CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

Surianti vs Achey (Surianti Kesal Dipandang Negatif Masyarakat post #128)

[Copy link]
Post time 25-11-2015 01:53 PM | Show all posts
elmen replied at 25-11-2015 01:17 PM
tiri ke kalo bin ayah yg sama? rasanya kandung jugak tu.. xtau ape kisah yg sbnar kan.. tapi bile ja ...

xjatuh adik beradik kandung..sebab yg mengandungkan nya berbeza..**ttibe..
tapi jatuh sebagai adik beradik sebapa..kuat ikatan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2015 01:54 PM | Show all posts
ni artikel bulan lepas . kredit malaysiakini



Anak Harun Salim Bachik terkilan
Terkilan, namun akan berdiam diri - dan menyimpan rasa terbuku itu - untuk masa ini. Begitu pendirian anak lelaki Allahyarham Harun Salim Bachik menanggapi kemelut salah faham dialami keluarga besar itu.
Kata anak sulung Harun, Syafiq Al-Rashid, dia terkejut apabila mendapat tahu keluarga balu bapanya mengalami kesukaran hidup.
Bercakap kepada Malaysiakini, Harun memberitahu dia berpendapat sebarang masalah dalaman sepatutnya boleh diselesaikan secara kekeluargaan tanpa melibatkan pihak luar.
"Saya pun serba salah nak komen, tetapi memanglah rasa terkilan apabila beliau berkata tiada sesiapa membantu keluarga isteri arwah ayah di sana kecuali Afdlin (Shauki)," katanya.
Mengapa jadi begitu
Menurut Syafiq, 30, sejak sekian lama Harun sentiasa mementingkan nilai kekeluargaan mendidik anak-anak.
Katanya, Harun selalu berpesan bahawa wang dan kebendaan sentiasa boleh dicari namun hubungan kekeluargaan tiada galang gantinya.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kesukaran dihadapi isteri Harun, dia ada menghubungi mereka beberapa kali, sama ada melalui panggilan telefon atau mesej.
Namun, kata Syafiq, semuanya tidak berjawab.
"Saya tertanya-tanya, mengapa jadi begitu?" katanya.
Di sebalik rasa terkilan itu Syafiq berkata, dia akan cuba mencari penyelesaian terbaik untuk merapatkan semula hubungan keluarganya dan balu bapanya.
Harun - atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid Salim - adalah pelakon terkenal dengan pelbagai kebolehan dan mula dikenali ramai melalui siri televisyen Rumah Kedai.
Beliau berkahwin dengan Martinah Ahmad, 52, dan memperoleh empat anak, termasuk Syafiq.
Selepas rumah tangga itu gagal bertahan Harun kemudian berkahwin pula dengan isteri keduanya, Suriati Mohd Noor dan pasangan itu mendapat dua anak.
Syafiq ditemui di majlis tayangan amal filem Polis Evo anjuran Pemuda Parti Amanah Negara di Shah Alam.
Sebelum itu penganjur juga mengadakan majlis doa selamat dan tahlil untuk Harun.
Cuba selesaikan nanti
Polis Evo adalah lakonan terakhir Harun sebelum beliau meninggal dunia pada 8 Mac lalu.
Ketika hayatnya Harun juga pernah berkhidmat sebagai Presiden Persatuan Seniman Malaysia serta menjuarai pertandingan Maharaja Lawak Mega 2011 dengan bergandingan bersama Aflin Shauki.
Media sebelum ini melaporkan Suriati mengalami hidup yang sukar sejak Harun meninggal dunia dan keluarga itu kini banyak dibantu oleh Afdlin.
Kata Syafiq, walaupun dua anak Harun bersama Suriati adalah adik tirinya, dia tetap menganggap mereka sebagai darah daging sendiri.
"Insya-Allah kami akan cuba selesaikan apa saja salah faham itu nanti," katanya.
Seboleh mungkin, kata Syafiq, dia mahu bapanya dikenang sebagai pelakon atau seniman yang dikagumi ramai, bukannya dibayangi sebarang masalah peribadi.
"Biar orang ingat arwah yang sedang berada di puncak kerjaya," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 01:56 PM | Show all posts
ffawwaz replied at 25-11-2015 01:53 PM
xjatuh adik beradik kandung..sebab yg mengandungkan nya berbeza..**ttibe..
tapi jatuh sebagai adi ...

