CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3054|Reply: 10

[Tempatan] Edra Energy Jual Semua Aset Kepada Syarikat China Untuk RM9.83 Bilion

 Close [Copy link]
Post time 24-11-2015 12:18 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Edra Global Energy Bhd, anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB), menjual semua asetnya kepada China General Nuclear Power Corp dan anak syarikatnya (CGN Group) untuk RM9.83 bilion, menjadikan perjanjian gabungan dan pembelian terbesar dalam sektor tenaga Asia setakat ini.

Transaksi itu, yang dijangka selesai pada Februari 2016 juga satu kejayaan besar dalam pelan rasionalisasi 1MDB, sebagaimana dibentangkan kepada kabinet pada 29 Mei 2015.

"CGN Group adalah pemenang jelas dalam tender antarabangsa ini, berdasarkan objektif diumumkan 1MDB sebelum ini, iaitu memaksimumkan nilai, terma komersil yang boleh diterima dan kepastian pelaksanaan transaksi," kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda, dalam kenyataan bersama hari ini.

Pembelian oleh CGN Group membawa komitmen pelaburan langsung asing yang penting ke Malaysia dan menunjukkan keyakinan kepada ekonomi, katanya.

1MDB, Edra dan anak syarikatnya telah memetrai perjanjian jual beli saham dengan CGN Group untuk jualan 100 peratus pemilikan dalam semua aset tenaganya, iaitu Edra Solar Sdn Bhd, Edra Energy Sdn Bhd, Powertek Energy Sdn Bhd, Jimah Teknik Sdn Bhd, Jimah O&M Sdn Bhd, Mastika Lagenda Sdn Bhd dan Tiara Tanah Sdn Bhd (syarikat operasi Edra).

CGN Group akan membayar dalam tunai, nilai ekuiti RM9.83 bilion dan akan menanggung semua hutang kasar berkaitan dan tunai syarikat operasi Edra, berdasarkan tarikh penilaian pada 31 Mac 2015.

Kenyataan itu berkata, tawaran indikatif untuk syarikat operasi Edra diterima pada Jun 2015 melalui proses tender yang ketat, berdaya saing dan antarabangsa yang dijalankan penasihat kewangan 1MDB, Maybank Investment Bank Bhd.

Rothschild bertindak sebagai penasihat kewangan kepada Edra.

"Pelaburan ini merupakan komitmen besar oleh CGN Group sebagai sebahagian daripada inisiatif jangka panjang dan kepelbagaian global," kata Pengerusi Lembaga Pengarahnya, He Yu.

He berkata, kumpulan itu amat kagum dengan rangka kerja pengeluar tenaga bebas yang dikawal selia rapi, stabil dan telus di Malaysia, yang memberikan syarikat itu keyakinan untuk membuat pelaburan jangka panjang di negara ini.

"CGN Group adalah pelabur yang beranggungjawab. Kami akan bekerjasama rapat dengan Edra, platform global berpangkalan di Malaysia dan dijalankan Malaysia, dan secara bersama akan membawanya ke peringkat lebih tinggi," katanya.

Yang paling penting, CGN Group akan memastikan bekalan tenaga yang tidak terganggu, menggunakan teknologi mesra alam dan mematuhi terma tetap perjanjian pembelian tenaga, untuk faedah rakyat Malaysia, katanya. Sumber Berita Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2015 12:45 AM | Show all posts
  1. Pembelian oleh CGN Group membawa komitmen pelaburan langsung asing yang penting ke Malaysia dan menunjukkan keyakinan kepada ekonomi, katanya.
Copy the Code


err.. ni bermakna sebahagian dari bil elektrik yang aku bayar masuk poket syarikat asing la kan? Tahniah lah korporat2 bijak pandai kat atas nun.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 06:39 AM | Show all posts
Edited by Al-Patih at 24-11-2015 06:43 AM

Aset tenaga 1MDB kini milik cina Dapig
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=920897&fromuid=1692638
(Source: CARI Infonet)
@spiderman80

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 07:36 AM | Show all posts
gali lobang tutup lobang...ado aset jual semua....nak totop lobang nyer pasai....yang dijual....akan mendatang kesan plak keesokan harinya....
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 08:27 AM | Show all posts
tahniah ler...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 08:29 AM | Show all posts
tahniah.... apa kata macai2......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2015 08:31 AM | Show all posts
baguslah jual ke Negara asing ..

Najib ibarat boneka je... awat tak jual kaka pink tu.. sure laku keras.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 08:34 AM | Show all posts
Macam mana cerdik IMDB ni jual 100% pemilikan kpd negara asing?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2015 08:36 AM | Show all posts
lehat lah semua.

kini letrik milik cina dapig haram jadah laknatullah
bersorak macai kini.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 08:36 AM | Show all posts
harga termasuk GST tak?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 09:19 AM | Show all posts
mana dijek...rotib cepat....langkah rasionalisasi bijanita
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.074788 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list