CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3417|Reply: 17

Adakah kakak aku benar2 diganggu jin atau halusinasi nya sahaja?

[Copy link]
Post time 28-11-2015 06:48 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum guys.
Saya budak baru dan tak pandai lagi pasal forum ni. Selama ni jadik SR je.
Ok saya nak tanya kepada sesiapa yg tahu, betul ke org cakap kalau seseorang tu boleh nampak bayangan/hantu/jin maknanya dalam tubuh dia ada jin. Jin yg membuka hijab mata setelah dapat menakluki tubuh badan seseorang itu.


Kakak saya ni dari dia remaja lagi boleh nampak bayangan dan kelibat ni. Dia pernah bernikah diusia muda. Masa dia masih di matrikulasi. Kemudian dia bercerai dan bermula dari itulah dia sering diganggu. Bertahun2 dia menjanda dan susah nak bertemu jodoh. Ada ustat kata, yg family bekas suami kakak saya sihirkan dia. Agar tiada mana2 lelaki yg mahu menikahi kakak.


Sampailah satu masa tu, mak saya bawak kakak bertemu perawat islam (as she claimed la ),
Perawat tu cakap byk sgt benda yg menumpang tubuh kakak. Saka la, jin lelaki yg sukakan kakak la dan byk lagi. Saat yg menyedihkan apabila melihat perawat tu cuba membuang jin jenis ular dari tubuh kakak. Kakak saya meraung2 bergelut dengan ular tu. Yg kejadian ni saya pernah rakam tapi sbb kejadian ni dah bertahun2 berlalu, rakaman videonya dah hilang.


Sekarang, kakak saya dah semakin berubah. Dan byk jugak la kejadian pelik2 yg menimpa kakak. Nnt saya cerita lagi. Dia tak mengaku yg ada jin dalam tubuh dia. Tapi kelakuan dia sgt pelik dan pernah suatu hari mak saya bercakap dengan kakak dalam telefon dan mak dengar suara kakak saya bertukar jadi macam suara bekas suami dia. Entahla. Byk juga misteri yg tak terungkai.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-11-2015 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah suatu ketika, kawan2 kakak call mak saya, katanya kakak saya berkelakuan aneh di kampus. Dan mengeluarkan suara yg bukan2. Sesiapa yg jadi roommate kakak mesti tak tahan dengan dia dan berpindah ke bilik lain.

Kakak saya ni hafal al-Quran. Solat tak tinggal, jadi saya musykil la. Takkan la org yg selalu mengaji Quran jin boleh ganggu?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 07:41 PM | Show all posts
barfi replied at 28-11-2015 06:54 PM
Pernah suatu ketika, kawan2 kakak call mak saya, katanya kakak saya berkelakuan aneh di kampus. Dan  ...
Kakak saya ni hafal al-Quran. Solat tak tinggal, jadi saya musykil la. Takkan la org yg selalu mengaji Quran jin boleh ganggu?
aku ni takde la handal bab2 agama, jauh sekali nak jd perawat jin. tp melalui apa yg seorang alim ulama ni beritahu aku ada kata, jin suka menyakat manusia2 yg bertaqwa pada Allah SWT. lagi kuat iman seseorang, lagi suka jin2 ni menyakat utk menyesatkan dan menyeksa orang2 yg beriman pd Allah.

Wallahu'alam.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 08:05 PM | Show all posts
Kenapa tak ajak pergi hospital jumpa psikiatri?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2015 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
ffbeauties replied at 28-11-2015 08:05 PM
Kenapa tak ajak pergi hospital jumpa psikiatri?

Kakak saya ni bukanlah insane. Cumanya macam ada sesuatu yg mengganggu. Dia pernah belajar dalam bidang kedoktoran selama lebih dari 5tahun . Bila nak dekat exam je, dia akan sakit2 badan. Hmm. Entahla..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 02:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah g darul syifa'?kalau belum, boleh usahakan ke sana...dari symptom2 tu, seperti ada gangguan...kalau saka..agak susah sedikitlah...tp insyaallah boleh diusahakan...dlm duni ni, hanya mati yg tiada ubat...yg lain insyaallah boleh diusahakan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2015 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
barfi replied at 28-11-2015 08:48 PM
Kakak saya ni bukanlah insane. Cumanya macam ada sesuatu yg mengganggu. Dia pernah belajar dalam b ...

Bukan nak ckp dia insane. But worth trying to see psychiatrist. Mana tahu ada mental disorder hasil traumatic experience muda2 dah kawin lps tu bercerai.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya nak kena tahu lah symptom2 dia. Kalau ada yg menjurus kepada symptom melibatkan kesihatan mental, tak salah bawak jumpa psikiatri. Ingat, jumpa psikiatri bukan bermakna gila. mental health ni byk dan ramai. Cuma org tak aware. Tp kalau symptom dia mmg fully misteri bwk jumpa perawat islam je. In shaa allah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-11-2015 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
aerolz replied at 29-11-2015 04:17 PM
Sebenarnya nak kena tahu lah symptom2 dia. Kalau ada yg menjurus kepada symptom melibatkan kesihatan ...

