CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1316|Reply: 0

Saat Dikejar Si Dia: Jual Mahal Atau Sambut Cintanya?

[Copy link]
Post time 25-11-2015 09:01 PM | Show all posts |Read mode

Kata orang, lelaki lebih suka mengejar cinta gadis yang sukar untuk ditakluki hatinya, benarkah? Mungkin ada sesetengah daripada kamu bersetuju dengan kenyataan ini.

Tapi bagi gadis pula, niat di hati bukanlah jual mahal, tetapi kamu tidak mahu dikatakan terlalu mudah didekati. Pun begitu, tiada siapa yang mahu memahami situasi kamu. Apa pun jangan terburu-buru!


Baca informasi ini sebagai panduan buat kamu!

Permulaan:
Deskripsi: Cinta pandang pertama kebiasaannya akan dilalui oleh semua orang termasuklah kamu sendiri. Cuma, kamu tak tahu bila masa perasaan itu datang dan pergi. Mungkin dek kerana terlampau tertarik dengan kejelitaan atau ketampanan dirinya membuatkan jantung mula berdegup kencang. Pun begitu, tanpa kamu sedari, perasaan itu datang hanya untuk seketika cuma. Kamu tidak bermaksud untuk meneruskan perhubungan ini. Namun nak tolak rasa macam susah, kalau dah tolak nanti menyesal pula. Jadi bagaimana?

Langkah Kedua : Analisis Hati!
Deskripsi : Ya! memang tak dinafikan bila dah mula kenal, perasaan untuk memiliki seseorang yang membuatkan hidup kita huru-hara itu agak mustahil. Bayangkanlah, secara tibatiba, dia datang dan melamar kamu dengan harapan kamu mengatakan “ya” tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Kamu seperti endah tak endah dengan lamaran tersebut. Bagi kamu, mungkin terlalu awal untuk berbicara soal hati. Kamu masih belum bersedia. Tetapi hati bagaikan meronta mahu. Hati oh hati!

Langkah Ketiga :Saling Melengkapi
Deskripsi : Setelah menganalisis dan menimbang tara semua perkara kamu akan mula berfikir sama ada perhubungan ini perlu diteruskan atau sebaliknya, betul tak? Namun jauh disudut hati kamu, perasaan ingin disayangi semakin membuak-buak, tapi dek kerana takut dikecewakan kamu mula nak tarik diri. Sedangkan kamu belum kenal lagi dengan isi hatinya. Kamu perlu tahu bukan semua orang sama. Mana tahu si dia adalah Mr.Perfect yang kamu cari? Walaupun dia tak sama dengan yang dulu, kalian boleh saling melengkapi.

Langkah Keempat : Bukan Bermaksud Desperate
Deskripsi : Sesetengah orang mengatakan, tutup buku lama buka buku baru. Tak perlu untuk kamu mengingati si dia yang pernah mengecewakan kamu sebelum ini. Cuba bina perhubungan baru dengan si dia, mana tahu kamu akan lebih bahagia. Abaikan setiap tohmahan negatif teman lain terhadap kamu. Kamu bukanlah terdesak nak mencari pengganti, tetapi kamu dah jumpa apa yang kamu cari selama ini. Jangan ragu-ragu lagi. Apa yang penting kamu bahagia.

Langkah Kelima :Bahagiakan Diri Sendiri
Deskripsi: Bila dah dapat apa yang kamu nak, teruskan memburu cinta dan bahagiakan diri kamu sendiri. Kamu kena ingat, kegagalan yang lalu tak bermakna kamu akan gagal lagi untuk kali ini. Mana tahu kamu akan lebih bahagia? bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta.


remaja

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.054493 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list