara Pengayaan dan Pemadanan Warna Pakaian
Apabila anda mengayakan dan memadankan pakaian, perlulah diambil perhatian supaya bilangan warna yang dipilih adalah mengikut cadangan di bawah:
  • Dua warna tanpa corak dipadankan dengan satu yang bercorak. Contohnya, Jaket dan seluar warna biru tua dipadankan dengan blaus warna merah dengan sentuhan skaf bercorak pada leher. Padanan ini selamat dan boleh diterima oleh si memandang.
  • Tiga warna tanpa corak dipadankan dengan satu yang bercorak, tetapi corak tersebut mesti mengambil tiga warna tadi. Contohnya, Jaket warna coklat panas di padankan dengan seluar panjang warna jingga dengan, blaus warna jingga cair dengan skaf bercorak warna jingga, jingga cair dan coklat.
Apabila anda memilih warna yang bertujuan untuk penampilan lebih kelihatan profesional, anda mesti tahu warna yang bagaimanakah bersesuaian dengan keadaan.
  • Sesuai untuk suasana yang formal.
  • Si pemakai akan kelihatan lebih sofistikated dan glamor jika dipakai di majlis keramaian terutamanya di waktu malam.Contohnya, tuxedo hitam.
COKLAT
  • Selalunya untuk suasana kasual, sesuai untuk jaket yang tidak formal.
  • Perlu dielakan apabila anda perlu berurusan dengan ahli perniagaan yang melibatkan negara luar selain daripada Asia. Pengeculian bagi pakaian wanita, warna coklat panas (Cinnamon).
  • Di Asia, warna coklat boleh diterima/dipakai ketika urusan perniagaan.
BIRU TENTERA
  • Boleh dipadankan dengan banyak warna. Sesuai dijadikan sebagai ‘wardrobe neutrals’ contohnya jaket, skirt, seluar panjang kemeja, dan suits.
  • Sesuai untuk kebanyakan orang.
  • Warna ini memberikan efek individu mempunyai kuasa apabila dipakai dalam bisnes.
PUTIH
  • Boleh dipadankan dengan banyak warna. Sesuai dijadikan sebaga ‘wardrobe neutrals’ contohnya kemeja formal dan kasual, blaus.
  • Warna ‘off-white’ sesuai untuk kebanyakan orang.
KUNING
  • Warna ini hanya sesuai untuk pakaian yang kasual dan santai.
  • Boleh digunakan pada bisnes hanya jika industri yang melibatkan kreativiti dan kanak-kanak.
BEIGE dan KELABU
  • Menampakan penampilan yang ‘tailored’ dan imej profesional.
  • Kelabu dalam tona arang memberi mesej sofistikated and profesionalisma.
  • Camel atau beige menyampaikan mesej senyap, tidak aktif, kesederhanaan.
MERAH/HIJAU/BIRU CAIR (PASTEL)
  • Seseorang yang pemalu dan pendiam perlu mengelakkan diri daripada memakai warna-warna cair pada keseluruhan pakaian, jika sedikit masih boleh diterima tetapi tidak sekiranya kesemuan adalah dalam warna cair.
  • Padankan dengan warna gelap untuk menunjukkan kontras. Cara ini boleh menberikan efek kuasa dan tenaga kepada si pemakai dan menaikan keyakinan diri.
WARNA TERANG
  • Boleh digunakan sebagai warna accent (warna penyeri). Contohnya, pada tali leher bagi lelaki dan skaf bagi wanita, contoh warna Turquoise, Kuning-Oren, Fuchsia, dan sebagainya.
WARNA GELAP
  • Warna gelap boleh memberi impak mengecilkan, oleh itu si pemakai akan kelihatan lebih slim.
  • Walaubagaimana pun, warna-warna gelap jika dipakai terlalu banyak dan jika tidak bersesuaian dengan kulit pemakai akan menyebabkan si pemakai kelihatan tidak bermaya dan nampak lebih tua daripada umur sebenar.
  • Contohnya: Biru Tentera, Hitam, Kelabu Arang, Coklat, Merah Hati Gelap, Olive and Hijau Lumut Gelap.
WARNA CERAH
  • Warna gelap boleh memberi impak menonjolkan, oleh itu si pemakai akan kelihatan lebih besar/menonjol.
  • Walaubagaimana pun, warna-warna cerah jika dipakai terlalu banyak dan jika tidak bersesuaian dengan kulit pemakai akan menyebabkan si pemakai kelihatan tidak bermaya dan orang akan melihat baju dahulu berbanding si pemakai.
  • Contohnya: Kuning, Jingga dan Merah Cerah.
Artikel ini ditulis oleh: Jaklin Juanis


http://www.wom.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.171337 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list