CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1211|Reply: 9

[Tempatan] FGV catat perolehan RM4.5 bilion, meningkat 13.8%

[Copy link]
Post time 27-11-2015 11:49 AM | Show all posts |Read mode
Semoga terus memberi maanfaat kepada golongan Peneroka Felda.

FGV catat perolehan RM4.5 bilion, meningkat 13.8%
27 November 2015 12:58 AM         



      

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) mengunjurkan harga minyak sawit mentah (MSM) akan didagangkan sekitar RM2,300 hingga RM2,400 per tan metrik pada suku pertama 2016.

Mohd . Emir Mavani Abdullah

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Mohd. Emir Mavani Abdullah berkata, harga MSM telah memberi kesan kepada semua pemain industri termasuk FGV dengan harga komoditi berkenaan jatuh ke paras terendah dalam tempoh enam tahun pada Ogos lalu manakala bekalan pula melebihi permintaan.
Katanya, keadaan tersebut turut memberi kesan kepada keuntungan selepas cukai kumpulan yang turun sedikit kepada RM20.19 juta bagi suku ketiga 2015 berbanding RM22.99 juta bagi tempoh sama tahun lalu.
“Perlu diingatkan bahawa perniagaan sawit bersifat jangka panjang dan mempunyai kitaran naik turun. Faktor kejatuhan harga MSM, kenaikan caj nilai saksama (LLA) dan kerugian dari segi tukaran asing telah mendorong kepada penurunan bagi keuntungan selepas cukai kumpulan.
“Bagi tempoh sembilan bulan tahun ini, kumpulan merekodkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM152.9 juta, menurun berbanding tahun lalu turut disebabkan oleh faktor yang sama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2015, FGV mencatat perolehan sebanyak RM4.5 bilion, meningkat 13.8 peratus berbanding suku sama tahun lalu manakala dalam tempoh sembilan bulan tahun ini menyaksikan, perolehan naik kepada RM11.4 bilion berbanding RM11.34 bilion.
Peningkatan tersebut disokong oleh jualan MSM pihak luar yang lebih tinggi walaupun MSM mencatat harga rendah dan kadar perahan minyak (OER) naik daripada 20.56 peratus kepada 21.04 peratus. Peningkatan OER adalah hasil daripada amalan pengurusan terbaik yang dilaksanakan FGV bagi meningkatkan daya saing pasaran.
Ahli Lembaga Pengarah FGV turut meluluskan bayaran dividen sebanyak 2 sen sesaham untuk 3,648,151,500 saham bagi suku ketiga berakhir 30 September 2015 bersamaan RM72.96 juta. Dividen dijangka dibayar pada 28 Disember 2015.
Menurut Mohd. Emir, program tanam semula secara agresif kini berada di landasan yang betul untuk mencapai purata profil umur optimum 11.8 tahun (60 peratus matang, 20 peratus muda dan 20 peratus tua) berbanding 15.5 tahun ketika ini.
Setakat ini, katanya, FGV telah mencapai 76 peratus sasaran tanam semula bagi 2015.
“Program tanam semula ini penting untuk mencapai kemapanan kumpulan selari dengan pelan transformasi lima tahun bagi meningkatkan perolehan, mengoptimumkan kos dan keberkesanan operasi.
“Malah, FGV kekal komited untuk mencapai keberkesanan dan keuntungan kepada semua pemegang saham terutama warga peneroka menerusi pelan transformasi tersebut. Pada masa sama, kumpulan turut memberi tumpuan kepada pembangunan masyarakat tanpa memberi tumpuan untuk meraih keuntungan semata-mata,” katanya.









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2015 11:51 AM | Show all posts
bukti bahawa pendekatan arwah
Tun Razak dan umno dalam mewujudkan felda
sangat tepat

kemampuan ekonomi bumiputera sejak selepas
malaysia merdeka banyak diasaskan
oleh perancangan jangka panjang
para pemimpin terdahulu

Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 11:54 AM | Show all posts
pasti ummah Felda gumbira.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 12:10 PM | Show all posts
Revenue tinggi buat apa

Org tgk PROFIT LOSS
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2015 12:20 PM | Show all posts
kaseh80 replied at 27-11-2015 12:10 PM
Revenue tinggi buat apa

Org tgk PROFIT LOSS

profit ok dlm situasi ekonomi dunia yg tidak menentu....
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 12:21 PM | Show all posts
untung gak 150 juta lebih.. ok la bagus.. tingkatkan lg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2015 12:31 PM | Show all posts
Fgv adalah syarikat yang tak pandai mengurus kos. Syarikat peladangan laini masih untung. Tak pernah dalam sejarah felda holding sebelum ditukar fgv mengalami kerugian. Jadi oengurusan baru fgv perlu belajar dengan orang lama felda holding. Untuk pengetahuan semua orang baru felda adalah didatangkan dari pemandu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 02:40 PM | Show all posts
dizek replied at 27-11-2015 11:51 AM
bukti bahawa pendekatan arwah
Tun Razak dan umno dalam mewujudkan felda
sangat tepat

Syukur...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2015 02:44 PM | Show all posts
kaseh80 replied at 27-11-2015 12:31 PM
Fgv adalah syarikat yang tak pandai mengurus kos. Syarikat peladangan laini masih untung. Tak pernah ...


urus kos apa?


felda diperkenal pemandu apa?


di bawah felda, FGV pelbagaikan bidang perniagaan dan tidak bergantung
semata2 kepada perladangan


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2015 10:39 PM | Show all posts
Edited by rashiman at 27-11-2015 10:42 PM
kaseh80 replied at 27-11-2015 12:31 PM
Fgv adalah syarikat yang tak pandai mengurus kos. Syarikat peladangan laini masih untung. Tak pernah ...

Jangan bandingkan FGV dgn syarikat perladangan lain.
Syarikat peladangan lain memiliki sendiri ladang mereka.
FGV majority ladangnya adalah ladang milik FELDA yg tanpa peneroka.
Sebahagian keuntungan kena bayar pajakan tanah ladang kpd Felda utk salah satu dari sumber pdptn FELDA bagi kos mengurus dan kebajikan Peneroka FELDA.
Sungguh pun begitu, FGV masih lagi nenjana keuntungan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.078156 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list