CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4881|Reply: 8

Tips Bertemu Mertua kali pertama

[Copy link]
Post time 24-11-2015 07:45 PM | Show all posts |Read mode




Oleh Fyruz Hanna


Waduh-waduh! Bercinta bukan main kan dengan anak dara orang, bila tiba mahu jumpa keluarga ketaq lutut (dialek kedah).


Perasaan ini bukan sahaja dirasakan oleh bakal perempuan tetapi juga oleh lelaki. Nak bertemu dengan ibu bapa pasangan kita pastinya tak mudah.


Tapi kalau kit amengelak terus pula rasa tak gentleman kan. Seperti dikongsi oleh Sabri Hassan dalam blognya, semoga ia menjadi panduan kepada anda yang ingin menjalinkan hubungan ke peringkat lebih lagi.








1. Datang seorang


Saya tahu, ada lelaki yang nervous dan prefer jika ada kawan. Don’t. Walaupun kawan anda itu lebih tidak hensem mahupun tidak sebaik anda. Gentleman datang seorang. Banyak risiko datang beramai-ramai.


2. Datang apabila anda sudah bersedia


Datang apabila anda sudah yakin pasangan anda itulah orangnya yang anda mahu kahwini. Jangan datang semata-mata kerana pasangan anda paksa. Jangan datang sebagai pelakon tambahan (saya elaborate dalam point seterusnya).


3. Datang secara rasmi. Jadi hero, jangan jadi pelakon tambahan


Beritahulah pasangan anda, anda akan datang. Minta pendapatnya mengenai tarikh terbaik. Pastikan ketika anda datang, acara itu adalah untuk anda sahaja. Bukannya kebetulan dengan majlis perkahwinan abangnya, kenduri, rumah terbuka hari raya, hari jadi adiknya dan lain-lain.


Hendak bakal mertua mengenali hati budi anda dalam masa yang sekejap adalah susah. Hendak beliau mengenali anda ketika ada banyak distraction lain adalah jauh lebih payah. Bagaimana beliau mahu melayan anda lagi sedangkan beliau sendiri telah penat atau perlu melayan tetamu lain.


Anda perlu 100% masa dan perhatian to realize your full potential. Datang sebagai hero. Jika anda dijemput datang terlebih dahulu sebagai pelakon tambahan, pergilah out station, balik kampung atau sebagainya. Wanita jarang memahami kepentingan lelaki datang sebagai hero. Bahkan ada lelaki yang underestimate kepentingannya. Don’t gamble.


Sebagai hero, anda bertanggungjawab atas kejayaan atau kegagalan anda. Sebagai pelakon tambahan, ada banyak risiko.


Sebagai contoh, jika ada majlis kemungkinan besar bakal ibu dan bapa mertua anda berada di tempat berbeza. Bagaimana jika dari awal hingga akhir ibu mertua anda sibuk di dapur sedangkan anda telah mahu pulang? Dan beliau pula tidak muncul-muncul ke depan? Bukankah sudah menjadi dilema.


Apa kata beliau jika anda balik sebelum bertemu muka dengannya?


Begitu juga jika kebetulan anda datang wrong timing. Bakal bapa mertua anda duduk di dalam rumah dan kebetulan dari pintu pagar rumah sehingga ke sebelah bapa mertua anda ada orang lelaki duduk berderet.


Adakah anda akan pergi terus ke bakal mertua anda dan bersalam dengan beliau? Bagaimana jika anda ter-miss bakal Pak Long (sebab anda tidak kenal lagi) yang duduk dalam deretan tersebut? Apa kata beliau?


Tapi takkanlah anda hendak bersalam dengan semua sederet tetamu tersebut sehingga ke bakal bapa mertua anda seperti seorang ahli politik? (or worse, seperti budak lelaki yang hendak berkhatan)


Untuk sesetengah orang, mereka cukup street smart untuk handle perkara-perkara seperti ini. Tetapi jika anda sedang membaca mesej ini, lebih baik jangan mencari masalah.


Jadi hero, jangan jadi pelakon tambahan.


Beritahu juga anda ingin datang. Pastikan bakal bapa dan ibu mentua anda ada di rumah dan free ketika itu.






4. Rule of Thumb, tempoh lawatan kali pertama: 90 minit hingga 2 jam


Ini rule of thumb yang saya gunakan. Saya sangat cadangkan. Jangan duduk terlampau sekejap sehingga dikatakan tidak sudi duduk lama-lama dan jangan duduk terlalu lama sehingga tiada topik mahu berborak. Don’t overstay your welcome.


Biar orang berat hati mahu melepaskan anda balik. Jangan orang tak sabar-sabar tunggu anda balik.


Saya prefer pergi dalam jam 11 pagi atau 3 petang. 11 pagi anda akan secara automatik boleh meminta diri sebelum atau selepas makan tengah hari dan pukul 3 petang secara automatik anda boleh minta diri dalam pukul 5.


5. Untuk markah tambahan,tips emak saya bawalah buah tangan


Bawalah buah tangan. Macam-macam boleh. Yang paling mudah adalah buah-buahan (preferably Buah-buahan tempatan).


Emak saya suggest kain pelikat atau kain batik. Tapi mana nak cari. Buah-buah lah yang paling senang. Kain-kain ni mungkin untuk generasi lama oklah.


