CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37027|Reply: 172

Bapa ummi kena penjara 10 tahun...nyesal x pokcik

  [Copy link]
Post time 27-11-2015 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan yang juga bapa pelakon Ummi Nazeera, dipenjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam selepas didapati bersalah terhadap 10 pertuduhan menggunakan dokumen palsu berhubung surat peletakan jawatan dan pemindahan saham milik isteri keduanya, sembilan tahun lalu.

Hakim Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman itu terhadap Datuk Zainulabadin Mat Akhir, 64, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah diakhir kes pembelaan.

Bagaimanapun, Norsharidah membenarkan permohonan peguam Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos yang mewakili Zainulabadin untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan.

Sehubungan itu mahkamah menetapkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM250,000 dengan seorang penjamin.

Dalam penghakimannya, Norsharidah berkata keputusan pemeriksaan ahli kimia pihak pembelaan tidak konklusif.

Tertuduh didakwa dengan curang menggunakan menggunakan sebagai tulen satu dokumen Resolusi Lembaga Pengarah Mutiara Efektif (M) Sdn Bhd (Mutiara Efektif) dan B TIS Manufacturer Sdn Bhd (B TIS Manufacturer) iaitu surat Peletakan Jawatan Sebagai Pengarah oleh Datuk Maziah Musa.

Melalui Resolusi Lembaga Pengarah Mutiara Efektif, lelaki itu turut didakwa melantik Ahmad Fikhri Zainulabadin sebagai Pengarah dan Peletakan Jawatan Maziah sebagai Pengarah.

Dia juga didakwa menggunakan Resolusi Lembaga Pengarah B TIS Manufacturer untuk melantik Ahmad Fikhri dan Nor Akhilah Zainulabadin sebagai Pengarah.

Selain itu, dia didakwa melalui resolusi kedua-dua syarikat berkenaan telah memindahkan saham daripada Maziah atas namanya sendiri dan Nor Akhilah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2015 11:46 AM | Show all posts
bertabah laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 11:48 AM | Show all posts
senak rasa kepala baca term undang2 ni
nampak ngat aku ni tepu bebal
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 11:51 AM | Show all posts
finally.

lama gila mak ummi nazeera naik turun mahkamah pasal kes ni.

skrg pun dah berjaya dgn perniagaan sendiri.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2015 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian keluar penjara dh 74yo....x tau la boleh ke buat rayuan kes2 mcm ni...atau mak ummi tu kalau ada sikit kesian drop je the case...lg2 kalau bapak ummi ni la yg buat dia mewah...atau dia mmg born rich..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 11:53 AM | Show all posts
kat rotikaya tulis 31 tahun penjara. erm.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2015 11:54 AM | Show all posts
Bapa Ummi Nazeera Dipenjara 31 Tahun, Akhiri Penderitaan Ibu
Oleh RTKY Staff pada 27 November 2015, 9:11AM


Hakim Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman pernjara 31 tahun itu terhadap Datuk Zainulabadin Mat Akhir, 64, yang juga bapa kepada pelakon Ummi Nazeera, setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Datuk Zainulabadin didapati bersalah terhadap 10 pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen berhubung surat peletakan jawatan dan pemindahan saham milik isteri keduanya, sembilan tahun lepas.

Mengikut pertuduhan pertama sehingga 10, Zainulabadin didakwa menggunakan dokumen palsu sebagai tulen bagi beberapa dokumen bagi memindah milik 1.68 juta unit saham syarikat Mutiara Efektif (M) Sdn.Bhd., daripada Datuk Maziah Musa, 51, selaku pemberi pindah milik, kepada anak tertuduh, Ahmad Fikhri.

Selain itu, dia juga dituduh menggunakan dokumen palsu untuk melantik anaknya, Ahmad Fikhri dan Nor A’khilah sebagai pengarah syarikat B.TIS Manufacturer Sdn. Bhd.




Dalam penghakiman, Norsharidah berkata keterangan ahli kimia kerajaan telah mengesahkan antara tulisan dan spesimen tanda tangan pengadu (Maziash) dalam kesemua dokumen yang dipertikaikan telah dipalsukan. Beliau menyifatkan kes itu berlaku disebabkan masalah keluarga yang bersifat tamak dan dendam.

Sejurus mendengar keputusan mahkamah, Maziah tidak dapat menahan sebak dan terus memeluk Ummi Nazeera dan anak lelakinya, Ahmad Nazreem yang sentiasa memberi sokongan terhadapnya sehingga kes selesai. Ummi juga bersyukur dengan keputusan mahkamah tersebut.

“Saya mengagumi ibu saya yang begitu tabah melalui segalanya. Saya dan abang saya sentiasa di belakang ibu saya,” katanya dan menjelaskan segala keperitan ibunya telah berakhir, dipetik melalui portal The Rakyat Post. (rtky/s)

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan bapak umi yg report psl mak umi.rupenye the other way around.

I dengar2 n baca2 mmg mak umi kaya.kawin pulak  dgn bapak umi yg juge kaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2015 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Owh..ibu ummi ni isteri kedua la...
Kesahnya....
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 11:59 AM | Show all posts
mak dia nampak muda ...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 12:03 PM | Show all posts
kalo yg dlm gamba tu ialah mak dia, wow cantikkkk dan nampak muda sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 12:09 PM | Show all posts
lawa mak dia..mmg tabahla naik trun court..mcm drama samarinda pulak kes diorg nih..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 12:09 PM | Show all posts
noraidil_06 replied at 27-11-2015 11:57 AM
Ingatkan bapak umi yg report psl mak umi.rupenye the other way around.

I dengar2 n baca2 mmg mak ...

cuba akak explain utk saya yang kurang arif ni. mak umi ni isteri kedua tapi tak dapat saham/syer ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 12:10 PM | Show all posts
Diorang adik beradik pun mmg guna nama musa kan kt blkg
Surname mak gituh
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 12:12 PM | Show all posts
apa kes ni?
tak faham sgt la jargon untuk laws ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 12:12 PM | Show all posts
Lorra2411 replied at 27-11-2015 11:54 AM
Bapa Ummi Nazeera Dipenjara 31 Tahun, Akhiri Penderitaan Ibu
Oleh RTKY Staff pada 27 November 2015, ...

lawo nya mak ummi.. lembut jah muka nya

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2015 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
BebeQ replied at 27-11-2015 12:09 PM
cuba akak explain utk saya yang kurang arif ni. mak umi ni isteri kedua tapi tak dapat saham/syer  ...

Mak dia pemegang saham n directors yg dikeluarkan dr company secara salah. Tu base on article yg sgt ringkas di atas.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
lolen replied at 27-11-2015 11:48 AM
senak rasa kepala baca term undang2 ni
nampak ngat aku ni tepu bebal

Dik x de sgt pun legal jargon.yg byk hal2 berkaitan company. Mende2 berkaitan company mmg ssh gak nk fhm.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 12:28 PM | Show all posts
sama je sytyle tudung diorg...
dua2 cantik..

harap2 umi lps ni tudung x makin singkat..
dulu2 tudung labuh bulat kan?

p/s: pesanan dr sigonjeng
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 12:34 PM | Show all posts
Mak ayah umi dh cerai ke ni..ke msh somi isteri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.079149 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list