CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: freebird

[Tempatan] Aset tenaga 1MDB kini milik cina Dapig

[Copy link]
Post time 24-11-2015 12:13 PM | Show all posts

ala badaksumbu, macam la ko tak tahu2 lagi sifat
cina komunis DAP

damn if you do, damn if you dont
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2015 12:16 PM | Show all posts
chaintea replied at 24-11-2015 12:05 PM
TNB pon x dpt ek

apsal mesti bg orang asing? why why?

bg kt TNB pusing kot tu juga
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 12:19 PM | Show all posts
patut la najib kata 1mdb akan selesai, betul rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 12:19 PM | Show all posts
dulu halau komunis..skang bg harta ke komunis

anak kecil main apiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 12:23 PM | Show all posts
cak! replied at 24-11-2015 12:19 PM
dulu halau komunis..skang bg harta ke komunis

anak kecil main apiiiiiiiiiii

komunis mana yang nak rampas kuasa??

cina komunis tanah besar dah ada
kampung sendiri

cina komunis DAP je yang still
nak cuba2


Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 12:30 PM | Show all posts
Ini berita terdahulu dari ruangan bisnes di utusan....

Pertahan aset strategik negara
ANALISIS EKONOMI

JOHARDY IBRAHIM  |  09 November 2015 12:41 AM
DALAM situasi tergesa-gesa untuk mencari dana kepada 1MDB menerusi penjualan aset Edra Global Energy Bhd. (Edra), pendedahan terbaru tentang tindakan kerajaan merombak dasar pemilikan asing terhadap industri strategik negara, menimbulkan tanda-tanya besar.

Pada masa ini, ekuiti asing dalam aset tempatan dihadkan kepada 49 peratus tetapi untuk Edra, syarikat itu diberi pengecualian istimewa.

Kementerian Kewangan telah mencadangkan agar Edra diberi kebenaran secara one off untuk melupuskan sahamnya dalam syarikat IPP seperti Pahlawan Power Sdn. Bhd., Panglima Power Sdn. Bhd., Powertek Bhd., Jimah Energy Ventures Sdn. Bhd. dan Kuala Langat Power Sdn. Bhd. kepada pelabur asing.

Mesyuarat suruhanjaya pada 8 September lalu, merumuskan keputusan `tiada halangan dengan cadangan Kementerian Kewangan’ untuk membenarkan Edra melupuskan 100 peratus sahamnya kepada pelabur asing.

Sebagai rekod, kerajaan telah mengubah dasar ekuiti asing bagi sesuatu projek penjanaan elektrik daripada 30 peratus kepada 49 peratus pada 23 Mac 2012 dan dijangkan satu daripada syarat dokumen Request for Proposal oleh suruhanjaya.

Perubahan dasar ini telah mendorong dua gergasi utiliti dunia iaitu CGN atau China General Nuclear Power Group dan Nebras Power miliki kerajaan Qatar bergabung membentuk konsortium untuk bersaing dengan syarikat utiliti tempatan, Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Dengan kekuatan kewangan yang besar, kedua-dua entiti China dan Qatar itu bersedia membayar lebih lagi untuk memiliki aset Edra di Malaysia dan juga IPP miliknya di Emiriyah Arab Bersatu, Bangladesh, Pakistan dan Mesir dengan kapasiti penjanaan keseluruhan berjumlah 5,594 MegaWat.

Jika anda berdiri dari kedudukan 1MDB, lagi tinggi bida lagi bagus dalam usahanya untuk mencari dana bagi melunaskan liabiliti hutang yang ditanggungnya sekarang. Tetapi masalahnya, aset yang diniagakan ini bukan kilang kasut atau tuala. Sebaliknya, ia adalah loji penjanaan elektrik yang tiada negara berdaulat bersedia menyerahkannya kepada orang asing dengan mudah.

Aset Edra mewakili sebanyak 15 peratus kapasiti keseluruhan penjanaan elektrik domestik dan 20 peratus kapasiti muatan puncak. Bayangkan begini. Katakanlah berlaku sesuatu pertelagahan, bekalan elektrik boleh dipotong oleh entiti asing ini. Bukan blackout semata-mata tetapi dalam kegelapan, negara boleh tergadai.

