CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8350|Reply: 126

[Tempatan] Warga Johor complain karipap P Pinang mahal.

[Copy link]
Post time 28-11-2015 10:44 PM | Show all posts |Read mode




GEORGETOWN - Cekik darah! Itulah reaksi beberapa pengunjung luar yang melahirkan rasa tidak puas hati apabila mendapati kebanyakan kuih-muih dijual dengan harga tidak berpatutan.

Pelancong dari Johor, Nor Aishah Abdul Rahman, 22, berkata, dia terkejut kerana harga kuih yang dibelinya berharga antara 70 sen hingga RM1 seketul.

"Jika di Lembah Kelang pun harganya dalam 40 sen seketul.

"Saya ada tanya kenapa harga kuih sangat mahal. Ada yang menjawab ia perkara biasa di kawasan pelancongan negeri ini.

"Sedangkan kuih yang dijual kecil saja. Tak sesuai dengan harganya," katanya.

Tinjauan Sinar Harian ke beberapa gerai kuih-muih yang terletak di lokasi pelancongan utama mendapati rata-rata peniaga kuih sememangnya meletakkan harga 80 sen bagi setiap ketul karipap seperti harga biasa.

Ketika ditanya kenapa harganya begitu mahal, seorang peniaga di situ menyatakan ia berikutan karipap berkenaan berintikan ayam.

Sementara seorang lagi peniaga yang menjalankan perniagaan karipap dan cekodok pisang pula menjual sebiji karipapnya dengan harga 60 sen seketul.

Peniaga itu mengatakan dia sengaja meletakkan harga sedikit murah daripada pesaingnya yang menjual karipap seketul 80 sen.

Pelancong dari Negeri Sembilan, Rahman Ahamed berkata, dia terkejut dengan harga kuih yang tidak masuk akal di kawasan tumpuan pelancongan di Pulau Pinang.

“Bagi saya, harga yang dijual ini begitu mahal dan tidak padan dengan kualitinya. Jika ia besar dan intinya penuh tak apa juga. Tapi inti kosong.

"Jadi saya rasa tak ada logiknya mereka meletakkan harga 60 sen hingga 80 sen seketul. Saya lihat pelancong asing pun tak beli," katanya.

Kebiasaannya aneka kuih muih di sekitar negeri ini dijual dengan harga RM1 bagi tiga ketul kuih.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/...darah-1.456524



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-11-2015 10:45 PM | Show all posts
Tapi betul ke masih boleh beli kuih 40sen di kl?

Mana peyno? Tidur ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 10:47 PM | Show all posts
ko nak free ,ko masaklah sendiri

kalau xde duit ,jgnlah bising

kenapa bodoh sgt
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
40sen sebiji yg aku slalu beli isi ya ampun sikit kekdg tu ade jgak ibarat karipap ksong..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
HannahMontana replied at 28-11-2015 10:47 PM
ko nak free ,ko masaklah sendiri

kalau xde duit ,jgnlah bising

Masak pun pakai modal dekkkk.... Nampaknya kita kena cadangkan minah tu hidup di alam kayangan untuk merealisasikan impiannya untuk membeli karipap 20 sen sebijik, dekkkk.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 10:51 PM | Show all posts
kat mana yg juai harga mcm tu
rasanya murah2 jer kuih muih sini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2015 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Masak sendiri lagi sedap lagi puas hati.

nak buat inti apa pun boleh..letak durian pun sedap
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 10:51 PM | Show all posts
HannahMontana replied at 28-11-2015 10:47 PM
ko nak free ,ko masaklah sendiri

kalau xde duit ,jgnlah bising

tak nak karipap mahal , berambus dari malaysia.. duduk hutan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2015 10:52 PM | Show all posts
perang_candu replied at 28-11-2015 10:51 PM
tak nak karipap mahal , berambus dari malaysia.. duduk hutan..



xde duit nak beli  sila makan biawak
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Beli 40 sen tu karipap oksigen jer m cik... isi tarak..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
jawa johor tak rasa terhina ke??

bukan johor kos paling mahal sebab dkt spore bak kata caprutnya ke
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 10:54 PM | Show all posts
pooh~key replied at 28-11-2015 10:51 PM
Masak pun pakai modal dekkkk.... Nampaknya kita kena cadangkan minah tu hidup di alam kayangan unt ...

modal dlm rumah xkan menghasilkan karipap mahal  ...

usaha sikit ,tahu masak , ....

uli2 , gentel2...usap2 manja terus campak dlm kuali

soalnya kalau sudah pandai  mengkritik elok sgt melahap biawak....
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
HannahMontana replied at 28-11-2015 10:54 PM
modal dlm rumah xkan menghasilkan karipap mahal  ...

usaha sikit ,tahu masak , ....

Betul tu sis. Akak setuju sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 11:10 PM | Show all posts
knp xbawa bekal je dari johor..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
mak_wa95 replied at 28-11-2015 11:10 PM
knp xbawa bekal je dari johor..

1st timw keluar  johor kot

dan twrkena kejutan budaya la tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Cr la kat sub urban sure murah banget.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2015 11:18 PM | Show all posts
karipap seketul 1 hengget tu dlm inti ada ayam/daging seketul makan dgn jeruk bawang
kami kat sini dah boleh terima dgn harga tu
kalu 40sen mana ada daging harap kentang jeh
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 11:19 PM | Show all posts
Baru 1st time melancong ka macik ni ...tempat pelancong memg mahal..p la ceruk2 kampung hulu xdak nya mahal...

dh mampu melancong xkan beli mkn nak komplen..mkn ja lah karipap kt jb bila balik nanti..kalau macik ni hidup di png agak2 boleh survive x..baru bab kuih seketul...

apa punya tinjauan pun aku x tau..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Karipap besaq sebelah uitm rm1.versi lebih kecik boleh dpt 4 kupang
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 11:27 PM | Show all posts
nk makan karipap murah gi la melancong ke kedah ke perak ke..xyah lah gi pineng
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.068011 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list