CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2521|Reply: 3

ROSSA tak kisah penyanyi baru tumpang populariti

[Copy link]
Post time 30-11-2015 04:24 PM | Show all posts |Read mode

DIVA popular Indonesia Datuk Rossa tergelak besar apabila diminta komen mengenai ada penyanyi baru yang cuba meniru identitinya.  Baginya, hal itu bukanlah masalah besar.

Perkara tersebut timbul apabila ketika ini heboh di Jakarta mengenai seorang penyanyi baru Malaysia iaitu Shiha Zikir mendapat perhatian peminat sana setelah menyertai program pertandingan menyanyi, D’Academy Asia.

Shiha dikatakan cuba menumpang populariti Rossa dengan meniru penampilan pelantun lagu Ayat-ayat Cinta itu .

Percaturannya itu dilihat berjaya kerana ramai peminat di sana mulai memandang padanya yang dikatakan seiras Rossa sehingga beliau berada dalam carta teratas pertandingan.

“Saya ada baca beberapa komen peminat di laman sosial mengenai Shiha yang dikatakan mirip saya. Saya sendiri mengenali Shiha dan tahu beliau turut bertanding dalam program tersebut.

“Sebenarnya saya tak kisah kalau ada penyanyi baru yang cuba ‘menjadi’ seperti saya kerana saya sendiri pada peringkat awal dulu sangat bercita-cita mahu menjadi seperti Ruth Sahanaya.


Rossa sentiasa beri sokongan pada penyanyi baru.

“Biarlah, tidak menjadi hal yang besar pun. Lama-lama nanti penyanyi baru itu akan temui identiti sendiri. Penyanyi senior harus beri sokongan dan tidak wajarlah bersikap sombong. Sebab saya dulupun pernah berada dalam kelompok penyanyi baru.

“Sudah hampir 20 tahun menyanyi saya bersyukur usaha dan penat lelah sejak dahulu berhasil sehingga berada pada tahap yang dimiliki sekarang,” jelas Rossa kepada Mangga Online sewaktu ditemui di Johor Bahru, baru-baru ini.

Selain berhasil bergelar penghibur wanita No.1 Indonesia serta merupakan usahawan dalam perniagaan karaoke miliknya iaitu Diva Family Karaoke yang kini mempunyai 45 cawangan seluruh Indonesia di samping perniagaan pakaian atas jenama RossA, beliau turut berhasil mendidik dua penyanyi baru.

Rossa sudah dua kali bergelar juara dalam program pertandingan nyanyian XFactor Indonesia menerusi anak didiknya, Fatin Shidqia Lubis pada tahun lepas serta kumpulan duo JP pada tahun ini.


-mangga online


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2015 05:48 PM | Show all posts
Shiha Zikir penyanyi baru? dia ni memang dah lama menyanyi ngan berlakon la. cuma tak popular
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 02:47 PM | Show all posts
cuba nasib kt indon pulak... goodluck shiha..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2015 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Good luck shiha! Popular jugak shiha ni kat indon.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.085390 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list