View: 6827|Reply: 77
|
[Tempatan]
Rosmah dan Najib bersimpati sesama sendiri
[Copy link]
|
|
Rosmah dan Najib bersimpati sesama sendiri
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rosmah-dan-najib-bersimpati-sesama-sendiri
Published: 24 November 2015 9:02 PM
Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau dan perdana menteri saling bersimpati apabila menjadi sasaran di media sosial. – Gambar fail AFP, 24 November, 2015.
Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau bersimpati dengan Datuk Seri Najib Razak, susulan serangan-serangan yang dilemparkan di laman media sosial, dan suaminya itu pun turut sama bersimpati terhadap dirinya yang dijadikan sasaran untuk menjatuhkan kedudukannya sebagai perdana menteri.
"Bila saya tengok di media sosial, saya tanya (Najib) adakah ini mengenai saya? Adakah mereka cakap mengenai saya, tentang Rosmah ini? “Kemudian dia (Najib) akan cakap, tidak.
Ia bukan mengenai awak. Mereka nak jatuhkan saya (Najib) tetapi mereka tak dapat jatuhkan saya, kemudian libatkan isteri.
"Ia bukan mengenai awak, ia mengenai saya. Mereka nak jatuhkan saya melalui isteri," kata Rosmah, ketika berucap merasmikan klinik perundangan dan kebankrapan Wanita MIC hari ini.
"Dia rasa simpati terhadap saya dan saya pun rasa simpati terhadap dia. Kami saling bersimpati."
Beliau berkata, disebabkan itu mereka sentiasa menjaga diri masing-masing.
"Itu yang menyebabkan kami sentiasa memastikan antara satu sama lain setiap masa. Jadi dia tidak akan tinggalkan saya, saya harap. Saya memahami dia, dan dia memahami saya.
"Jadi anda perlu tahu banyak perkara yang perlu kita belajar tentang politik.
Bukan semasa kempen dan bercakap tentang politik tetapi apa yang penting ialah hubungan antara suami dan isteri terutama suami yang terlibat dengan politik."
Selain itu, Rosmah turut menasihati para isteri agar tidak mendengar sebarang cerita yang negatif tentang suami mereka sebaliknya menjalankan semakan apabila mendengar perkara yang tidak elok tentang pasangan mereka.
"Apa sahaja yang anda dengar, tolong periksa. Contohnya jika suami kita rapat dengan wanita. Bila suami balik, kita tanya siapa wanita itu dan lain-lain.
"Ini akan meningkatkan pelbagai masalah, kebimbangan dan kecurigaan. Dan ia sangat tidak sihat dalam perkahwinan terutamanya suami yang terlibat dengan politik."
Beliau berkata, dalam dunia politik, musuh kadang-kala menyerang pasangan masing-masing. "Dengar cerita yang positif, jangan dengar yang negatif.
Kadangkala orang sengaja mahu anda berdua bergaduh dan timbulkan kecurigaan.
"Jika terdengar cerita tentang isteri pula, jangan dengar. Kadangkala mereka tidak dapat suami, mereka pergi kepada isteri dan isteri merupakan orang yang tidak bersalah di bumi ini," katanya. – 24 November, 2015.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
buruk sungguh stail rambut srg tebuan |
|
|
|
|
|
|
|
aku sampai la ni masih terngiang2 moment najib kena singgung dek rosmah..
saling simpati konon..
pffffttt!
|
|
|
|
|
|
|
|
Dlm bersimpati sesama sendiri, tapi poket tetap tebal. |
|
|
|
|
|
|
|
"Buat mengubat hati yg lara kerana difitnah, saya sukaaaaa sangat shopping.
Pernah dengar retail therapy?Sangat berkesan untuk saya"
-Kak Mah Pinky
|
|
|
|
|
|
|
|
serius ke bersimpati sesama sendiri? okla tu.. contra jadik 0 = no simpati at all |
|
|
|
|
|
|
|
"Dia rasa simpati terhadap saya dan saya pun rasa simpati terhadap dia. Kami saling bersimpati." oh suwitttnyerrr kat !!
|
|
|
|
|
|
|
|
rambut kak mah dh mcm rambut gene simmons (bassist KISS - yahudi laknatullah)
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian pak jib.. Rosmah buat taik pak jib kena cuci |
|
|
|
|
|
|
|
lagu ni akak tujukan buat jibby-rossy....akak terharu....
Mulanya Di Sini
( P: )
Tibanya di sini
Bagai terulang lagi
Kisah yang indah
Di antara kita berdua
( L: )
Sehingga di sini
Tiada berpaling lagi
Kita berteman
Seiring jalan dan sehaluan
( L: & P: )
( korus )
Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai
( P: )
Mulanya di sini
Ku kenali dirimu
Sehingga kini
Sehingga ke akhir waktu
( L: )
Akhirnya di sini
Ku kenali hatimu
Sehingga kini
Kita akan terus berlalu
( L: & P: )
( korus )
Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai
( L: )
Di hadapan kita ada jalan
Menuju di kejauhan ada sinar menanti
Di penghujung perjalanan ini
( P: )
Oh... sambil bernyanyi
Mendendang senandung yang syahdu
Riangnya hati dan indah duniaku
( L: & P: )
( korus )
Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai
Sumbangan s|qlizt2 & Dida & Nurybisa@NurySabar
|
|
|
|
|
|
|
|
najib penah simpati kat rakyat x? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-11-2015 12:30 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Pasangan paling sengal abad ini |
|
|
|
|
|
|
|
nape muka dia mcam benjol2 ...
alamakkkkkk...terlbih suda......
matiiiii aku..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|