CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2978|Reply: 1

[2015] The Good Dinosaur

 Close [Copy link]
Post time 30-11-2015 04:15 PM | Show all posts |Read mode
FILEM-filem yang dihasilkan oleh Walt Disney Pictures (Disney) dan Pixar Animation Studios (Pixar) sejak dari dulu sememangnya tidak pernah mengecewakan.
Terbaharu, dua syarikat gergasi ini bergabung dalam menghasilkan sebuah filem animasi terbaharu The Good Dinosaur.


Diarahkan oleh Peter Sohn, filem ini menggunakan suara pelakon seperti Lucas Neff, John Lithgow, Neil Patrick Harris, Judy Greer, Bill Hader dan ramai lagi.
Ia membawa kita mengenai kisah seekor anak dinosaur jenis Apotosaurus bernama Arlo yang sejak lahir mempunyai sikap penakut.
Ayah Arlo cuba mengajarnya menjadi dinosaur yang berani, namun satu tragedi berlaku sehingga mengorbankan ayahnya.


Suatu hari, Arlo telah terjatuh ke dalam sungai yang membuatkan dia hanyut jauh dari tempat tinggalnya.
Tekad untuk kembali ke tempat asalnya, Arlo terjumpa dengan Spot yang banyak membantunya mencari jalan pulang.
Pada pandangan penulis, filem ini menampilkan jalan cerita yang santai, namun sarat dengan mesej dan nilai murni untuk dicontohi.




Antara yang ketara adalah nilai persahabatan di mana Spot yang sebenarnya terhutang nyawa dengan Arlo sedaya upaya membantunya kembali ke rumah.
Dalam masa yang sama, Arlo dari seekor dinosaur yang penakut, akhirnya menjadi berani dan sanggup berjuang untuk sesuatu yang penting dalam hidupnya.
Bukan itu sahaja, filem ini juga memaparkan betapa penting semangat berjuang dan jangan sesekali mengenal erti putus asa.


Mesej-mesej positif yang diselitkan oleh pengarah filem ini secara tidak langsung membuatkan filem ini sesuai untuk ditonton oleh seisi keluarga.
Tidak hanya tampil dengan filem yang menarik dari segi jalan ceritanya, Peter Sohn juga tidak lupa untuk menyelitkan unsur komedi yang secara tidak langsung menjadi penghibur.
Malah ada ketikanya, komedi itu disampaikan hanya dalam bentuk pergerakan tubuh yang sudah cukup membuatkan penonton terhibur.

Sinematografi kelas A!

Seperti yang penulis katakan tadi, sekiranya ia adalah sebuah filem dari Disney dan Pixar, maka anda pasti akan kagum dengan sinematografinya.
Apatah lagi apabila ditonton dalam format 3-D, ia membuatkan seolah-olah kita berada sama di dalam filem tersebut.


Dengan permainan warna dan beberapa syot pemandangan di lereng bukit, kawasan sungai, sudah cukup menimbulkan rasa kagum dengan teknologi dan hasil kerja mereka.
Lebih-lebih lagi apabila ditonton oleh kanak-kanak, mereka pasti terhibur dengan permainan warna yang diselitkan di dalam filem ini.


Bagi anda yang ingin mengetahui perjalanan Arlo dan Spot serta siapakah Spot yang sebenarnya, jangan lupa menyaksikan filem The Good Dinosaur di pawagam.


The Good Dinosaur


PENGARAH : Peter Sohn
PELAKON : Lucas Neff, John Lithgow, Neil Patrick Harris, Judy Greer & Bill Hader.
GENRE : Animasi
DURASI : 1jam 41minit
KLASIFIKASI : P13
TAYANGAN : 26 Nov 2015
KESELURUHAN : * * * * JOM TONTON!


-sinar harian

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2015 03:29 AM | Show all posts
thread close.......thread dah ada

http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.059302 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list