CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1878|Reply: 0

5 Tips Sebelum Potong Rambut

[Copy link]
Post time 27-11-2015 08:49 PM | Show all posts |Read mode
Potong Rambut. Anda memilih untuk memotong rambut sendiri ataupun menggunakan khidmat pendandan rambut?
Untuk mendapatkan hasil potongan rambut yang memuaskan, selain memilih pendandan rambut atau tukang guntingrambut yang berpengalaman ada beberapa perkara yang perlu juga anda ambil kira. Semak!

1.Kenali Bentuk Wajah Anda
Setelah mengenalibentuk wajah anda dengan pasti, barulah anda akan mengetahui potongan rambut yang mana sesuai dengan diri anda.

2. Ketahui Jenis Rambut Anda
Jika anda memiliki jenis rambut yang kasar, beralun dan cenderung keriting, jangan cuba-cuba meminta potongan seperti para selebriti Korea. Jika anda memiliki rambut yang nipis, halus dan lurus, elakkan memilih potongan rambut seperti Beyonce. Mintalah pendapat daripada mereka yang hampir dengan anda untuk memilih jenis potongan rambut yang sesuai dengan anda.

3. Sesuaikan Dengan Gaya Hidup Anda
Cuba sesuaikan gaya potongan rambut yang dipilih dengan gaya hidup anda. Usah memaksa gaya potongan rambut panjang terurai jika anda adalah wanita yang banyak berada di luar rumah.

4. Berfikiran Realistik
Setiapkali anda mencari inspirasi atau rujukan tentang gaya potongan rambut, ketahuilah bahawa rambut selebriti yang ingin anda ikuti itu menggunakan ‘extension’ dan mereka menghabiskan masa berjam-jam di tangan mekap artist ataupun pendandan rambut.Sebaiknya anda mendapatkan nasihat daripada pendandan rambut sebelum anda potong rambut.

5. Siapkan Mental Untuk Gaya Rambut Baru Anda
Kebanyakan wanita memerlukan persiapan mental setiapkali potong rambut. Jika rambut telah terpotong, anda memerlukan masa berbulan-bulan untuk mendapatkan rambut anda ke bentuk asal. Pastikan anda sudah bersiap sedia untuk berhadap dengan komen-komen orang setelah anda memotong rambut.

http://www.wom.my


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.055541 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list