Daripada aspek kitaran perniagaan, melepaskan aset strategik kepada pihak asing pasti akan merencatkan pertumbuhan syarikat tempatan. Siapakah dapat benar-benar memastikan syarikat asing ini tidak melantik vendor dan kontraktor dari negara asalnya untuk membina loji di Malaysia? Lihat sektor automotif. Syarikat Jepun pun dibenar membina pusat servis. Tiada siapa berani kata apa-apa. Bolehkah kita bertapak di negara asal pemilik asing ini?

Di Malaysia, TNB merupakan satu daripada peneraju yang memberi bimbingan dan latihan kepada syarikat tempatan dan Bumiputera terutamanya, untuk menjadi vendor dan kontraktor berwibawa dalam sektor utiliti.

Daripada segi pemerkasaan profesional, apakah syarikat asing akan melantik dan membayar gaji yang bersesuaian dengan bakat tempatan untuk mengemudi syarikat mereka. Apakah jaminan kepada rakyat tempatan tentang kesungguhan syarikat asing menyediakan peluang pekerjaan, pemindahan kemahiran, mewujudkan peluang, sosial dan alam sekitar?

Satu lagi aspek ialah, pemilikan asing bermakna segala keuntungan daripada Edra akan dibawa kembali ke negara asal mereka, berbanding dengan syarikat Malaysia yang tentunya akan kekal di dalam negara.

Penulis adalah Pengarang Berita

Eko-nomi Utusan Malaysia .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2015 12:37 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR 8 Nov. - 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) harus berikan peluang kepada Tenaga Nasional Bhd. (TNB) untuk mencari rakan kongsi dalam proses membida Edra Global Energy Bhd. (Edra), memandangkan dua pembida asing secara sepakat membentuk sebuah konsortium untuk membeli Edra.

Penganalisis pasaran RHB Investment Bank, Norazman Khatib berkata, bantuan rakan kongsi secara kewangan dan teknologi akan membolehkan TNB meningkatkan lagi nilai bidaan dengan lebih kompetitif, yang sekali gus memberi manfaat kepada 1MDB untuk meraih pulangan yang maksimum hasil penjualan Edra.

Malah katanya, langkah membenarkan TNB mencari rakan kongsi adalah penting untuk mengurangkan risiko kepada syarikat utiliti negara itu berbelanja besar untuk membeli Edra, dan pada masa sama membolehkan industri tenaga tempatan masih dimiliki oleh syarikat tempatan.

Tambahnya, usaha mendapatkan rakan kongsi bukan satu masalah kepada TNB kerana syarikat itu sebelum ini telah mengadakan banyak kerjasama dengan syarikat tempatan dan asing bagi membangunkan sektor tenaga tempatan.

“Memandangkan dua pembida Edra dari Qatar dan China telah membentuk konsortium, tidak mustahil TNB boleh melakukan perkara yang sama. Malah lebih baik jika rakan kongsi itu adalah dari negera strategik seperti Brunei mahu pun Eropah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Utusan Malaysia pada Jumaat lalu, mendedahkan bahawa bidaan TNB adalah lebih tinggi kira-kira RM500 juta berbanding dua pesaing asing iaitu sebanyak RM14 bilion bagi mengambil alih aset Edra, berbanding bidaan RM13.5 bilion oleh China General Nuclear Power Group (CGN) yang membentuk konsortium dengan syarikat Qatar, Nebras Power ketika tarikh tamat berbuat demikian pada 16 Oktober lalu.

Bagaimanapun difahamkan, bidaan yang dikemukakan itu menggunakan mata wang berbeza iaitu TNB dalam ringgit manakala CGN/Nebras dalam dolar Amerika Syarikat (AS) dan hal itu menyebabkan nilai bidaan CGN/Nebras berjumlah RM16 bilion ekoran penurunan nilai ringgit berbanding dolar AS.

Tambah Norazman, kebenaran kepada TNB untuk mencari pembida asing akan memastikan pembidaan yang dibuat oleh kedua-dua TNB dan CGN/Nebras akan lebih kompetitif dan pada masa sama tiada keperluan untuk membenarkan syarikat asing memiliki 100 peratus aset-aset tenaga negara.

Pada 2014, ketika 1MDB berjaya mendapatkan hak untuk membangunkan pusat janakuasa berasaskan batu arang di Jimah, Negeri Sembilan yang dikenali sebagai Projek 3B, syarikat pelaburan strategik itu turut mendapatkan bantuan rakan kongsi dari Jepun, Mitsui & Co Ltd.

