CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 717|Reply: 3

[Dunia] Penduduk Asia Pasifik belanja RM42 bilion setahun untuk smartphone, tablet

[Copy link]
Post time 26-11-2015 12:33 PM | Show all posts |Read mode



SINGAPURA 25 Nov. – Rantau Asia Pasifik menyumbang lebih separuh kepada perolehan permainan peranti mudah alih dunia yang menarik penyertaan kira-kira 1.5 bilion orang.

Menurut laporan portal Mashable yang memetik firma penyelidikan permainan video Eedar, kira-kira 1.5 bilion orang bermain permainan di peranti mudah alih mereka sama ada di telefon bimbit atau tablet dan dijangka membelanjakan seba­nyak AS$25 bilion (RM105 bilion) sehingga hujung tahun ini.

Kata laporan itu, jumlah wang yang dibelanjakan itu meliputi 30 peratus daripada pasaran permainan video dengan permainan di peranti mudah alih dijangka terus menjadi penyumbang terbesar iaitu kira-kira 15 peratus.

Bagi rantau Asia Pasifik, Jepun dan China merupakan penyumbang terbesar apabila rakyat di kedua-dua negara membelanjakan lebih AS$10 bi­lion (RM42 bilion) setahun untuk permainan di peranti mudah alih mereka.

“Walaupun rakyat Amerika Syarikat (AS) dan Kanada masih mewakili perbelanjaan terbesar iaitu sebanyak AS$5.41 bilion (RM22.72 bilion), namun negara-negara di Asia Pasifik terus berkembang lebih pesat berbanding negara-negara di Barat.

“Jepun yang mempunyai 66 juta pemain berbanding 180 juta di Amerika Utara telah membelanjakan AS$5.16 bilion (RM21.6 bilion) setahun. Bagaimanapun, China yang mempunyai 564 juta pemain hanya membelanjakan AS$5.01 bilion (RM21.04 bilion),” katanya.

Menurut laporan itu, sumbangan besar dari Jepun di­sebabkan kebiasaan rakyatnya yang terlibat dengan permainan berkenaan berbelanja lebih tinggi iaitu purata AS$24 (RM100.80) sebulan. – AGENSI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2015 01:58 PM | Show all posts
RM 42 billlion????.....macam pernah ku dengar angka ini.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2015 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Odyman replied at 26-11-2015 01:58 PM
RM 42 billlion????.....macam pernah ku dengar angka ini.

Hutang 1mdb boleh belanja penduduk jepun +  China hp baru
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2015 04:17 PM | Show all posts
china and jepun memang maju kan.

china saje berapa bnyk model dorg kuarkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.732731 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list