CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13101|Reply: 156

[Tempatan] BAUKSIT:Kisah Debu Merah

[Copy link]
Post time 28-11-2015 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Kisah debu merah
ERMA YUSNIDA JUSOH & NORAWAZNI YUSOF22 November 2015

Share on facebookShare on twitterShare on pinterest_shareShare on whatsapp
bauksit
Kawasan perlombongan bauksit yang menjadi kontroversi hingga kini
"PERANG" antara bauksit dan penduduk yang berlaku sejak awal tahun ini semakin serius walaupun ada pihak yang mendakwa telah berusaha membantu mengurangkan masalah berkenaan.

Masing-masing menuding jari menyalahkan pihak lain umpama lagu ‘Bangau Oh Bangau’, dan akhirnya masalah bauksit tidak pernah menampakkan jalan penyelesaian malah penduduk yang tiada kaitan dengan bahan mineral itu turut terkena tempias pencemaran dan penyakit.

Malah masing-masing mempersoalkan siapa yang harus dipersalahkan, namun pada masa sama ada pihak seolah-olah melempar batu sembunyi tangan, sekali gus mengaut keuntungan berganda.

Lebih hebat lagi, dalam usaha kerajaan berusaha menangani isu ini, muncul pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kononnya mahu membantu menyelesaikan masalah namun sehingga kini tidak menampakkan perubahan.

Penduduk terus menerima padah. Ada yang mengadu mengalami masalah kesihatan, tidak kurang juga mendakwa ahli keluarga meninggal dunia akibat masalah pernafasan.

Wartawan Sinar Harian menyingkap permasalahan ini walaupun ada pihak yang enggan memberikan kerjasama.

KISAH SEBELUM BAUKSIT

Sumber ekonomi penduduk Felda Bukit Goh ialah kelapa sawit.  Penerokaan tanah berkenaan bermula sejak tahun 1966 selama setahun pada peringkat pertama dan seterusnya sehingga peringkat keempat pada 1973.

Kesemua penduduk memulakan penanaman pada Jun 1968 dengan ladang seluas 1,215.78 hektar.

Sejak itu, peneroka yang kebanyakannya berasal dari Kedah dan Kelantan meneruskan penanaman dan ada yang mampu meraih pendapatan antara RM800 hingga RM1,500 sebulan.

Selain itu terdapat juga dusun buah-buahan di kawasan ini.

Perkembangan ekonomi dan penerimaan penduduk di kawasan Felda menjadikannya seluas 183.10 hektar dengan jumlah peneroka adalah seramai 671 keluarga dan Kampung Bukit Goh ditempatkan di Dun Sungai Lembing dan kawasan Parlimen Paya Besar.

Bukit Goh terletak lebih kurang 20 kilometer dari bandar Kuantan dan 25 kilometer dari bandar Sungai Lembing diletakkan di bawah pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan, di samping Pengurusan Felda yang menyelia setiap pembangunan di sekitarnya.


Perjanjian hak milik peneroka

Peneroka perlu menandatangani satu perjanjian yang dipersetujui bersama dengan Felda berkaitan syarat dan peraturan ditetapkan bagi memudahkan tugasan dilaksanakan Felda.

Surat berkenaan juga menjadi rujukan jika berlaku ketidakpuasan hati antara peneroka dan pengurusan Felda. Terdapat empat jenis surat perjanjian yang perlu ditandatangani oleh peneroka iaitu:
Surat Perjanjian Mula Masuk ke Rancangan
Surat Perjanjian Berkuat kuasa Selepas Hak Milik
Surat Perjanjian Tanam Semula
Surat Perjanjian Pindaan

Bagaimanapun, ada sumber berkata, 40 tahun lalu kebanyakan peneroka Felda Bukit Goh mengambil keputusan meninggalkan tanah rancangan itu kerana sukar meneruskan kehidupan.

Usaha Felda dan peneroka membolehkan 671 peneroka yang masih bertahan hari ini hidup dengan selesa selepas mengerjakan kebun sawit masing-masing dan keadaan benar-benar berubah bermula tahun 2007.