1MDB yang berusaha menurunkan liabiliti hutangnya, mahu menjual sayap perniagaan penjanaan elektriknya, Edra yang memiliki 13 aset di Malaysia, Emiriyah Arab Bersatu, Bangladesh, Pakistan dan Mesir dengan kapasiti penjanaan keseluruhan berjumlah 5,594 Me-gawat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 12:37 PM | Show all posts
Edra: TNB bukan selamatkan 1MDB
ZUNAIDAH ZAINON  |  10 November 2015 12:36 AM



KUALA LUMPUR 9 Nov. – Tindakan Tenaga Nasional Berhad (TNB) membida 13 aset Edra Global Energy Bhd. (Edra), dibuat pada masa yang tepat dan bukannya sebagai langkah menyelamatkan syarikat pelaburan milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Rahim Abu Bakar

Malah, Presiden Persatuan Usahawan Tenaga Malaysia (PUTM), Datuk Ab. Rahim Abu Bakar menyifatkan, adalah perlu bagi TNB yang bukan sahaja memiliki kemampuan kewangan tetapi mempunyai keupayaan dalam sektor tersebut diberi peluang untuk mengambil aset tenaga itu yang berada di Malaysia, Emiriyah Arab Bersatu, Bangladesh, Pakistan dan Mesir dengan kapasiti penjanaan keseluruhan berjumlah 5,594 Me-gawat.
Katanya, 1MDB perlu berbincang dengan TNB untuk mencari jalan penyelesaian terbaik antara kedua-dua pihak jika soal harga menjadi isu utama hingga memaksa 1MDB memilih syarikat asing untuk melupuskan aset tenaganya.
“Pendirian kami (PUTM) ialah TNB perlu ambil alih aset tenaga ini dan tidak perlu membawa masuk pembeli daripada luar kerana kita mahu pengeluar tenaga bebas (IPP) dikawal dan diuruskan syarikat tempatan yang juga memiliki kepakaran setanding syarikat luar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Utusan Malaysia pada minggu lalu, mendedahkan bahawa bidaan TNB adalah lebih tinggi kira-kira RM500 juta berbanding dua pesaing asing iaitu sebanyak RM14 bilion bagi mengambil alih aset Edra, berbanding bidaan RM13.5 bilion oleh China General Nuclear Power Group (CGN) yang membentuk konsortium dengan syarikat Qatar, Nebras Power ketika tarikh tamat berbuat demikian pada 16 Oktober lalu.
Bagaimanapun difahamkan, bidaan yang dikemukakan itu menggunakan mata wang berbeza iaitu TNB dalam ringgit manakala CGN/Nebras dalam dolar Amerika Syarikat (AS) dan hal itu menyebabkan nilai bidaan CGN/Nebras berjumlah RM16 bilion ekoran penurunan nilai ringgit berbanding dolar AS.
Sebelum ini, kerajaan dilaporkan bersetuju untuk memberi kebenaran khas kepada Edra untuk dilupuskan 100 peratus kepada pelabur asing, berbanding dasar sekarang menetapkan had 49 peratus bagi sesuatu projek penjanaan elektrik.
Berikutan itu, Kementerian Te-naga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) berpendapat, tin-dakan tersebut adalah beri-siko kerana tidak mempunyai apa-apa ke-teta-pan termasuk pihak yang mendapat tawaran berkenaan.
Ab. Rahim menyuarakan kebimbangannya jika keputusan itu dibuat akan membuka peluang lebih luas kepada monopoli pihak luar pada masa akan datang.
“Atas sebab itu, kami menolak sekeras-kerasnya sebarang cadangan atau keputusan untuk menjual aset Edra kepada firma luar. Ini demi masa depan IPP dan sektor bekalan tenaga negara serta vendor-vendor tenaga yang perlu dilindungi. Kerajaan perlu pertimbangkan perkara ini secara mendalam,” tegas beliau.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2015 12:39 PM | Show all posts
Edra: Industri tenaga terancam
ZUNAIDAH ZAINON  |  13 November 2015 12:43 AM

Erwan Mohd. Tahir
Erwan Mohd. Tahir
KUALA LUMPUR 12 Nov. - Kemasukan syarikat milik kerajaan (GLC) dari China dengan kekuatan kewangan dan aset yang besar dilihat sebagai percubaan awal untuk mempe-ngaruhi sektor tenaga janakuasa negara pada masa depan.

