CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4985|Reply: 0

11 Teknik Urutan Wajah Yang Boleh Buat Anda Nampak Muda

[Copy link]
Post time 25-11-2015 08:37 PM | Show all posts |Read mode
Urutan Wajah.Salah satu rahsia wajah sentiasa berseri ialah dengan melakukan  proses urutan wajah.
Senang sangat dan anda boleh lakukan sendiri pada setiap hari di rumah.
Di bawah adalah langkah-langkah urutan wajah… Selamat Mencuba.
Proses Urutan Wajah
Luangkan hanya 4 minit untuk melakukan kaedah urutan wajah. Cuba ingat setiap langkah berikut dan jadikan ia sebagai salah satu aktiviti harian anda. Gunakan sentuhan ringan serta lembut dengan menggunakan jari. Buat dalam gerakan ke atas dan seterusnya dibawa ke bawah luar wajah.
  • Langkah  Pertama Urutan Wajah
Gunakan bahagian belakang tangan, kenakan tekanan yang lembut terhadap kulit serta sekitar rahang di bawah dagu untuk merangsang sel kulit sekitar bahagian berkenaan. Tukar tangan, dongak leher dan urut seluruh bahagian bawah leher merangkumi telinga kanan ke kiri.
  • Langkah  Kedua Urutan Wajah
Ambil jari telunjuk dan jari hantu, tekan perlahan pada bahagian rahang dalam pergerakan sekata bermula dari dagu hingga ke telinga.
  • Langkah  Ketiga Urutan Wajah
Susun jari kedua-dua belah tangan secara menegak, tunjukan ke tengah dahi dengan kedudukan ibu jari berada di rahang. Rapatkan tangan secara perlahan-lahan. Kekalkan kedudukan selama tiga hingga empat saat dan ulang.
  • Langkah  Keempat Urutan Wajah
Kenakan tekanan secara ringan dengan meletakkan kedua belah tapak tangan di bawah dagu. Pastikan jari telunjuk berada di depan telinga. Tekan perlahan dan biar selama tiga hingga empat saat dan ulang.
  • Langkah  Kelima Urutan Wajah
Genggam jari dan tekan lembut ke bawah dagu manakala ibu jari menekan lembut menghala ke atas pada sekitar mulut, di bawah hidung, sekitar lubang hidung serta kelopak hidung. Urutan ini dapat membantu memperbaiki peredaran darah dan menyingkirkan toksin.
  • Langkah  Keenam Urutan Wajah
Gunakan hujung jari, tekan sepanjang tulang bahagian atas tulang pipi dan urut dalam gerakan ke atas untuk penyingkiran toksin.
  • Langkah  Ketujuh Urutan Wajah
Ambil jari hantu dan jari manis, tekan perlahan selama lima saat bermula di bahagian atas batang hidung bawa sehingga hujung kening(pelipis).
  • Langkah  Kelapan Urutan Wajah
Gunakan jari manis dan picit menggunakan kadar tekanan yang perlahan pada bahagian bawah mata. Tarik menghala ke bahagian kelopak mata(pejamkan mata)
  • Langkah  Kesembilan Urutan Wajah
Bawa kedua telapak tangan dan letak di bahagian antara kening dan anak rambut. Usap bahagian berkenaan dengan lembut dan perlahan. Urutan pada bahagian berkenaan dapat mengurangkan kehadiran garis halus pada wajah.

  • Langkah  Kesepuluh Urutan Wajah
Tutup mata, rapatkan tapak tangan ke muka. Kedap wajah dengan perlahan sehingga wajah dapat merasai kesan tarikan. Tekan wajah perlahan, biarkan untuk beberapa saat dan ulang

  • Langkah  terakhir Urutan Wajah
Akhir sekali, gunakan telapak tangan serta jari dan tekan menggunakan tangan kanan ke seluruh bahagian sisi leher sebelah kiri. Lakukan padapangkal leher hingga rahang. Ulang gerakan  yang sama menggunakan tangan kiri.
http://www.wom.my
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.140102 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list