CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5278|Reply: 16

3 Wanita Legenda Malaysia yang Kian Dilupakan

[Copy link]
Post time 30-11-2015 05:27 PM | Show all posts |Read mode

Terdapat ramai wanita-wanita dalam sejarah dan legenda Malaysia yang wajar dijadikan contoh. Sikap keperibadian yang luhur dan bersopan, menggambarkan adat ketimuran yang kian menipis dalam masyarakat dan budaya, sedangkan wanita-wanita tersebut telah membuktikan kesusilaan dan kewajaan boleh dilakukan tanpa perlu merendahkan salah satu.

1. Cik Siti Wan Kembang

Pemerintah wanita tanpa beraja ini merupakan antara wanita yangg sering disanjung dalam kisah-kisah Tanah Maelayu dahulu kala. Kebanggaan negeri Kelantan, sehingga antara nama timangan negeri tersebut adalah sebagai negeri Cik Siti Wan Kembang.Pada lambang bendera Kelantan terdapat dua ekor kijang, haiwan yang dikatakan peliharaan kegemaran Cik Siti Wan Kembang.

Tidak berkahwin, beliau mempunyai seorang anak angkat, Puteri Saadong. CIk Siti Wan Kembang adalah keturunan diraja dan memiliki keturunan Champa-Kelantan-Patan. Mengikut kata Ibnu Battuta, seorang saudagar pengembara, Cik Siti Wan Kembang mempunyai iras wajah yang berseri serta mahir bertutur dalam bahasa Turki.

Antara kemahiran Cik Siti Wan Kembang adalah berjuang. Beliau pernah berjuang dengan menaiki kuda dan menggunakan pedang, mengetuai sekumpulan askar berkuda wanita.

2. Mahsuri

Tiada siapa yang tidak mengetahui legenda Mahsuri, antara penarik utama untuk melawat Langkawi. Mahsuri hanyalah seorang gadis kampung biasa, bukan puteri raja mahupun orang kayangan, namun beliau dianugerahkan kecantikan yang hebat hingga mampu menimbulkan perasaan tidak senang hati wanita lain hingga menimbulkan fitnah.

Sewaktu suaminya pergi menunaikan tanggungjawab menjaga kawasan lain – pada masa itu abang suami Mahsuri, penghulu kampung, bertanggungjawab melindungi satu Langkawi – Mahora, kakak iparnya, tidak berpuas hati akan layanan serta kehormatan tinggi yang diterima Mahsuri yang dirasakan melebihi dirinya sedangkan dia isteri Penghulu sebenar. Lalu difitnahnya Mahsuri bermain kayu tiga sewaktu suaminya tiada.

Kisahnya menjadi satu legenda apabila Mahsuri ditikam lalu mengalirkan darah berwarna putih, yang dianggap sebagai bukti betapa sucinya orang yang difitnah. Mahsuri juga bersumpah, dengan nafas-nafas terakhirnya, bahawa jika beliau berkata benar, bahawa beliau tidak bersalah, maka Langkawi akan menjadi padang jarak padang tekukur.

Tidak lama kemudian, serangan orang Siam mencetuskan pula lagi satu legenda, iaitu legenda Beras Terbakar, yang dikatakan permulaan sumpahan Mahsuri. Sejak kejadian tersebut, benarlah terjadi seperti apa yang disumpahnya, hinggalah generasi ketujuh ditemui. Generasi ketujuh Mahsuri dikatakan hampir seiras dengannya dan telahpun berkahwin.

3. Tun Fatimah

Melaka Bandaraya Bersejarah asal srikandi wanita Melayu ini. Pasti anda sudah biasa dengan kisah Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuah. Kini dengarilah kisah Tun Fatimah legenda yang bersangkutan antara Melaka dan Johor. Kisahnya bermula sedetik sebelum penjajahan yang menyebabkan Sultan Mahmud, Sultan Melaka pada masa itu, mengundur ke Johor sewaktu dijajah Portugis.

Terkenal sebagai srikandi wanita tersohor, Tun Fatimah amat handal dalam seni persilatan serta menggunakan senjata seperti keris dan lembing.

Merupakan anak Bendahara Seri Nara Diraja Tun Ali,beliau dikahwinkan dengan seorang lelaki bernama Tun Hassan. Sultan Mahmuad Shah menghadiri majlis perkahwinannya lalu terpukau dengan kecantikannya dan timbullah kemurkaannya kerana Tun Fatimah tidak ditawarkan kepadanya.

Kancah politik yang kotor telah mengaburi mata sultan melaka itu, ditambah pula dengan dendamnya kerana tidak mendapati Tun Fatimah, menyebabkan terfitnahnya keluarga Bendahara Seri Nara Diraja Tun Ali. Seluruh keluarga kecuali dirinya dibunuh.

Apabila menyedari kekejaman dan kesalahan yang dibuatnya, Sultan Mahmud mengutuskan pinangan ke atas Tun Fatimah sebagai isterinya. Mengingatkan pesanan ayahnya bahawa sebagai rakyat, mereka haruslah taat setia kepada negara dan sultan, dengan berat hati Tun Fatimah menerima. Sultan Mahmud begitu mencintanya sehingga memberinya gelaran Paduka Seri Permaisuri Melaka.

