CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3666|Reply: 58

[Tempatan] Terbaru, tempoh menunggu haji kini naik ke 77 tahun

[Copy link]
Post time 27-11-2015 02:00 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 26 Nov. - Sebahagian daripada 1.8 juta umat Islam daripada pelbagai peringkat umur di negara ini yang telah mendaftar untuk menunaikan ibadah haji perlu menanti antara 70 hingga 77 tahun sebelum berpeluang mengerjakan rukun Islam kelima itu.

Sekalipun tempoh penantian untuk berpeluang menunaikan haji dilihat sebagai sesuatu yang mustahil, namun itulah realiti yang perlu dihadapi dan ditangani oleh Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) iaitu agensi yang diberi tanggungjawab mengendalikan urusan haji.

Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, tempoh penantian itu juga boleh menjadi lebih lama lagi memandangkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, peruntukan kuota haji untuk Malaysia oleh kerajaan Arab Saudi yang selama ini berjumlah 28,000 jemaah telah dikurangkan.

Menurut beliau, pada 2012, kuota yang ditawarkan kepada Malaysia berjumlah 20,000 jemaah dan angka itu menurun kepada 21,000 pada tahun 2013 sebelum meningkat kepada 22,800 pada 2014.

“Itu kalau tiap tahun kita dapat kuota 28,000 setahun tetapi jika kurang (kuota) maka tempoh menunggu akan berpanjangan melebihi 70 tahun.

“Dengan lain perkataan, jika anda mendaftar untuk menunaikan haji pada hari ini, bermakna anda akan menunggu sehingga 70 tahun untuk berpeluang menunaikan haji,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Ke­syukuran Tamat Operasi Haji Mu­sim Haji 1436/2015M di Ibu Pejabat Tabung Haji, di sini, hari ini.

Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pe­ngarah Urusan Kumpulan dan Ke­tua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Ismee Ismail.

Utusan Malaysia difahamkan, daripada jumlah 1.8 juta pendaftar haji itu, 10,000 daripada mereka merupakan bakal jemaah warga emas yang berusia 75 tahun ke atas.

Dalam konteks pendaftar warga emas, Abdul Azeez berkata, bagi membolehkan kesemua golongan ini menunaikan haji sekali gus, mereka perlu membawa pengiring yang jumlahnya kelak akan me­lebihi separuh daripada kuota yang dibenarkan.

Sementara itu, beliau membe­ritahu, jumlah yang berdaftar untuk mengerjakan haji juga dijangka bertambah lebih tinggi lagi apabila terdapat 8.6 juta umat Islam di negara ini yang merupakan pendeposit atau pemegang akaun di Tabung Haji.

“Apabila simpanan telah mencukupi pastinya kebanyakan pendeposit akan mendaftar untuk menunaikan haji,” jelas beliau.

Sehubungan itu, Tabung Haji katanya, akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mencari kaedah yang lebih berkesan untuk menyelesaikan pendaftaran haji yang telah melebihi 1.8 juta orang.

“Jawatankuasa tersebut akan dibentuk pada Disember ini dengan saya sendiri akan mengetuainya bagi memperhalusi kaedah-kaedah untuk membolehkan senarai me­nunggu ini dapat dikurangkan de­ngan banyak,” katanya.

Abdul Azeez berkata, jawatankuasa tersebut juga bakal menyemak semula tawaran haji yang akan diberikan kepada bakal jemaah yang mendaftar semula selepas lima tahun menunaikan haji.

“Mungkin kita akan lanjutkan kepada 10 tahun atau 15 tahun dan begitu juga tawaran diberikan kepada golongan kanak-kanak dan remaja yang nama mereka naik selepas lima tahun mereka didaf­tarkan untuk menunaikan haji oleh ibu bapa mereka,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2015 02:19 AM | Show all posts
daftar tahun lepas ... 42thn
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 02:27 AM From the mobile phone | Show all posts
apa pnyelesaian trbaik???bkn nk brdengki dgn rezki org lain cma slh satu lgkah pnyelesaian yg blh di ikhtiarkn...stiap org yg penah mnunaikn haji mllui TH tdk dbnarkn mmohon lg skurg2nya utk tmpoh 25thn, klu pnjg umur murah rezki, dpt la pegi lg.. utama kn la org yg xpenah pegi lg.

