CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8778|Reply: 127

[Tempatan] Masalah Guru Duka Lara Akan Diatasi – Mahdzir

[Copy link]
Post time 28-11-2015 07:09 PM | Show all posts |Read mode
Masalah Guru Duka Lara Akan Diatasi – Mahdzir
Nov 28, 2015


Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid bercakap kepada media selepas merasmikan Ekspo Buku Malaysia, Persidangan Buku Antarabangsa dan Anugerah Buku Negara 2015 di Dewan Tun Dr Ismail PWTC, Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA

PADANG TERAP – Kementerian Pendidikan sedang menganalisis mekanisme baharu bagi mengatasi masalah lebih 30,000 guru yang berduka lara, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau menggunakan istilah duka lara bagi merujuk kepada guru yang terpaksa berjauhan dengan pasangan masing-masing akibat perbezaan tempat bertugas.

Katanya beliau telah mengarahkan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) untuk mewujudkan jawatankuasa khas bagi mengkaji semula secara holistik sistem sedia ada dan mencari mekanisme baharu bagi mengatasi masalah berjauhan itu.

“Dalam tempoh tiga bulan dari sekarang apabila kajian siap, saya akan buat pengumuman apakah sistem dan formula yang baik. Saya amat bersimpati dengan guru-guru yang terpisah dengan suami atau isteri masing-masing sejak bertahun-tahun lamanya,” katanya kepada pemberita pada majlis menyampaikan bantuan persekolahan di sini hari ini.

Beliau berkata BPSM dan BPSH juga turut diarah untuk mengkategorikan beberapa kriteria dalam mekanisme tersebut iaitu bagi kategori pertama merupakan suami dan isteri yang masing-masing adalah guru, kategori kedua hanya seorang daripada pasangan suami isteri itu merupakan guru dan ketiga tempoh masa pasangan suami isteri itu berjauhan.

“Walaupun sistem ‘traffic light’ yang diguna pakai sekarang adalah baik, namun ia tidak mampu menyelesaikan masalah guru duka lara memandangkan ia lebih berdasarkan kepada kekosongan guru bagi mengajar subjek tertentu di sesebuah sekolah.

“Kita ada dua pilihan, ikut keperluan subjek ada atau kita selesaikan masalah perpisahan suami isteri. Ini yang sedang dirumuskan dan perkara ini sedang dibuat analisa,” katanya.

Sistem traffic light ialah bagi membantu guru memilih negeri untuk mereka bertukar berdasarkan warna iaitu hijau bermaksud terdapat kekosongan manakala merah bermaksud jawatan telah diisi penuh.

Mahdzir berkata kelulusan permohonan pertukaran bergantung kepada tiga perkara utama iaitu keperluan perkhidmatan, kekosongan jawatan dan keperluan opsyen di negeri yang dipohon.

Mengenai sekolah yang dijangka mengalami banjir, beliau berkata sekolah yang berisiko dilanda banjir seperti di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Sabah telah dikenal pasti untuk dipantau bagi tindakan persediaan.

“Saya beranggapan semua Pejabat Pendidikan Daerah sudah bersedia sekiranya berlaku banjir, sama ada sekolah akan dijadikan pusat pemindahan dan lain-lain lagi,” katanya.

Beliau berkata setakat ini hanya sebuah pusat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia iaitu Sekolah Menengah St Paul di Beaufort, Sabah, yang terpaksa dipindahkan ke pusat peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort akibat banjir. – BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2015 07:51 PM | Show all posts
Polis, askar dan jururawat elok saja tak berbunyi kerana faham tugas.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
bukan cikgu saja dok jauh, penjawat awam lain pun ade gak. swasta pun ade, tpi cikgu la bising skit.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
TuntungReturn replied at 28-11-2015 07:58 PM
bukan cikgu saja dok jauh, penjawat awam lain pun ade gak. swasta pun ade, tpi cikgu la bising skit. ...

Alah..dah dia ni menteri pendidikan ckp pasal cikgu ler...

Cikgu bising sbb dorg ramai perempuan... :lol klu de bini xkesian ke bini kena duk sorg2 jauh2..gtu jerla fikir..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Time interview bukan main jawab sanggup dihantar ke mana saja
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana ko tau askar nurse semua tu x bising??dah dia menteri pelajaran,dia citer la psl cg..jgn x tau smpai ada cg yg bercerai sbb 5 thn brjauhan.laki x tahan ada skandal..terus ceraikan bini cg yg saban thn x pernah lulus pertukaran dia..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2015 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu duka lara..
Semoga kajian yg menyeluruh dibuat. Jgn disebabkan nak bagi guru2 duk berdekatan dgn padangan terpaksa compromise opsyen2 n subjek2 yang depa kena ajar plk cth cikgu bm kena mengajar bi.. Atau cikgu sejarah kena ajar sains..  

Cikgu2 sudah sedia maklum segala implikasi tinggal berjauhan ni semua sejak awal mereka apply kerjaya guru.. Betul tak..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
lain kali jgn menipu masa interview...kononnya ye saya sanggup ditugaskan ke mana2 saja even ke bulan bintang sebab semata nk dpt keje ..bila dh dpt bising pulak...org mcm ni xkesian..ckp bohong time interview..tuiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2015 08:15 PM | Show all posts
mommymonster82 replied at 28-11-2015 08:02 PM
Alah..dah dia ni menteri pendidikan ckp pasal cikgu ler...