opsss.. betul2.. bukan kandung tapi adik beradik betul,sbb sebapa kan.. mmg patutnye kuat ikatan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 02:01 PM | Show all posts
wannoorazlina replied at 25-11-2015 12:21 PM
keluar paper sepasal
keluar tvpon yea jugak
melodi kot klu x silap

tu la asik meratip hiba sana sini
ckp org ni dtg org tu xdtg tlg
amik attendancekah?
nmpk nau prgai

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 02:15 PM | Show all posts
ogata replied at 25-11-2015 10:45 AM
da kah sebab dia isteri kepada selebriti membuat kan dia asyik menagih simpati???

gologan asnaf ke beliau
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 02:17 PM | Show all posts
mcm mcm yea kisahnya ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2015 02:20 PM | Show all posts
juliez replied at 25-11-2015 11:34 AM
Mana boleh tak bagi atas sebab2 tertentu. Segala harta milik arwah mesti dibahagikan secara fa ...

btol ... jgn nafikan hak ..
harap diselesaikan dengan baik
HSB pun dah x da..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/11/25/achey-kesal-balu-harun/

@maxim

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2015 02:42 PM | Show all posts
bg aku laa.. tkyh la nk cari & mntk cmni.. balik la kg.. keje elok2..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 03:05 PM | Show all posts
“Hidup kami sempit dan lebih terkilan apabila kawan-kawan arwah menjauhkan diri kecuali Afdlin Shauki sahaja yang beri bantuan untuk persekolahan anak-anak saya”

xperlu kot kwn2 arwah suami asik nak carik awak jer....
awak tu balu, jadi x manis la asik kwn nak 'dekat' dgn awak
okeh jer jauhkan diri (kalo x silap sebelum ni pon dia ade citer menda yg same)
lain la kalau arwah tu sedang sakit kawan2 jauhkn diri

then
xkn spanjang kawin langsung x simpan duit utk keluarga
benda ni sikit sebanyak busukn name arwah

cubala survive hidup sendiri
jgn asik meratib nak org bantu
ngadu idup susah sume ni
sampai bla nak harapkn bantuan

lg 1, isu harta n pembahagian ni bukan boleh selesai sebulan dua
byk prosedur
nak2 cam family dia yang ade 2 keluarga ni
alangkan yang adik bradik sebapa seemak pon byk nak kena buat utk pembahagian ni
melainkan jenis yg x kesah "ko amik la reta ni....aku xpe"
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 03:09 PM | Show all posts
sewa rumah pon rm1500
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2015 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
juliez replied at 25-11-2015 02:40 PM
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/11/25/achey-kesal-balu-harun/

@maxim

PETALING JAYA: Pelawak Achey kesal dengan kenyataan yang dibuat balu Harun Salim Bachik iaitu Surianti Mohd Nor yang menuduh dia menipu mengenai kenyataannya kepada media bahawa dia pernah bertanyakan khabar keluarga itu.

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 29, berkata, terdapat salah faham mengenai perkara tersebut kerana pertanyaan khabar itu sebenarnya diajukan kepada anak sulung bekas isteri pertama Harun dan bukannya melalui Surianti.

"Saya rasa perkara ini hanya salah faham sahaja. Sebenarnya, saya ada bertanya khabar mengenai keluarga arwah abang Harun. Dan pertanyaan itu diajukan kepada anak kepada isteri pertama arwah.

"Dah alang-alang bertanya, saya tanya sekali mengenai anak-anak isteri kedua arwah juga. Itu sahaja," katanya yang dihubungi mStar Online pada Rabu.

Pada Selasa, mStar Online melaporkan Surianti meluahkan perasaan terkilan dengan kenyataan Achey dalam sebuah portal hiburan kononnya sering bertanya khabar keluarga mereka, sedangkan ia tidak benar.

Malah, Surianti turut mendedahkan, dia juga tidak tahu-menahu mengenai status perniagaan arwah suaminya yang dikongsi bersama Achey dan beberapa orang lain selepas dikeluarkan daripada grup perniagaan tersebut.
Surianti juga bersama dua anaknya berhasrat pulang ke kampung halaman di Kulim, Kedah pada waktu terdekat gara-gara kesempitan hidup selepas kematian Harun pada Mac lalu.


SILA KLIK: Hidup Terhimpit, Balu Harun Salim Bachik Terpaksa Balik Kampung

Dalam pada itu, Achey berkata, mengenai perniagaan tersebut, dia tidak terlibat dengan sebarang urusan perniagaan bersama Surianti dan enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu.

"Macam ini lah, apa yang saya boleh jelaskan, saya dan Surianti tidak ada apa-apa jalinan perniagaan pun.


Surianti (tengah) bersama dua anaknya. Gambar dari Facebook Surianti.