6. Bawa Sugus dalam poket


Ini tips emak saya yang saya improvise. Emak saya pesan bawa gula-gula untuk diberi pada kanak-kanak. Namun ada ibu bapa yang takut anaknya tercekik makan gula-gula, nak bawa coklat cepat cair dan bulky. Sugus anda flexible dan hampir semua budak-budak suka dan selamat untuk dimakan. Bawa 5-6 biji letak dalam poket seluar. (jangan bawa chewing gum atau gula-gula berangin)


Nampak ada budak kecik, panggil dan tunjukkan sugus, usapkan kepalanya dan bagi dia Sugus tu. Jika kebetulan ada banyak budak kecil dan stok Sugus anda sedikit, pilih budak yang paling penting. Sama ada bakal adik ipar anda (8 tahun ke bawah) atau bakal anak-anak saudara anda.


Ibu bapa (most probably bakal abang atau kakak ipar anda) yang melihat anda baik dengan anaknya akan mudah untuk berbual dengan anda. Pesan emak saya, di rumah orang yang tak dikenali, tackle budak-budak dulu sebab itu paling senang. Lepas dapat tackle budak, emak atau ayah budak tu akan cepat terbuka hati untuk menerima kita pula.


Seriously, this is one of the proven way to start a conversation.


7. Start the conversation


Jangan tengok TV sangat. Jadikan TV bahan berbual tidak mengapa. Soalan yang biasanya saya akan guna sebagai mukadimah adalah, “Pakcik sihat? Pakcik dah lama duduk sini”


Kemudian ceritalah dari situ. Jika di kampung-kampung sedikit biasanya Lorong-lorongnya tiada nombor. Selepas Lorong Kenari diikuti Lorong Merbok dan Lorong Nuri. Berbeza dengan lorong kawasan perumahan yang biasanya mengikut turutan nombor. “Pelik ya pakcik lorong-lorong di kawasan ini, tadi saya terlepas satu simpang…”


Ketika berbual, jangan tunjuk pandai. Biarkan bakal mertua anda banyak bercerita. Jika dia tidak bercerita banyak, tanya banyak sehingga beliau bercerita banyak.


Sebab jika anda tidak bertanya, anda yang akan ditanya.


Atau worse, dua-dua membisu. Lagi haru.


8. Senyum, tetapi jangan bermain mata dengan pasangan di hadapan bakal mertua


Self explanatory


9. Dua decision-maker yang anda perlu impress, Bakal ayah mertua & bakal ibu mertua


Yang lain seperti pasangan anda, adik beradiknya, makcik-makciknya adalah bonus. Core adalah dua orang ini. Pay the most attention to them. Untuk orang lain, beri perhatian juga. Tetapi jangan sampai ter-ignore this two key decision maker. -CARI Infonet.

sumber: Sabri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2015 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Datang dgn mak bapak lg sopan. Haha
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku lgi suka kalau bf dtg wktu ada function kenduri kendara.
Dari situ boleh tenguk dah..bf aku leh get along tak ngan sedara mara aku
Kalau dia tak kekok dgn suasana ramai cam gitu..esok2 bila perjumpaa  yg lain dah senang dah..sbb memasing dah kenal
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
family iols x bsr pn..iols x kisah jnji blg get along sdh..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 01:10 AM | Show all posts
aku dulu datang lepas maghrib ... tapi x kat rumah MIL la, kat rumah kakak die  

seb baik la abang ipar die sekepala .... hahahhaaa

yang mengeletaq lutut bile masuk waktu isya' .... FIL kakak die ajak solat jemaah, x pasal2 kene jadik imam solat , seb baik "pass"  

bini aku ... aku bawak datang rumah atokku lepas tunang, malam raya ke-3 ... habes kene interview dekat 50 orang sedara-mara aku

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 09:03 AM | Show all posts
kali pertama aku jmpa mertua aku dgn membawa brg prtngan sekali, terus ikat.. takde kekok ke ape ke dgn kuarga diorang, alhamdulilah sekarang dah pun kawen.. masa ada knduri pn, ajkla mcm mana, cmfirm tak pegi, lelaki ni kalau bab knduri ke ape ke, mmg tak la.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2015 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Kali pertama laki aku jumpa bapa aku, first time kami kuar dating, ayah aku dtg jemput, siap tunggu aku, nak interview skit2, heheh

Kali kedua, dia hantar aku balik dating, mak aku jemput masuk umah..so mula la sesi kenal2.. Cuak laki aku..ketar lutut gak..sebab mmg tak expect langsung.. Hahah

Sume occasion,, dia sorang jek
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2015 03:18 PM | Show all posts
lorelai replied at 24-11-2015 08:25 PM
Datang dgn mak bapak lg sopan. Haha

iklan sat
SOALAN KUIZ POST #413 (6 - 10 Dec) ✖ Slot + kredit @ Lawak & Jenaka
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=885056&extra=&page=17

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2015 11:35 AM | Show all posts
aku dulu dtg sorg je
aku yg lagi excited nak berkenalan dgn diorg
org kata nk tekel anak kene tekel mak ayahnya dulu kn
mmg dah dapat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.063155 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list