CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4194|Reply: 32

[Tempatan] 75 peratus dari berbilion duit syiling, pengguna tidak simpan di bank

[Copy link]
Post time 29-11-2015 07:50 PM | Show all posts |Read mode
Bank Rakyat Malaysia Bhd akan memberikan tambahan 2% daripada jumlah duit syiling yang disimpan dalam akaun bank berkenaan mulai esok.

Pengerusi Bank Rakyat Jenneral (B) Tan Sri Abdul Aziz Zainal berkata inisiatif itu adalah bagi membantu Bank Negara mengutip semula duit syiling yang ada di tangan rakyat tetapi tidak digunakan yang dianggarkan berbilion jumlahnya.

Beliau berkata ia juga secara tidak langsung menggalakkan orang ramai membuka akaun bank berkenaan dan meningkatkan kesedaran menabung khususnya dalam kalangan generasi muda.

"Bank Rakyat dimaklumkan berbilion duit syiling dipegang rakyat Malaysia. Kira-kira 1 bilion duit syiling dikeluarkan Bank Negara setiap tahun tetapi hanya 25% sahaja dipulangkan semula.

"Jadi kalau boleh kita menyeru mereka yang mempunyai simpanan duit syiling di tangan supaya menyimpannya di Bank Rakyat kerana ia akan dipulangkan kepada Bank Negara," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Tajaan Bank Rakyat kepada Zoo Melaka & Night Safari di Melaka, hari ini.

Penyerahan tajaan berjumlah RM75,000 disampaikan isteri Abdul Aziz, Puan Sri Rositah Md Mawi kepada Ketua Pegawai Eksekutif KAJ Group of Hospitality Seow Cheng Swee.

Tajaan itu melibatkan kos membaik pulih taman permainan kanak-kanak sedia ada, menaja makanan lebih 200 burung daripada lebih 51 spesis, membaik pulih 2 pondok menunggu, pembinaan Sudut Foto Nuri, penggantian papan penunjuk arah baharu di laluan masuk utama Zoo Melaka & Night Safari.

Mengulas lanjut, Aziz berkata pembuatan duit syiling melibatkan perbelanjaan yang besar dan tindakan menyimpan duit syiling menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan pada kuantiti yang banyak setiap tahun.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata sebuah Muzium Kelab Nuri akan diwujudkan di Menara Kembar Bank Rakyat di Kuala Lumpur dalam masa terdekat.

Katanya muzium berkenaan akan membantu meningkatkan sistem penyampaian bank itu selain menjadi tarikan terutama kepada kanak-kanak untuk menabung atau membuka akaun Bank Rakyat.

Sementara itu, beliau berkata bekas finalis Ceria Popstar 3 Fikry Kiki dilantik sebagai Duta Kelab Nuri dalam usaha mempromosi tabung simpanan khas itu serta menarik lebih ramai kanak-kanak menjadi ahli kelab yang kini mempunyai keahlian lebih 100,000 orang. – Bernama, 29 November, 2015.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2015 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Hehehehe! Sayang lah nak masukkan dalam bank.... Dah beribu rasanya hihiii!
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 08:35 PM | Show all posts
siling dalam tabung hujung bulan tukar dgn pekedai yg memerlukan
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 08:50 PM | Show all posts
Lecehlah nak angkut duit syiling ke bank. Kena pakai troli sebab terlampau berat..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 08:56 PM | Show all posts
100% pun x pe. nilai logam duit lama lebih tinggi drpd duit baru (token kedai game).
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 08:58 PM | Show all posts
Tak sempat ke bank. Makcik cafe dah booking.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2015 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
nk tukar syiling pi tabung haji.pi booking siap2. tabung haji pun bnyk syiling budak2 dok simpan dlm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 10:21 PM | Show all posts
caittt!!! suruh simpan syiling konon...aku pi bawak berbondong duit syiling pi bank rakyat neh nak masukkan dlm acc anak aku...hampehhhh mesin kira duit syiling rosak katanyer...aku tanya bila agaknyer siap baiki?? teller tuh buat muka blur...penat tau ka mengusung duit syiling yg berat tuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2015 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols br je tukar collection syiling kt kedai mkn..sbb nk pindah xmau usung syiling berat2 tu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok
Akan dimasukkn

Menarik nij
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Tukar kat kedai mamak. Dorang suka
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 11:48 PM | Show all posts
xleh lwn 2.6 b najib
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru aje simpan coin kat bank
Sebab piggy bank dah penuh.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Aritu bawak duit syiling sebemban masuk bank,jd pg hanto kat tempat kira tu mmg kena cas eh?? Ngtkn xda cas.haha..dulu ingat lg sekolah ada main kumpul duit syiling satu sen.lpstu cikgu tukar kat bank.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 01:10 AM | Show all posts
well i ada satu cadangan

kat UK - semua charity  house atau yg representing certain foundation macam

parkinson' s research ke
alzheimer ke
etc etc  

depa  sediakan charity box di setiap kaunter yg menjadi tumpuan ramai  untuk kutip derma dalam bentuk schillings ke  ape ape ke

so, siapa yg suka charity bagi duit duit ni boleh buat lagu tu...

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Ntah pape sistem kat bank..
Sesetengah bank cam CIMB ada mesin auto duit syiling, tu pun tgk ada waktu.
Bukan sepanjang masa boleh masukkan duit syiling dlm mesin tu.

Kalau maybank lak, dah bawa tabung yang berat dgn duit syiling, suh tinggalkan kat ctu.. Petang dtg balik. Menyusahkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2015 08:34 AM | Show all posts
ada gak la syiling2 ni tapi x banyak sebab bila dh banyak je, aku start operasi abiskan duit syiling.. amik segenggam, letak dlm beg, time nk bayar apa2 mmg guna duit syiling.. at least kurang la sikit2 duit syiling tu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 09:55 AM | Show all posts
maksudnya simpan tuh camne.

ke kalau tukar duit kertas pun dapat 2%?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 10:35 AM | Show all posts
bank rakyat aje ke?

bank lain?

tabung haji?


selalu deposit syiling kat tabung haji jer
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 10:40 AM | Show all posts
aku baru tpikir psal siling2 bersepah kt umah..klu dkumpul byk jugak tu. pebi mebengla..malas nk usung tabung botoi susu tu dh penuh..kt opis ni pon ada jugak..atas lemari bawah katil..blablabla..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.406114 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list