Setiausaha Kehormat Persa-tuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Seri Dr. Erwan Mohd. Tahir berkata, sekiranya perkara itu dibiarkan tanpa sebarang tindakan, ia merupakan satu kerugian kepada negara termasuk menjejaskan masa depan kontraktor dan vendor bumiputera serta menyebabkan lebih ba-nyak aliran keluar wang.

Beliau menegaskan, sebarang keputusan untuk melupuskan 13 aset tenaga milik Edra Global Energy Berhad (Edra) kepada firma asing perlu diperhalusi sedalam-dalamnya demi mempertahankan aset tenaga negara daripada jatuh ke tangan pihak luar.

“Jika diikutkan TNB adalah pembida paling tinggi ketika itu kerana mata wang ringgit yang kukuh berbanding harga yang ditawarkan dua lagi firma tersebut. Tetapi, hakikatnya tiada isu bail out di sini dan saya percaya Tenaga Nasional Berhad (TNB) sudah memikirkan langkah terbaik dan mereka sewajarnya diberi peluang.

“Sebagai syarikat yang lahir daripada program pembangunan usahawan TNB, saya dan banyak lagi syarikat bumiputera akan merasa sungguh kecewa jika benar Edra jatuh ke tangan pihak asing. Kami akan hilang satu peluang keemasan untuk bersama TNB membina nama di luar Malaysia,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Minggu lalu, Utusan Malaysia mendedahkan bahawa TNB, yang juga satu-satu-nya syarikat tempatan terlibat dalam bidaan tersebut, menawarkan harga bidaan lebih tinggi kira-kira RM500 juta berbanding dua pesaing asing, China General Nuclear Power Group (CGN) yang membentuk konsortium dengan syarikat Qatar, Nebras Power iaitu sebanyak RM14 bilion bagi mengambil alih aset Edra.

Bagaimanapun difahamkan, bidaan yang dikemukakan itu menggunakan mata wang berbeza iaitu TNB dalam ringgit manakala CGN/Nebras dalam dolar Amerika Syarikat (AS) dan hal itu menyebabkan nilai bidaan CGN/Nebras berjumlah RM16 bilion ekoran penurunan nilai ringgit berbanding dolar AS.

Sebelum ini, kerajaan dilaporkan bersetuju memberi kebenaran khas kepada Edra untuk dilupuskan 100 peratus kepada pelabur asing, berbanding dasar sekarang menetapkan had 49 peratus bagi sesuatu projek penjanaan elektrik.

Erwan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif EPE Perdana Bhd. (EPE) berkata, kerajaan perlu memastikan pemain asing itu tertakluk kepada peraturan dan undang-undang negara sebagai satu pendekatan bagi melindungi kepen-tingan negara.

“Saya sekeras-kerasnya me-minta pihak kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengkaji semula keputusan membenarkan Edra diberi kepada syarikat asing selain daripada TNB,” katanya.

Sementara itu, menurut sumber yang rapat kepada industri, tindakan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mahu melupuskan aset Edra kepada firma asing akan memberi kesan kepada masa depan sektor tenaga negara kerana GLC China seperti CGN lebih gemar mengawal kepentingan supaya mereka mempunyai keupayaan untuk campur tangan jika berlaku sesuatu masalah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 12:40 PM | Show all posts
CGN, Nebras tiada pengalaman
20 November 2015 1:28 AM
KUALA LUMPUR 19 Nov. – Dua firma asing, China General Nuclear Power Group (CGN) dan syarikat Qatar, Nebras Power (Nebras) yang membida penjualan aset tenaga Edra Global Energy Berhad (Edra) hakikatnya tidak mempunyai pengalaman dalam pengurusan sektor tenaga atau mengendalikan mana-mana loji janakuasa sama ada di negara masing-masing atau luar negara.

Perkara itu didedahkan seorang pakar industri tenaga yang enggan dikenali yang turut menyifatkan langkah liberalisasi sektor tenaga hanyalah untuk membantu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang terdesak untuk mengumpul dana bagi menjelaskan hutang terkumpulnya.

Tegas beliau, bagi sebuah negara membangun yang sedang berusaha untuk mengekalkan pertumbuhan mapan dan berkualiti, liberalisasi sektor tenaga bukanlah satu langkah yang bijak pada ketika kerajaan ingin mewujudkan keseimbangan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.

Tambahan pula, katanya, apabila pasaran penjanaan tenaga bebas (IPP) masih belum terjamin dan pendapatan perkapita masih di bawah RM25,000.

“Liberalisasi sepatutnya merupakan suatu perkara yang baik tetapi ia harus melihat kepada sektor apa, bagaimana dan bila anda melakukannya.