"Kalau boleh saya tak mahu ulas lebih lanjut, takut isu lain pula yang timbul dan menjadi punca salah faham berlaku.

"Saya menjalankan bisnes pun dengan anak kepada isteri pertama arwah, bukan dengan Surianti," jelas Achey.

Sementara itu, Achey berkata, dia tidak sangka isu tersebut menjadi berita utama dan terkejut dengan kenyataan yang diberikan Surianti.

Apatah lagi, sebagai orang luar, dia enggan mencampuri urusan keluarga arwah Harun.

"Saya terkejut perkara ini menjadi isu. Saya ini orang luar, takkan nak masuk campur hal keluarga mereka.

"Niat saya sebelum ini pun sekadar mahu bertanya khabar, memandangkan arwah Harun baik dengan saya dan kami saling berkongsi masalah. Mungkin perkara ini hanyalah salah faham antara dua pihak," katanya.

Surianti berkahwin dengan Allahyarham Harun Salim Bachik pada tahun 2000. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Hazeera Sofea, 12, Hakeem Sufy Al-Rashid, 14.

Menerusi perkahwinan pertama dengan Martinah Ahmad, Harun memiliki empat orang anak namun perkahwinan pertama itu tidak bertahan lama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2015 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Bgus skali jawapan achey. Xkn die plak nk sibuk hal si suriati tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 03:18 PM | Show all posts
aku tya apa kabar..
tu pon jd isu
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Nmpknye jelas yg balu si harun ni x liase ngn keluarga pertama...die expect die dpt sume harta2 harun sedangkan achey bisness ngn anak harun..

Jz internal problem je la...

Myb akak ni msih tgh sesuaikan diri dgn status terkini..die kne ade org motivate die..sbb die dh jd ibu tunggal..die kne bingkas bangkit dr kesedihan utk cr nafkah sbb die ade anak..sume org yg tetbe kehilangan suami mmg ssh ckit..kne take time tuk stable blk..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 03:25 PM | Show all posts
lazim replied at 25-11-2015 12:14 PM
tiba2 rasa xsuka pulak. kalau nak balik kampung balik je la. kenapa nk ungkit2 org x tolonglah apa.  ...

tula.sian gak kat arwah. mulut bini punya pasal, buat org timbul persepsi tak baik kat arwah.
Mana tau kot arwah ade buat... yg tinggal yg x pandai manage.
Tengok dia masa terima hadiah sumbangan time superspontan aritu pun, gaya pemakaian. Siap bertopi bagai..
Rasa mcm banyak gak amount balu arwah ni dpt malam tu, kenapa x buat modal untuk meniaga jual nasik lemak ke, kuih ke.
Fishy sangat salahkan kawan2 arwah tak bantu...

Wife arwah achik spin, arwah din beramboi.. aman2 jer..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2015 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
So balu no 2 ni salah faham la dgn kenyataan Achey.
Dah betul la tu tindakan Achey..semua share or urusan perniagaan arwah mmg patut diberi dan diuruskan oleh anak sulung arwah..walaupun arwah dgn bini dah bercerai tpi anak lelaki sulung arwah berhak utk memikul semua tjawab.

Agaknya balu no 2 fikir..sbb di wife sah arwah maka semua harta dan saham harus diberi pada dia n anak2 dia.
Dia tak tau faraid agaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 04:21 PM | Show all posts
abbyhoney replied at 25-11-2015 12:55 PM
kalau kita nak Allah jaga kita, kita kena jaga hubungan kita dgn Allah.

Saya dgr ucapan tu semasa ...

mmg terkejut beruk tengok masa tu sampai aku
ingat maybe orang lain tolong ambikkan bagi pihak isteri dia.
X sangka isteri dia daring camtuh pakaian pun adoii x melambangkan
orang susah pun. Mmglah body cantik bergetah lagi tp
x manis kut dia dressing camtuh buat orang x jadik nak simpati

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 04:26 PM | Show all posts
ffawwaz replied at 25-11-2015 01:53 PM
xjatuh adik beradik kandung..sebab yg mengandungkan nya berbeza..**ttibe..
tapi jatuh sebagai adi ...

kalau ikut islam kalau bapa sama dipanggil adik beradik betul. Boleh jadi wali kpd adik2 perempuan dari ibu yg lain.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 04:29 PM | Show all posts
kan da ckp internal problem sesame sendiri..
bile anak tiri call xnk angkt sombong pastu dok canang kt org,
xde org bantu la ape la..
now buat malu diri sendri je bile semua org tau..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.074305 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list