CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1644|Reply: 15

[Tempatan] Lepas GST, jualan kereta import mewah merosot 50 peratus

[Copy link]
Post time 27-11-2015 01:57 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 26 Nov. - Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) memohon kerajaan supaya membuat pengumuman rasmi mengenai lanjutan dasar permit import (AP) kerana pihak bank sudah mula mempersoalkan pemegang AP yang memerlukan kemudahan pembiayaan untuk menjalankan perniagaan.

Presidennya, Datuk Zainuddin Abdul Rahman berkata, pengumuman itu perlu kerana Pekema mencatat penurunan jualan kereta import mewah terpakai lebih 50 peratus sepanjang tahun ini disebabkan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), penyusutan nilai mata wang dan tindakan pihak bank mengetatkan syarat jual beli ke atas pembeli.

Katanya, di pihak penjual iaitu pemegang AP, GST menyebabkan penurunan margin, pada masa sama mereka masih terpaksa membayar levi sebanyak RM10,000 bagi setiap kereta yang dibawa masuk.

Para pembeli pula, ujar beliau, menjauhkan diri bukan sahaja disebabkan GST tetapi juga penyusutan nilai ringgit yang menyebabkan harga asas kereta terutama dari Jepun dan United Kingdom (UK) meningkat.

“Segmen kenderaan mewah terpakai di negara ini mencatat jualan baik setakat Mac tetapi mula merosot selepas GST dilaksanakan pada April lalu yang memberi tekanan kepada kedua-dua pihak iaitu penjual dan pembeli.

“Nilai mata wang ringgit berbanding yen pula menyusut kira-kira 20 peratus, manakala pounds sehingga 40 peratus, justeru, dalam perkara ini, Pekema sudah memohon kepada kerajaan agar memansuhkan ketetapan mengenakan levi sebanyak RM10,000 sejak dimulakan pada 2010 dan lebih-lebih lagi dalam situasi ekonomi sekarang, amat menekan pengusaha kami,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zainuddin, walaupun dalam keadaan serba menekan ini, Pekema masih berusaha mengekalkan kelangsungan hayat perniagaan masing-masing dan berharap keadaan ekonomi akan stabil dan kembali pulih.

“Pekema yakin kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan berpegang pada janji untuk terus mempertahan dan membela nasib usahawan-usahawan bumiputera seperti yang dilafazkannya pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 14 September 2013,” katanya.

Mengulas gesaan Perdana Menteri baru-baru ini, agar pengusaha mempelbagaikan perniagaan, beliau berkata, setiap ahli Pekema melabur dalam bidang-bidang lain tetapi AP merupakan sumber aliran tunai yang membiayai perniagaan mereka.

“Misalnya dalam sektor hartanah, bank-bank akan lebih mudah menawarkan kemudahan pembiayaan apabila mengetahui tentang AP. Bank-bank beranggapan, jika berlaku gawat dalam sektor hartanah sekalipun, AP itu akan menanggung risiko,” ujar beliau.

Sementara itu, Zainuddin memberitahu, ahli-ahli Pekema terus aktif melaksanakan tanggungjawab sosial korporat menerusi Yayasan Pekema di mana sejak 2006, sebanyak RM20 juta telah disumbangkan kepada golongan yang memerlukan terma­suk asnaf.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2015 02:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Aik?

Kenapa Mercedese Benz Malaysia boleh untung?  Jualan kereta MB Malaysia utk tahun 2015 sampai bulan September ni meningkat 70% berbanding 2014.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 07:22 AM | Show all posts
Pekema sib baik tak "u*ima" ampun mode jgn hencap....
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakaije kete cabuk.. hati senang hutang yilek.. nak buat ape kalo kena bayo gst hampir 30 riban utk membeli bm ke merc ke..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 09:16 AM | Show all posts
batu_bergolek replied at 27-11-2015 02:07 AM
Aik?

Kenapa Mercedese Benz Malaysia boleh untung?  Jualan kereta MB Malaysia utk tahun 2015 samp ...

sbb MB jual keta baru .. & yg membelinye adalah syarikat2 yg untung.
Baik beli keta baru .. ade gaya & class serta dapat kurangkn bayaran cukai syarikat.

yg keta2 pekema tu semua keta 2nd hand .... ooppps "malu nak sebut" ,, so keta recond la.
yg ni banyak dibeli oleh pemilik individu je.

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 09:21 AM | Show all posts
turunkan la rege vellfire tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2015 09:23 AM | Show all posts


cuba tanya ap king
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 09:47 AM | Show all posts
Jualan slow sikit dah menjerit melolong pekema ni, yang dia untung juta-juta  sebelum ni tak cakap. Beli Mers dengan bmw yang omputih buat teksi kat UK bawak masuk sini jual ratus-ratus ribu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2015 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
tny pekema, bpe die declare sebjik keta bwak masok malaysia?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 10:18 AM | Show all posts
“Pekema yakin kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan berpegang pada janji untuk terus mempertahan dan membela nasib usahawan-usahawan bumiputera seperti yang dilafazkannya pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 14 September 2013,” katanya.


ko pegang la janji dia tu sampai lebam
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 11:59 AM | Show all posts
ada penjual kereta recond yg absorb tu GST....pun masih org tak beli...sebenarnya harga kereta turun sbb GST pembeli tak bayar.....mungkin org lebih berhati hati berbelanja skg ini....tu ja....bukan sebab GST.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 12:01 PM | Show all posts
melayu ni 24jam minta tolong gomen
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 12:03 PM | Show all posts
batu_bergolek replied at 27-11-2015 02:07 AM
Aik?

Kenapa Mercedese Benz Malaysia boleh untung?  Jualan kereta MB Malaysia utk tahun 2015 samp ...

itu kereta baru.....ini reconditioned vehicles from UK & Japan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 12:56 PM | Show all posts
batu_bergolek replied at 27-11-2015 02:07 AM
Aik?

Kenapa Mercedese Benz Malaysia boleh untung?  Jualan kereta MB Malaysia utk tahun 2015 samp ...

sebab dia risau kroni2 ameno yang dapat AP jual AP sambil goyang kaki jual kereta rekon...banyak rugi...kereta merc, bmw, lexus semua tu tak de masaalah...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Guna je kereta ayat kerenti sekenheng...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 03:55 PM | Show all posts
keadaan ni bagus tuk merancakkan jualan kereta nasional.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.460543 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list