rmai org yg tbungan da ckup di usia muda tp xsmpai turn lg.. bla da smpai turn, rmai yg wrga emas ataupun da xde.. kudrat utk mlaksanakn ibdah punda kurg
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 02:27 AM From the mobile phone | Show all posts
So tak mampu la nk gi haji. Sebab syarat bukan berkemampuan dr segi masa. Boleh tak?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 02:55 AM | Show all posts
Pergi haji ni tak wajib, kalau tak pergi pun takpa, tak dapat dosa pun...Ada kemampuan baru lah Pi, takde kemampuan Dok Je lah Kat rumah..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 03:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana mampu nak tawaf umo da cecah 70 ni. . Semputtt opah, cu!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2015 05:43 AM From the mobile phone | Show all posts
awal thn aritu g dftr blh pergi 2081
dh msk rmh 2 batu dulu nmpknya..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 06:09 AM From the mobile phone | Show all posts
T.haji kena lah adil...
Ckp je tak benarkn yg dah pergi haji pegi lg kali kedua dlm tempoh yg lama....ada yg baru 3thuj pegi pun dpt pegi lagi...

Pd aku org mcm ni elok mati je kat dlm flight atau kat Kelaba jaya masa nk berangkat tu....pentingkn diri..kau dah pegi bg le peluang kat org lain...kau pegi le umrah setahun 2X tak de sapa marah...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2015 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
aku pun lebih kurang 40 taun lagik pi haji, xpa la klo ade rezki jadik tetamu allah mne nak taw, kene pgl awal. mcm member aku, bapak dpt pegi hji,bapak lak x leh jalan, sekali die pun dpt tawaran pi haji gak sebab teman bapak die. q die pun lambat.rezki allah. ade yg dpt tawaran tpi x pi sbab masalah kewangan,anak.. x perlu nk merungut la, ade sebab la kite belum dijemput jdk tetamu allah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Lamanyer.. So tak yah la menabung katkat tabung haji lg
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku daftar thn lps, umur 80an br sampai turn
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Pasang niat betul2 InsyaAllah ada rezeki... X da chance g haji bleh g umrah dlu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 08:12 AM | Show all posts
aku harap dpt gi haji dlm masa terdekat ni.. sementara masih sihat.. daftar pun dh lbh 5 thn, duit pun dh lama cukup.. sabar je la tunggu..

cuma kalau yg kali kedua tu, jarakkan la lama sikit.. bg yg tua2 tu pegi dulu melainkan yg pegi kali kedua tu utk jd pengiring org tua la kan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 08:15 AM | Show all posts
ade rezeki boleh punya. betul cakap orang atas ni.

umrah dulu pun xpe
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 08:18 AM | Show all posts
haji melalui tabung haji sebenarnya di subsidi oleh gomen...kalu gomen tarik subsidi dan rakyat bayar sendiri, sudah tentu tempoh lebih pendek...so, menabung utk buat haji perlu di semai sejak kecil lagi...rakyat tidak boleh mengharapkan tabung haji semata-mata...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 08:31 AM | Show all posts
kuota arob saudi xsilap 18000 per season
bahagilah dengan 1.8 juta pemohon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2015 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
susukambingbest replied at 27-11-2015 02:27 AM
apa pnyelesaian trbaik???bkn nk brdengki dgn rezki org lain cma slh satu lgkah pnyelesaian yg blh di ...

Lg 1 kurangkan bg kuota merepek2 tue...

Nie kuota umno lain, menteri plak lain..belum masuk kuota utk kerajaan negeri atau VVIP yg guna kabel dasar laut tue...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 08:35 AM | Show all posts
yer..

tempoh menunggu orang2 macam kita, yang tak berkabel ni, kena tunggu 77 tahun.
ada someone yang aku kenal ni, tahun sebelum tuh dah pegi haji..tahun ni bawak mak dia pulak pegi haji..dengar kata tahun depan akan ke sana lagi..siap nak angkut member lagi..

orang politik lain..diorang ade kuota sendiri.. tiap2 tahun nak pegi pun boleh..
hmm...

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 08:42 AM | Show all posts
Pakai pakej swasta aje la. Bila banyak duit boleh 'potong' queue

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 08:42 AM | Show all posts
kimsa-ra replied at 27-11-2015 05:43 AM
awal thn aritu g dftr blh pergi 2081
dh msk rmh 2 batu dulu nmpknya..

aku reg 2010 pun dpt giliran tahun 2067

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.301310 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list