Cikgu bising sbb dorg ramai pe ...

bagus menteri pelajaran,
prihatin dengan warganya..

menteri askar, menteri nurse hanya tahu jaga periuk nasi depa,
nasib la nurse .askar dapat menteri yang xprihatin..
pas2 depa pula penakut, xberani nak suarakan masalah mereka...
cikgu2 berani menyuarakan pendapat..menteri tau masalah mereka..so ada penyelesaiannya





Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
mak_wa95 replied at 28-11-2015 08:15 PM
bagus menteri pelajaran,
prihatin dengan warganya..


Apa jadi dengan surat dari askar yg ngadu pasal org atasan dorg tu? Kesian dorg...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
mak_wa95 replied at 28-11-2015 08:15 PM
bagus menteri pelajaran,
prihatin dengan warganya..


Dia pernah jadi guru, isteri dia pun guru. Kalau tak faham permasalahan guru2 Malaysia memang minta ketuk kapla lah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Interview- sggup dihantar ke pedalaman? Luar drpada negeri awak?? Sanggup2, sy sanggup..sbb cinta sy pada profesion perguruan,demi anak bangsa sy sggup bkorban.walau jauh dr pasangan?? Sy sanggup.

Dah dipindahkan-teruk punya kpm xpaham kesusahan kami yg berjauhan dr suami (walau profesion lain pun ada yg gini,tp maklumlah..cikgukn pekerjaan paling susah di muka bumi).kerajaan jahat,kpm jahat.org sekeliling jahat xpaham.

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh kalau kementerian nk tlg kang jgn nk demand lelebih..gigih kawen sbb takut dpt posting jejauh. Kena pasang niat nk mengajar..kalau yg perempuanlah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
TPPA replied at 28-11-2015 07:51 PM
Polis, askar dan jururawat elok saja tak berbunyi kerana faham tugas.

Sapa kata? Sama jah merungut cuma kementerian meka tak prihatin, terutamanya badan keselamatan nih.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 08:36 PM | Show all posts
mommymonster82 replied at 28-11-2015 08:18 PM
Apa jadi dengan surat dari askar yg ngadu pasal org atasan dorg tu? Kesian dorg...

askar sekarang skop keje dia apa..
negara aman,
kalau palis, bomba,jpam ..keje bertindan2,
depa aman2 je dok dlm kem.....
3 bulan sekali pi operasi...



Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 08:37 PM | Show all posts
fire_place replied at 28-11-2015 08:24 PM
Interview- sggup dihantar ke pedalaman? Luar drpada negeri awak?? Sanggup2, sy sanggup..sbb cinta sy ...

dh knapa ngn ko?
dtg bulan xsmpat nk ltk pad ke?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2015 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
mak_wa95 replied at 28-11-2015 08:36 PM
askar sekarang skop keje dia apa..
negara aman,
kalau palis, bomba,jpam ..keje bertindan2,

Yg surat tu dorg kata raya pon org atasan xbg cuti..tapi suh gi sambut program raya ngan dorg..sambut tu bukn sambut per dorg pulak kena gotong royong pulak masak mkn kot..xigt sangat dah surat tu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
ni sbnrnya mmg very inspired nak ajar anak bangsa ke atau masa nak mnta jadi cikgu tu sbb desperate xde keje?tu yang melalak ke hulu ke hilir tu...ada je masalah diorg ni..

aku ada je kawan mnta tukar xdapat2..last2 resign xjadi cikgu dah..ha kan sng..xde la mnyusahkan anak murid n pengurusan sekolah..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 08:45 PM | Show all posts
Kawan aku citer msa dia mohon rayuan kt ppd psl pertukaran

Ada cikgu tu ckp sy nie dh lma dudk berjauhan dgn isteri, annivesary pun xdpt smbut sama2

Pegawai ppd tu ckplah kmi faham masalah suami, isteri berjauhan tpi jika yg keluar xada org ganti

Berapa lama awk dah kawen?

Cikgu tu ckp bru setahun

Mengekek ketawa kawan aku, pastu pegawai ppd tu pun gelak gak
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengong betul manusia2 di atas yg kata cikgu melalak bising sebab nak berdekatan suami isteri knon tidak seperti kakitangan awam lain. Hello? Kau ckgu ka? Setakat kwn2 kluarga or jiran2 yg jd ckgu, blum tentu kau phm apa kemahuan ckgu ni sbenarnya. Oh yeh, pekerja lain ble plak trima keja bjauhan lakibini? Heloo??? lagi sekali bongok sgt ka bandingkan keja org lain dgn ckgu? Aku mls nak ulas pnjg lebar skg ni. Nurse askar dorg tau bila masa dorg bleh kuar btugas.. n tau akan balik jg kepangkuan laki bini msg2. Even yg keja offshore dorg tau stp 3/6 bulan akan blik ke pngkuan bini msg2. Ckgu? Ada akak tu 8 tahun kot duk sabah dr start dia bujang smpi ada anak 3 bjauhan laki dan anak2.  Anak2 dia smua membesar di kmpg..mak n laki dia jaga. Bkn dia sja.. mcm2 kes yg klu ko dgr rasa nk nangis ada somi istri cerai berai sbb benda cmni.. ko tau x? Kau xtau kn.. byk kes.. malas aku nk crita
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.109713 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list