“Tetapi dalam konteks ini, ia hanya satu tindakan melulu disebabkan 1MDB yang terdesak menyelesaikan hutangnya dan bukan untuk kebaikan pengguna mahupun pihak berkepentingan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan Bernama semalam yang memetik penganalisis dan pemerhati industri tenaga bahawa asing ke atas syarikat utiliti tempatan boleh memberi faedah kepada industri serta menjaga kepentingan negara.

Menurut laporan itu, perniagaan dalam industri tenaga tidaklah terlalu bebas seperti mana yang diharapkan oleh operator ekoran mekanisme kawalan yang ketat, memerlukan pelesenan dan pematuhan peraturan daripada pelbagai badan berkuasa termasuk Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta Suruhanjaya Tenaga (ST).

Bagaimanapun, jelas pakar tersebut, liberalisasi memerlukan pertimbangan dasar yang perlu dirunding dengan semua pihak terutama pemahaman mendalam mengenai keselamatan tenaga dan syarat-syarat untuk membenarkan firma asing termasuk kriteria prakelayakan yang menunjukkan mereka mempunyai rekod operasi yang baik berbanding IPP sedia ada.

Ini seterusnya, ujar beliau, dapat membantu memberi amaran awal kepada IPP sedia ada supaya membuat persediaan sekiranya penguasaan pasaran semakin terhakis, bidaan yang lebih kompetitif, penelitian prestasi yang lebih baik dan potensi kehilangan pekerjaan.

“Bagi CGN dan Nebras, Edra hanyalah satu eksperimen dan Malaysia sebagai tikus putih. CGN hanya boleh menguruskan loji tenaga di China dan Nebras pula tidak mengendalikan apa-apa yang seumpamanya di Qatar dan tidak walaupun Tenaga Qatar.

“Keadaan ini tidak masuk akal, untuk menghapuskan dasar pemilikan asing 49 peratus dan kemudiannya menyerahkan aset utama yang menyumbang 20 peratus pada waktu puncak kepada konsortium asing yang tidak pernah mempunyai pengalaman kerja bersama atau menguruskan loji janakuasa arang mahupun gas. Bukankah ini menunjukkan kita terdesak?” soalnya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 12:42 PM | Show all posts
AWER: Track 4B turut dijual Edra
NABILA YASMIN RAZIB  |  23 November 2015 12:42 AM



KUALA LUMPUR 22 Nov. - Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) mendedahkan projek Track 4B yang merupakan turbin gas kitaran bersepadu (CCGT) 2000 MW di Melaka dan 10 x 50MW loji janakuasa solar skala utiliti yang dianugerahkan melalui rundingan terus kepada 1MDB tahun lepas, telah termasuk dalam penjualan aset-aset tenaga Edra Global Energy Berhad (Edra).