Biarpun pada awalnya Tun Fatimah tidak rela bersama sultan, akhirnya kelembutan, keinsafan dan kasih sayang sultan berjaya menambat hatinya. Setelah beliau berjaya menangkap serta menghukum orang-orang yang memfitnah keluarganya, Tun Fatimah bahagia bersama suami tercinta sehingga melahirkan tiga putera dan satu puteri.
Begitu kuatnya pengaruh Tun Fatimah sehingga ditubuhkan satu sekolah berasrama penuh atas namanya dengan harapan agar dapat mendidik anak-anak gadis setabah dan sekuat Tun Fatimah.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2015 08:34 PM | Show all posts
Tun Teja tak termasuk?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 08:23 AM | Show all posts
teringat masa mula2 Aisyah (keturunan ke 7 mahsuari) dtg ke langkawi, sambutan meriah sgt..

masa dia tgk teater lakonan semula mahsuri ditikam, dia ckp "wlaupun sy tidak memahami tutur kata lakonan itu, tapi saya dapat merasakan kesedihan yang dialami oleh nenek moyang sy.." lebih kurang gitu la ayatnya.

Dia berjumpa dgn keturunan ke 7 mahora, beza umur agak jauh.
ibarat nenek dgn cucu..

ni seigt aku masa aisyah dtg ke langkawi laa.. aku budak2 lagi masa tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 09:57 AM | Show all posts
sapa yg kawen 99 kali tu?
konpius igtkan cik siti wan kembang
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2015 01:36 AM | Show all posts
syue86 replied at 1-12-2015 09:57 AM
sapa yg kawen 99 kali tu?
konpius igtkan cik siti wan kembang

siti jalang?
http://infinatus-lagendamelayu.b ... -tanah-mahsyur.html

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2015 09:08 AM | Show all posts
aziz79 replied at 2-12-2015 01:36 AM
siti jalang?
http://infinatus-lagendamelayu.blogspot.my/2013/05/siti-aminah-tanah-mahsyur.html

...

oh..terima kasih
rupanya asal dr kelantan juga
nama pun siti jd konpius
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2016 12:06 PM | Show all posts
Merupakan anak Bendahara Seri Nara Diraja Tun Ali,beliau dikahwinkan dengan seorang lelaki bernama Tun Hassan. Sultan Mahmuad Shah menghadiri majlis perkahwinannya lalu terpukau dengan kecantikannya dan timbullah kemurkaannya kerana Tun Fatimah tidak ditawarkan kepadanya.


Melayu dan mengesex berpisah tiada..
Bini owang pon ..nak dibalunnya ..kalo ada chance..
kiwak tol
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2016 12:07 PM | Show all posts
tun Hassan ni....jantan tk berteloq laa nie..
Bini kena kebas dek Soltan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2016 02:40 PM | Show all posts
Nokiaman replied at 4-1-2016 12:07 PM
tun Hassan ni....jantan tk berteloq laa nie..
Bini kena kebas dek Soltan..

engkau ni baca ke tak aku pun tak tahu.. kan tun hassan dah kena bunuh . tun fatimah tu janda masa kawen dgn sultan
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2016 02:50 PM | Show all posts
hest replied at 4-1-2016 02:40 PM
engkau ni baca ke tak aku pun tak tahu.. kan tun hassan dah kena bunuh . tun fatimah tu janda masa ...

bru tgk cite die aritu...tun hssan nordin ahmad belakon kan...bst cite dolu2 neh...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2016 02:56 PM | Show all posts
biduando replied at 4-1-2016 02:50 PM
bru tgk cite die aritu...tun hssan nordin ahmad belakon kan...bst cite dolu2 neh...

nordin ahmad.. pelakon terhebat.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2016 06:10 PM | Show all posts
hest replied at 4-1-2016 02:40 PM
engkau ni baca ke tak aku pun tak tahu.. kan tun hassan dah kena bunuh . tun fatimah tu janda masa ...

Alaaa..janda pon nak sebat...
apalaa punya taste Sotan nie.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2016 06:51 PM | Show all posts
Nokiaman replied at 4-1-2016 06:10 PM
Alaaa..janda pon nak sebat...
apalaa punya taste Sotan nie.....

cinta itu buta bro
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 12:11 PM | Show all posts
bendahara tu bukan tun mutahir ke? bendahara sri maharaja, tun ali tu rasanya sultan muzaffar syah punya bendahara
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 12:31 PM | Show all posts
kalau tengok citer psl maharaja cina pon sama...mana2 raja dlm dunia ni pon (kebanyakannya) sama jer perangai... kita ni pon, kalau tiba2 esok jadi raja, mau lagi teruk perangai...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 04:09 PM | Show all posts
ally9970 replied at 8-1-2016 12:31 PM
kalau tengok citer psl maharaja cina pon sama...mana2 raja dlm dunia ni pon (kebanyakannya) sama jer ...

semua gile betina....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2016 08:44 PM | Show all posts
menyampah baca cerita2 zaman dulu2.. taat perintah pada yang tak sepatutnya.. tah hape2...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.065031 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list