Sebelum itu, kekurangan infrastruktur turut menjadi kekangan dan jalan raya bertanah merah berisiko untuk dilalui ketika waktu hujan.

Pada tahun 1970, ketika banjir melanda, penduduk terpaksa berakit sejauh lapan kilometer untuk  membeli barang keperluan di kampung bersebelahan.

Pembangunan demi pembangunan di Bukit Goh membuka mata semua pihak terutama dengan pembinaan medan selera bernilai RM290,000 di bawah Pertubuhan Peneroka dan kedai serba guna bernilai RM500,000 di bawah Koperasi Serbaguna Felda Bukit Goh.

Lebih membanggakan, lebih 10,000 penduduk di kawasan itu kini boleh beribadah degan selesa selepas pembinaan sebuah masjid bernilai RM3.8 juta di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan dan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip).

Sehingga  kini, penduduk Felda berkenaan sudah menikmati kemudahan internet sesuai pembangunan dengan penubuhan Pusat Internet Desa (PID), sekali gus memberi pendedahan dunia teknologi maklumat (IT) kepada generasi kedua Felda.

KISAH BAUKSIT BERMULA

Felda Bukit Goh kini makin dikenali selepas penemuan bahan mineral bauksit yang dikatakan menjadi antara bahan penting untuk membuat badan kapal terbang.

Ada pihak mendakwa, hampir keseluruhan ladang peneroka Felda Bukit Goh dipenuhi bahan ini malah ramai dikatakan sudah menjadi jutawan segera walaupun ramai juga yang ‘tertipu’.

Penduduk di Taman PSJ serta Sungai Karang juga antara yang menghadapi penderitaan selepas beberapa kawasan di situ dikesan mempunyai bauksit.

Bagaimanapun, Sinar Harian sukar mendapat kerjasama penduduk kerana masing-masing mempunyai pendirian ‘bercakap di sebalik tabir’ atas alasan mahu menjaga keselamatan.

'Kami sudah cukup sengsara akibat bauksit'

KELUH-KESAH masyarakat akibat pencemaran daripada perlombongan bauksit semakin menular di daerah Kuantan.

Penduduk yang tinggal di sekitar Bukit Goh, Gebeng, Berserah, Taman Datuk Rashid, Kampung Padang Darat dan Pelabuhan Kuantan serta beberapa lagi kawasan mulai marah apabila debu merah meliputi jalan raya, sekali gus menyebabkan kesihatan terjejas.

Kerajaan negeri didakwa seolah-olah tidak mempedulikan kepentingan rakyat. Ini disuarakan sendiri penduduk setempat yang terjejas dan terkesan akibat pencemaran alam itu.

Penduduk Nawi Mat, 58, berkata, warga Kuantan sudah cukup sengsara dengan kesan perlombongan bahan mineral itu yang semakin berleluasa.

Katanya, sejak aktiviti ini bermula, kebanyakan harta benda awam seperti jalan raya semakin teruk dan membahayakan pengguna.

“Jalan raya rosak dan kotor, sungai tercemar, lori-lori bauksit dipandu dengan 'ganas' kerana hendak mengejar perjalanan, sekali gus membahayakan pengguna jalan raya lain,” katanya.

Bagi Lee Pit Ngan, 68, penduduk di taman ini  benar-benar terhimpit dengan masalah pencemaran, debu, dan ancaman keselamatan akibat lori-lori pengangkut bauksit menjadikan kawasan ini sebagai tempat meletak kenderaan mereka.

Menurutnya, sejak wujudnya masalah ini, aktiviti luar penduduk perumahan terbatas kerana habuk berterbangan terutama pada waktu tengah hari hingga lewat petang.

“Kehidupan kami sangat susah. Memang kami ada beberapa kali jumpa dengan pihak pengusaha, tapi langsung tak membantu apa-apa, kami di sini semakin teruk.

“Saya harap pihak bertanggungjawab tampil selesaikan masalah ini,” katanya.

Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-11-2015 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Peniaga makanan terjejas akibat debu
Wartawan Sinar Harian22 November 2015


Peniaga makanan terjejas akibat debu
Abdul Razak termenung di restoran miliknya di Bukit Goh yang sunyi daripada kunjungan pelanggan
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
bidang kuasa sapa?
jbtn alam sekitar?
jpj?
spad?
pbt?
felda?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 08:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Setkat komplen bunyi bertih tp action takdak baik ummah kontan dok diam diam sana.semua harap ngo...bila ngo diam ngo disalahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 08:23 PM | Show all posts
TuntungReturn replied at 28-11-2015 08:09 PM
bidang kuasa sapa?
jbtn alam sekitar?
jpj?

Bidang kuasa sultan


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2015 08:36 PM | Show all posts
Pekerja Sinar Harian semua hidup susah,  kena tipu & suka menipu   lagi mau kata orang lain tertipu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian tgk org2 kuantan kat fb GERAM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-11-2015 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
mokcikKSKB replied at 28-11-2015 12:19 PM
Setkat komplen bunyi bertih tp action takdak baik ummah kontan dok diam diam sana.semua harap ngo... ...

Haritu ada keluaq kata depa siap pi bakaq lori bauksit bagai.nak lawan pun faham2 la tara mana la nak boleh lawan gergasi besaq
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 08:47 PM | Show all posts
Orang Kuantan tak boleh komen banyak. Berdosa. Bayangan Tuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
budaktua replied at 28-11-2015 08:14 PM

  lucunya
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 08:59 PM | Show all posts
kamis mlm jumaat mas aotw ke kuantan hujan renyai2
bila smpai kat hotel tgk kereta mmg dah bercapuk merah
tgk kereta2 lain pon byk mcm nih
tlgla kerajaan pahang prihatin skit keadaaan rakyat
jgn nk tunggu pilihanraya baru amik tindakan
inilah apa terjadi bila org berkuasa sibuk nk jaga periuk nasi sndri
semoga beroleh balasan setimpal
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
klu kat lpt n lpt2 blh tau keta yg lalu kuantan.hbs keta disaluti debu merah.kita yg lalu sekejap pon blh sesak nafas ni pulok org kuantan.nk buat mcmana tumpang simpati je la dh projek vvip
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 09:11 PM | Show all posts
simpati dgn warga kuantan ... bkn dorang x tau siapa yg bsalah tp ....
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 09:50 PM | Show all posts
freebird replied at 28-11-2015 08:47 PM
Orang Kuantan tak boleh komen banyak. Berdosa. Bayangan Tuhan.

nanti bygan tuhan murka
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 09:54 PM | Show all posts

heheh....nak tunggu sultan? Aras Kuasa tu anakandanya yang punya. Company yang terlibat secara langsung dgn boksit nih.

sebab tu dari awal sampai skang isu ni tak selesai2 lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2015 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
GhostWalking replied at 28-11-2015 08:39 PM
Haritu ada keluaq kata depa siap pi bakaq lori bauksit bagai.nak lawan pun faham2 la tara mana la  ...

Yg nih pun ada kaitan dgn warkah sofro' gak ker antubejalan??
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 10:23 PM | Show all posts
spt biasa mesti ada someone big di blkg company yg lombong bauksit ni.

kalo x kejap je da tutup company tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
mokcikKSKB replied at 28-11-2015 08:19 PM
Setkat komplen bunyi bertih tp action takdak baik ummah kontan dok diam diam sana.semua harap ngo... ...

Mokcik...tahu x..yb fuziah dan yb fauzi dh bwk kes ni ke parlimen.org2 ktn dh sain petisyen.tp ditolak bodo2 oleh parlimen alasan boksit selamat.sdgkan dh ad bukti bokshit ni bahaya kpd manusia dan tahap pencemaran sgt2 teruk di kwsn terbabit.x msuk lg ble lori bokshit berlumba kejar trip.bpe byk nyawa dipertaruhkan.
Bkn kami org kotang x bersuara.klo mokcik msuk fb GERAM tu..bpe byk info dlm tu..jgn tuduh org ktn..ngo x main peranan..tgk la spe tuan pya bokshit ni..kepalanya spe...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Ntah2 yg xnk komen byk tu org yg pajak tanah utk.bokshit ni.sbb tu xnk komen..duit msuk byk maaaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.118709 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list