Kakak saya ni takmo jumpa perawat islam. Byk alasannya. Mak dah ajak byk kali, tapi dia takmo. Pernah kawan2 seuniversitinya ajak dia pergi sbb nampak dia lain macam. Sampai separuh jalan je nak sampai ke tempat rawatan islam, dia lari balik.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 08:57 AM | Show all posts
Camtu jemput je perawat datang berubat di rumah. Dalam internet skang ni nampak boleh tahan jugak bisnes buang hantu ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 12:29 PM | Show all posts
org yg ada jin dlm badan memang takkan pegi berubat....bukan dia yg taknak, benda dlm badan dia tu yg taknak...pada aku, memang sah kakak ko ni dah terkena buatan bekas suami dia, dan bukan calang2 org boleh buang benda tu...carila jalan mcamana nak bawa kakak awak tu berubat sebelum terlambat, takut nanti dah teruk takleh buat apa dah...penghujangnya dua je (gila/maut)
wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai kt sini yg bleh bantu dik, ada Hantukiller, ada Evilcooler, Adi,Adiya,Aryan dan ramai lagi tak tersebut namanya... Cubalah ikhtiar ye.. Pastu nanti bleh kongsi pengalamannya kat sini.. Mana yg baik kita ambil, mana yg buruk kita jadikan pengajaran..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2015 12:37 PM | Show all posts
kalau kakak tak mahu pergi, panggilah perawat datang ke rumah.. pun boleh jugak asalkan ikhtiar..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2015 01:12 PM | Show all posts
stuju, cuba jemput ustaz dtg rumah.. tengok2kan. bg air penawar ke.. kite doakan kakak tt sembuh, insyaAllah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 02:21 AM | Show all posts
betul. Bwa jumpa darusyifa or ustaz yg pandai. Sebab klu dah dibuka hijab tu dh dikira serius tu, mungkin terkena sihir. And ya jin suka org yang rajin solat etc. Org2 mcm ni yang dorg suka ganggu. Dan saya setuju juga bawa jumpa pakar psikatri. Bukan nak tuduh gila or apa, but just nak buat kepastian. mungkin ada masalah depression. Tapi beter buat rawatan Islam dulu. korg kena support dia and ikhtiarkan untuk dia buat rawatan. Hope kakak tt cpat sembuh. Amin
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 09:25 AM | Show all posts
KESIANNYA.. HARAP KORANG 1 FAMILY PUN KUAT. JGN BIARKAN DIA SENDIRI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2015 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by barfi at 15-12-2015 10:54 AM
Mizkopi replied at 15-12-2015 02:21 AM
betul. Bwa jumpa darusyifa or ustaz yg pandai. Sebab klu dah dibuka hijab tu dh dikira serius tu, mu ...


Sekarang kakak saya dah bernikah buat kali kedua setelah 10tahun menjanda. Dan dia semakin kuat gangguan. Bila suami baru dia tidur, akan sampai satu ketika dia pukul suamj dia tanpa sebab. Dan pecahkan barang2. Dia cakap, dia nampak byk benda di rumah dia menginap dengan suaminya sekarang. Bila dia tengah makan, dia bagitau suami dia ada benda yg turut serta nak makan juga. Meremang la suami dia. Sebab somi dia tak nampak apa yv kakak saya nampak. Tengah elok2 makan, dikuis2nya tangan konon2nya menghalau benda yg datang. Mak saya ada juga berikhtiar dengan membawanya berubat. Tapi entahlah. Kadang2 dia ok. Dia cakap tak berani nak duduk diruang tamu sbb selalu nampak bayangan. So dia berkurung la dalam bilik je sambil mengaji.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 09:50 PM | Show all posts
barfi replied at 15-12-2015 10:42 AM
Sekarang kakak saya dah bernikah buat kali kedua setelah 10tahun menjanda. Dan dia semakin kuat  ...

Kalau mcm tu, mintak suami dia pergi darusyifa bagitau masalah isteri dia. Nanti diorang akan bagitau apa yg perlu dibuat dan mungkin akan diberi air penawar. Sruh kakak tt minum.. atau mintak suami dia panggil darusyifa ke rumah. Kena ikhtiarkan jugak, kesian tau org yang kena mcm ni, huhu. Hope suami kakak tt akan ikhtiarkn sesuatu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:04 PM GMT+8 , Processed in 0.703449 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list