Presiden AWER, S. Piarapakaran berkata, berdasarkan maklumat yang diterimanya, loji-loji janakuasa itu masih belum dibina dan ini mengesahkan kerisauan terburuk AWER bahawa pemilik projek loji janakuasa menjual hak pembangunan projek untuk pulangan kewangan semata-mata, telah menjadi kenyataan.
Menurut beliau, AWER mempersoalkan apakah Suruhanjaya Tenaga telah meluluskan penjualan hak pembangunan projek loji janakuasa untuk pulangan kewangan semata-mata.
“Jika ya, tindakan oleh Suruhanjaya Tenaga ini adalah bertentangan dengan fungsi-fungsi dan tanggungjawab-tanggungjawabnya yang termaktub di dalam Akta Suruhanjaya Tenaga dan Akta Bekalan Elektrik.
“Pada masa yang sama, jika penjualan hak pembangunan projek loji janakuasa untuk pulangan kewangan dibenarkan, ini akan membuka ruang bagi permohonan yang sama daripada pemilik Track 4A (1000 MW - 1400 MW CCGT) yang pembinaannya tertangguh untuk menjual hak membangunkan loji janakuasa kepada entiti lain untuk pulangan kewangan yang cepat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Piarapakaran berkata, AWER juga menuntut penjelasan kerajaan sama ada benar atau tidak had pemilikan ekuiti asing dalam sektor tenaga sebanyak 49 peratus sudah dimansuhkan bagi memberi laluan firma asing mengambil alih aset Edra.
Katanya, isu had pemilikan ekuiti asing ini telah dilaporkan secara meluas di dalam dan luar negara bahawa Malaysia mempunyai had pemilikan ekuiti asing sebanyak 49 peratus bagi sektor penjanaan elektrik negara sebelum bidaan penjualan aset-aset tenaga 1MBD tersebut ditutup.
“Maka, mana-mana entiti yang menyertai bidaan ini mesti mematuhi dasar ini dan kerajaan tidak perlu melayan sebarang permintaan untuk menukar dasar bagi mengelakkan menetapkan dahuluan (precedence) yang tidak baik dalam industri,” katanya.
AWER kata Piarapakaran, turut meminta penjelasan apakah kerajaan telah melaksanakan analisis kos faedah jangka pendek dan jangka panjang untuk 100 peratus pemilikan ekuiti asing bagi aset-aset strategik negara seperti loji-loji janakuasa.
Ini kerana ujar beliau, jika pembida asing memenangi bidaan penjualan aset-aset tenaga 1MDB dan had pemilikan ekuiti asing dikecualikan, ia bermakna hampir 18 peratus aset-aset penjanaan tenaga elektrik negara akan dikuasai oleh syarikat asing.
Menurutnya, kapasiti terpasang aset tenaga 1MDB yang sedia ada di Malaysia adalah 3,112 MW dan tambahan 2,500 MW loji janakuasa yang belum dibina (CCGT Melaka dan projek solar) juga termasuk dalam pembidaan semasa.
Dalam kebanyakan kes kata beliau, pelabur-pelabur asing akan membawa bersama rantaian bekalan mereka ke negara yang mereka melabur.
Oleh itu, kerajaan perlu menangani isu-isu penting melalui analisis kos faedah jangka pendek dan jangka panjang dengan membandingkan kedua-dua pemilikan tempatan dan asing iaitu Pelaburan Asing Langsung (FDI) yang akan dibawa masuk serta peluang pekerjaan yang baru yang diwujudkan bagi rakyat.



Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 12:44 PM | Show all posts
jual jual jual negara terus.... tahniah pada KERAjaan... kerjakan cukup2 aset negara
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 12:46 PM | Show all posts
13 buah loji janakuasa tenaga
yang diurus edra sebelum dijual ini merangkumi
lokasi di 5 buah negara

malaysia, mesir, bangladesah, pakistan dan UAE
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 12:48 PM | Show all posts
jual la semua aset utk byr hutang

bila BN buat tu namanya pelaburan
bila PR buat tu namanya jual negara
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 12:48 PM | Show all posts


Loji janakuasa tenaga elektrik di Teluk Gong
Melaka yang dimiliki Edra Energy
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 12:53 PM | Show all posts
...

mana pejuang ketuat nan melayu...

...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2015 12:54 PM | Show all posts
throwback komen dpd blogger pujaan ramai, ahli ekonomi wannabe, siapa lg kalau bkn akj,

Pelabur mula hilang keyakinan. Atas cakap-cakap Mohd Najib akan paksa Tenaga Nasional Berhad (TNB) membeli aset penjanaan 1MDB, harga saham TNB merudum di Bursa Malaysia.

Mengikut laporan akhbar kawalan MCA, The Star harga saham TNB jatuh RM1.06 sejak 18 Mei lalu. Ini bermakna modal pasaran TNB jatuh RM6 bilion dalam masa seminggu. (Baca di sini)










Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 12:56 PM | Show all posts
dizek replied at 24-11-2015 12:46 PM
13 buah loji janakuasa tenaga
yang diurus edra sebelum dijual ini merangkumi
lokasi di 5 buah nega ...

n 1mdb jual 100% pegangan dlm edra bkn jual edra pun, kecoh la hai sorang2,
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 12:59 PM | Show all posts
badaksumbu replied at 24-11-2015 12:54 PM
throwback komen dpd blogger pujaan ramai, ahli ekonomi wannabe, siapa lg kalau bkn akj,

1mdb ambik kira pandangan akj kot jgn jual bg tnb,
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 12:59 PM | Show all posts
badaksumbu replied at 24-11-2015 12:56 PM
n 1mdb jual 100% pegangan dlm edra bkn jual edra pun, kecoh la hai sorang2,

ya, dan 1MDB dalam landasan yang betuldalam proses memaksimumkan aliran tunai
daripada pegangan aset2 nya, selain mengurangkan bebanan

hutangnya seperti dijanjikan


all the best untuk 1MDB
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.077604 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list